Aktiviti Komuniti Yang Lesu..

Dalam membuat satu aktiviti komuniti, banyak faktor yang perlu diambil kira. Faktor demografi tempat itu sendiri perlu dibedah dan diteladani dengan tinggi oleh penganjur acara. Tidak cukup itu, kerjasama NGO dan agensi kerajaan yang lain juga penting-mungkin dalam soal mengadakan pameran atau faktor penarik untuk warga komuniti itu sendiri terlibat dalam memberi sokongan. Paling tidak, untuk individu itu merasa waaah, beruntungnya aku hadir sebab aku dapat manfaat sekian-sekian-sekian.

Tidak tahulah ia perancangan berbulan-bulan, perancangan minit akhir untuk menghabiskan bajet ataupun asal buat. Tapi siapalah aku nak memberi komentar yang pelbagai kerana aku sendiri bukannya warga Desa Petaling. Aku hanya marhain yang kebetulan lalu, untuk mencari sarapan pagi mengalas perut sebelum minda dan jiwa didedikasikan menonton tayangan berdurasi 2 jam dan 44 minit – The Hobbit. Marhain yang kebetulan lalu dan tertarik dengan pameran bomba (Ia sangat nyata kerana bomba datang dengan jentera dan bahan pameran bergambar yang sangat berkesan dan berinformasi). Marhain yang selepas sarapan terus menuju meja pameran bomba dalam keadaan ucapan salutasi bergantang-gantang kepada pemimpin politik, pemimpin komuniti itu dan ini.

Mula-mula, abaikan apa juga orientasi aktiviti itu diadakan. Aku berpegang begini, sekiranya aktiviti untuk komuniti itu masyarakat boleh mendapat ilmu paling tidak pun rasa berbaloi dia hadir, maka lantaklah ada ucapan politik ke, ada ular dalam balang ke atau ada penari kebudayaan seperti tidak baligh terkinja-kinja dipentas ditengah hari yang terik. Pemerhatian rambang, tak sampai 100 orang yang ada dikawasan acara. 100 orang termasuk penganjur dan AJK meja pameran pelbagai agensi. Oh, maafkan aku…Aku hadir sekitar jam 11.00 pagi – 11.45 sahaja. Mungkin menjelang petang berpusu-pusu orang hadir.

Sayang..ruang itu dipenuhi pameran yang membantu dan mampu mencabar minda. Tapi mungkin kekurangan publisiti makanya tidak ramai yang tahu dan hadir. Mungkin aku silap. Mereka telah membuat publisiti mega untuk acara ini, cuma komuniti yang bersifat ignorant 🙂

Tepuk dada tanya laporan bedah siasat (kalau ada..) Ruang pameran bomba, pemeriksaan gigi percuma, SPR, Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur, Kem. Sumber Manusia, JPA dan lain-lain adalah tarikan di situ. Kalau pun dianjurkan oleh orang yang berlainan ideologi dengan aku, aku akan hadir sebagai komuniti yang mencari manfaat dari pameran yang diadakan.

Aku dapat percuma di meja pameran JAIK…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *