Akhirnya…Buat Juga

Kad Nikah..

Usaha aku agar kad ini dibuat sangat lama… Adalah 6 tahun dahulu sejak mula bernikah, disusuli episod percutian dipandang sepeleh oleh orang-orang yang tidak memahami sehinggalah aku terus zip mulut untuk bertanyakan soalan bila nak buat kad nikah? Macam-macam aral…Sibuk kerja, takde masa, tak tahu di mana, tak ada gambar dan macam-macam lagi.

Tengok gambar itu sendiri membayangkan betapa berbezanya fizikal aku dulu dan kini. Itu gambar lama…Selama simpanan demi pembuatan kad di atas. Jadi sekarang barulah terasa ada bukti yang mengatakan kami ini pasangan yang sah selain sijil nikah bersaiz A4. Cuma bila kad ini sudah siap, aku merasakan tahun depan – semoga diberi rezeki bercuti bertiga kad ini akan duduk tersentil di dalam dompet tanpa usaha menariknya keluar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Replies to “Akhirnya…Buat Juga”

  1. selama 6 tahun ni kalau korang pergi bercuti bawak sijil nikah besar gedabak tu ke? hahaha! gigih tauuu… 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *