ADAB MOHON KERJA

Hmmm…macam mana nak mula ya? Straight to the point ajelah senang.

Bila kita mohon sesuatu kerja, ada banyak faktor yang dinilai dan dicari oleh bakal majikan selain kelulusan akademik korang yang bergantang-gantang tu. Kerana itu kita dipelawa untuk sesi temuduga untuk mereka nilai aspek lain selain kertas-kertas nan berkajang silk tu.

Korang ni manusia introvert ke, extrovert ke, pembawakan diri, cara berpakaian waima pakai stokin ke idak pun tidak pun diperhati juga. Kalau sesi temuduga itu berjemaah, lebih mudahlah menilai karekter seseorang individu. Korang ni boleh terima pendapat ke tidak, sibuk bercakap up diri sendiri tapi isi hampeh geduak atau manusia yang amatlah bertoleransi dalam komunikasi beberapa hala.

Kerana itu komunikasi sangat penting. First impression gitu…

Sisi yang sama terpakai jugalah kalau baru nak melamar-lamar jodoh kerja secara dalam talian. Contoh mudah, korang kena emel resume pada bakal majikan. Paling asas:-

1. Subject – janganlah biarkan kosong. Tulislah memohon kerja sbgai bla..bla..bla atau tajuk lain yang menggambarkan hasrat setempat HSBC.
2. Bagilah greeting…tolonglah bagi ucap selamat. Nampaklah beradab dan beriman sikit. Nak text awek pun ada hi, awak.. Selamat pagi petang subuh bagai-bagai dan kemudiaaan…kenalkanlah diri tu. Pastu kenalkanlah diri korang yang super hebat tu.
3. Ha…ini penting, giler. File yang kepilkan tu rename la molek-molek. Jadahnya name file sbgai Resume Haku, Lampiran 1 atau Me. Siapa yu? Ai tak kenal…

Takmo bebel lebih sebab benda-benda macam ni boleh gugel…

Just nak share satu story zaman-berzaman teguh ikatan dahulu. Masa tu BBM dan What’sApp belum ada lagi. Adalah satu manusia minta bantuan aku untuk bukakan emel dia kot ada balasan dari bakal majikan untuk sesi temuduga. Kononnya dia baik sangat dengan salah seorang staff di satu stesen penyiaran di negara Wakanda. Konfiden abis dia akan dapat jawatan yang dipohon tu.

So, akupun bukalah emel dia. Bukan setakat buka, aku selongkar thread conversation mereka. Punca? Sebab balasan yang ada dalam emel itu adalah “this is not the way to apply for a job…”

Yang intro adab adabi perkara 1-3 tu dah perfect dah. Tapi ada p/s selepas ayat memohon jawatan tu yang sedih sikit. Walaupun kenal dari dalam perut, bila mohon kerja laras bahasa perbualan tu still kena jaga. “Bro tolong aku ya…aku gini-gini nanti kita gini-gini…” dan adalah ayat lain yang buatkan aku haih 5km kat depan PC tu jugak.

So, aku delete…satu sebab aku tak mahu dia down bila baca balasan dari member tu. Dua, aku tahu dia tak mungkin dapat jawatan itu atas beberapa sebab yang sangat obvious. Tak payahlah aku cakap apa…

Ketiga, aku kawan dia yang baik.
Walaupun kesudahannya dia layan aku macam ? Yup…dia tak dapat. Dia hanya dapat emel rasmi memberitahu permohonan dia gagal. Itu aku tak delete.

Padan muka kau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *