Aku Cinta dan Benci Dia..

Jika pengumuman artis bercinta dan bercerai boleh menaikkan FDI, maka tidak kisahlah kompangan itu dibuat. Natijahnya hanya penjualan suratkhabar dan puluhan portal maya dan blog meningkat dari segi jualan dan kunjungan. Itu belum masuk komen-komen dari “penggemar seni tanahair” yang tak tentu membeli produk asli dan mahukan konsert percuma sepanjang masa meluahkan komen peribadi. Peliknya kebanyakan komen bercorak islamik, menjatuhkan hukum-hakam tetapi mengambil pusing perkembangan seni negara.

Ia ada “news value”. Oh, itu tidak aku nafi. Cuma jelak…Kahwin tak tentu tapi lafaz sayang sebesar dunia mahu dicanang. Bila putus – yang lebih tinggi nilai berita hanya bunyi ‘no komen’. Nah, masa inilah pemerhati industri tidak bertauliah akan mempertahankan si A atau B seolah-olah masa mereka bercinta merekalah yang membayar duit makan tengah hari dan percutian mereka.

Pandangan umum, simpanlah untuk diri sendiri walau dikorek sehebat mana pun oleh pihak yang mempunyai kepentingan/menjalankan tugas. Soheh bersatu nanti hebahkanlah…Itu lebih mulia dan berpekerti tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *