Agenda Membeli Belah

Sehari aku bermalam di rumah mama. Gelak ketawa di mana-mana. Tengok TV asyik ketawa..Sehati Berdansa kami ketawa, tengok drama Indon kami ketawa sampaikan promo Puaka Nyang Rapik tu pun kami tak henti-henti ketawa. Rumah nie kalau aku balik memang bergegar dengan ketawa.

Tadi aku membeli barang-barang keperluan sekolah untuk Raziq. Tahun depan dia darjah 1 dan aku mahu dia merasa keseronokan mempunyai keperluan sekolah yang lengkap – tanpa dipelekehkan kawan-kawan yang lain. Memang ada sebulan lagi masa untuk membuat persediaan, tapi aku tak suka shopping last minute. Baik beli sekarang tengah stok masih banyak dan tengah orang tak ramai.

Raziq, anak saudara Mak Ngah yang utama…

Untuk mama aku belikan HP baru. Adik-beradik lain pau aku seadanya. Maybe diorang seram tengok resit pembelian yang bole tahan jumlahnya. Aku tak peduli..Memang ada allocation untuk pendidikan anak-anak dan aku menggunakan sebaik-baiknya. Selepas penat shopping sampai angin dah naik kat kepala, aku belanja semua makan.

Esok, shopping di Mydin. Boleh dapat banyak, murah dan stok untuk setahun tak perlu aku fikirkan lagi. Besok juga buka akaun Public Bank dan beli Unit Trust secukupnya.

Macam banyak duit…..mana celahnya? Oh, ingat tak kes harta arwah abah, amanah raya dan pinjaman bank…checkque cleared already. Jadi, belanja mesti berhemah, simpanan kena ada dan berpoya-poya is a must!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *