Aduh, Yang Berhormat

Apabila diadakan siaran langsung persidangan dari parlimen, aku mengharapkan adanya perbincangan yang membina untuk mencari penyelesaian tentang apa juga isu yang di bahas. Baru hari pertama, label-melabel sudah berkumandang. Nasib baik belum ada kes tumbuk-menumbuk membuka tirai persidangan 2008.

Ahli parlimen yang ada dalam dewan bukannya calang-calang manusia. Ada peguam, ada itu, ada ini dan masing-masing berpelajaran tinggi. Melihatkan lintas langsung dari parlimen hari ini aku bukan setakat tersenyum sendiri, aku bantai gelak. Baik kerajaan, baik pembangkang pandai sungguh buat lawak di dewan yang mulia itu. Aku sempat terfikir, kerana ia siaran langsung jadi sedemikian rupa ataupun AP yang dipilih sidang ini memang sebegitu lakunya.

Apa nasib kita sebagai rakyat sudahnya? Kalau suara yang kita pilih sebenarnya suara radio speaker pecah yang hanya membingitkan telinga dan bercakap hanya untuk menghangatkan suasana. Ini masanya untuk tunjukkan kepada rakyat siapa ayam sabung paling hebat. Itu aku faham..semua mahu spotlight memancar di muka. Tapi ahli yang berhormat semua kena sedar..Jangan sampai menang sorak saja, kampung tergadai!

Aku tak pro siapa-siapa. Jika ada isu yang dibangkitkan itu relevan, walau siapapun yang bangkitkan aku akan sokong. Kadang-kala aku rasa ahli yang berhormat kena pergi kursus adab sebab masing-masing macam tak tahu aje adab. Celah-mencelah tak tentu hala, terpekik macam mic kat depan tu rosak dan yang paling teruk, lihatlah ekspresi muka masing-masing masa tengak marah. Ya, tuhan…lebih buruk dari segala benda yang buruk. Kena belajar anger management sekali dalam modul kursus itu..

Aku dengki sebenarnya..dengki sebab aku tak ada suara dalam dewan yang mulia itu. Dengki sebab setidak-tidaknya ada isu masyarakat yang boleh aku dibangkitkan, ada asas yang hendak aku ketengahkan. Tersangatlah dengki pada ahli yang berhormat yang dipilih oleh rakyat tapi setakat duduk bersejuk-sejuk dalam dewan parlimen. Buat lebih jaki, ketuk meja kuat-kuat dan terpekik-pekik macam bagus setakat buat kecoh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *