Aduh, Mak!

Sudah 3 hari menjadi kain buruk..Terjelepuk dan tersadai macam tikar yang tidak berguna dalam kartun animasi sang kancil dan buaya terbitan filem negara zaman kanak-kanak riang dahulu..

6 hari di negara orang mencuba untuk bertahan dengan antibodi seutuh mungkin. Hari terakhir barai juga..Tolong jangan salahkah 2 cawan kopi ginseng yang aku lahap..juga bukan air limau bersalut garam yang aku hirup..Sakit itu penghapus dosa walau apa juga puncanya..

Blog juga penuh sampah sarap dan sawang. Bukan tidak punya cerita untuk dikongsi, lebih pada tidak mahu cerita menyakitkan hati orang yang membaca..November separuhnya penuh puaka, lebihnya suka ria dan cerita suka suki. Aku yakin aku menjadi semakin oenyabar..Jika tidak, aku mahu menjadi manusia penyabar..

Aduh, mak….sakit lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *