Akhirnya Adaptasi Itu Berjaya

Sebulan kebelakangan ini aku banyak mengeluh, membebel dan meluah rasa pasal kepayahan menjadi seorang pelajar dalam keadaan bertahun-tahun arena itu aku tinggalkan. Walaupun aku buat sepenuh masa, kesukaran yang aku alami sama seperti rakan-rakan yang berkerja. Yang berbeza aku tak perlu berhadapan dengan dilema kerja yang tak pernah usai.

Pembentangan sudah..

Tugasan berkumpulan sudah..

Tugasan individu pun sudah..

Dan tadi respond dari pensyarah pun sudah aku dapat berhubung tugasan individu yang diberi 2 minggu lalu.

 

Lepas ini kayuhan aku lebih laju. Tapi dalam hati aku tersimpan perasaan iri. Kerana artikel aku tidak dipilih untuk diterbitkan. Oleh itu aku kena usaha lagi. Aku di ambang gembira kerana hari ini aku yakin aku di trek balapan yang betul. Proses adaptasi ambil masa hampir sebulan. Walaupun lama, setidaknya aku sudah di sana.

Semoga kegembiraan ini membuahkan hasil yang lumayan 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *