Abah : 8 Tahun Terasa Pantas…

Hari ini 10 Disember…bermakna sudah 8 tahun abah pergi meninggalkan kami semua. Hari ini juga sepatutnya kami meraikan ulangtahun perkahwinan abah dan mama…Sudah 8 tahun juga tarikh ini datang dan pergi dengan perasaan yang membuatkan aku sangat lemah.

Akhir-akhir ini ingatan pada abah sangat kuat.. Sudah lama sangat aku tak termimpikan dia. Aku rasa perasaaan ini wajar sebab apa yang aku takutkan ialah aku akan melupai wajahnya..kelibat dan gelak ketawanya, dan ciri-ciri lain yang menjadikan aku anaknya yang taat.  Setakat hari-hari sedekah al-fatehah dan menderma atas nama dia hanya satu usaha yg sedikit.

Aku yakin bukan aku sahaja…adik-adik lain pasti begitu. Tapi mama sangat kuat..Aku selalu harap aku tenang sedikit sifat tenang dan redha itu, tapi aku tak kuat..Mungkin aku tak nampak bila seorang mungkin dia sendiri emosi. Mujur Hadi tak outstation di masa-masa aku tak bole seorang diri. Berapa malam dia menemankan aku melayan perasaan yang merembes-rembes. Ditambah dengan emosi HIMYM yang latest lagilah kusut masai hidup aku..

Aku yakin perasaan ini, emosi ini normal. Aku sanggup lalui benda ini bertahun-tahun lagi daripada aku tidak ada perasaan bila 10 Disember menjelang.. Aku tak mahu melupakannya langsung. Dan kalau boleh aku nak bagitahu dia aku sedang mengusahakan perkara yang aku khabarkan pada dia sebelum dia pergi.. Tapi itu hanya imaginasi yang tinggi..

Kerana itu kali ini aku tidak menulis cerita-cerita tentang dia seperti tahun yang sudah-sudah kerana mengingatkannya saja cukup membuatkan aku hiba..Cukuplah hari-hari lepas aku down.

Al-fatehah buat abah…

Aku harap aku kuat hari ini….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *