ADIK, KAKAK…MEH BELI INSURANS!

Setiap hari, ada sahaja manusia yang mati. Itu lumrah alam…umur berapapun, kalau sudah ajal tiba maka kita yang hidup kena bersedia melaluinya. Dalam pada masa yang sama, kita kena bersedia dengan bekalan untuk ke alam abadi.

Apabila ada kematian yang melibatkan selebriti dalam keadaan umur mereka yang masih muda, maka adalah post-post yang seakan mengambil kesempatan atas kisah itu untuk mempromosikan produk insurans yang mereka ada.

“Tidakklah kita mahu tinggalkan waris kita dengan bekalan kewangan yang mencukupi jika kita tinggalkan mereka?”

“Sanggupkah kau biarkan anak isteri/suami kau susah bila kau dah mati?”

“Meh, amik insurans ni..kau mati waris kau dapat duit pampasan bla..bla..bla….boleh menampung bla..bla..blaaa”

Apapun sebelum aku kayuh lebih detail aku nak tegaskan satu benda – aku tidak ada isu dengan penjual insurans sebab itu antara satu pekerjaan yang mulia sementelah ramai rakan-rakan akupun menjual insurans. Yang aku agak terganggu, menggunakan premis “dulu suruh amik insurans tak mahu, dah sakit baru sibuk nak amik perlindungan atau dulu tak mahu amik, insurans..kalau amik waris kau dah senang ada pampasan.”

Well benda ini kau tak boleh pukul rata aje walaupun ada aje statement boleh ambil perlindungan serendah RM50 aje kot. RM50 aje kot kau tu, itulah duit nak bertahan sampai dapat next gaji. Itu belum kira gaji negatif memanjang disebabkan macam-macam faktor. Pendek kata, tak semua orang berkemampuan dan berfikir macam itu.

Kau nak bandingkan dengan Amerika yang kalau takde insurans memang kena bayar kos perubatan yang mahal. Memang tidaklah, John…sebab di Malaysia ini masih ada hospital-hospital kerajaan yang mengenakan bayaran serendah RM1 untuk mendapatkan rawatan. Aku tak nafi kos perubatan yakni ubat-ubat memang mahal. Ada certain ubat kau kena beli sendiri. Tapi bagi yang tak mampu, still tidak akan amik insurans. Tak payah cerita insurans la, yuran sekolah yang dalam RM150 setahun itupun ada yang tidak terlunas.

Janganlah gunakan penderitaan dan kesedihan orang lain untuk menjual produk dan perkhidmatan korang. Please be kind, be considerate. Banyak lagi methods lain boleh digunakan untuk menjual produk. Aku ingat lagi masa Elyana beritahu dia sakit dalam satu program TV, ada insan tu siap gunakan kesempatan yang ada untuk promote produk kesihatan dia. Sempat kau meniaga atas penderitaan orang lain??!! Agak jilake kuase tiga…

Aku lebih setuju memberikan pemahaman akan pentingnya membuat hibah siap-siap sebelum kita semua mati. Ini akan mengurangkan masa bergasak-gasak dalam mahkamah untuk menuntut hak-hak yang “dirasakan milik mereka”. Maklum sahaja bahagian isteri itu sedikit dan kalau ikutkan pak-pak sedara tu yang bertanggungjawab atas kebajikan anak-anak saudara mereka nanti. Tapi dalam keadaan pak-pak sedara inipun hutang dan tanggungannya keliling pinggang, tiada jaminan dia akan melunaskan tanggungjawab itu sebaik mungkin sebab dia manusia.

Adapun manusia, dia banyak khlilaf. Khilaf ini akan sedar kot-kot umur dia panjang dan dah nak mati. Sementara itu, isteri itulah membesarkan anak-anaknya dengan segala pancaroba hidup, dituduh itu dan ini, berkesudahan anak-anak saudara ini membesar dengan perasaan benci pada pacik dan macik mereka. Masa tu barulah pacik datang nak minta mahap. Oh, ini skrip drama pukul 7 malam…

#apabilakakbennymenulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *