AF…Oh, AF…

Suma orang nak masuk AF…

Alkisah salah seorang ahli keluarga aku yang berminat sangat nak masuk AF. Nak aku marah, dah memang dia suka menyanyi. Daripada dia menyanyi kat Medan Selera lebih baik dia mencuba bakat kat sini. Mana tahu ada rezeki dia…

Kisahnya….macam mana dia nak impress juri yang ada selain dengan suara dia yang lebih kurang aku tu ? (kalau aku dengan Ali masuk sure kronisme berlaku sebab dengan penuh confident kami akan dapat) Jenuh aku dengan mama fikir…akhirnya dapatlah juga idea yang separuh bengong tu – tapi fun!

Aku orang media..aku tahu apa colors yang diperlukan. Rileks aje la…itu pesan aku yang utama pada adik aku tu. Sempat aku tinggal pesanan penaja untuk adik nie – kalau diorang tanya soalan mengarut ko telefon aku…biar aku bagi jawapannya.. Bukannya apa, kang merapek-rapek jawapan yang dia bagi buat spoil aje he..he..he…

It was fun…betul! Dia sampai stage 3 dan biodata dia menarik perhatian juri yang ada. Mengekek-ngekek aku gelak sampai hampir asma dibuatnya. Kalau aku masuk hospital balik, reason dia ialah sebab aku gelakkan cerita adik aku sehari audition AF di Bukit Jalil.

Cuma…disebabkan dia berjaya sampai stage 3, dia miss audition Bintang RTM.. Takpe la dik….ada rezeki awak adalah… Kata kakak yang memahami. (Tapi dalam hati masih ada degree kejelesan yang tak ketara…..)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *