RSS
 

Posts Tagged ‘makanan halal di Koh Samui’

Ohai, Koh Samui! – Edisi Berjimba dan Makan

07 Sep

Dari puncak viewpoint..

 

Kalau dah berjimba-jimbaan di pulau, tak lengkap jika tidak melihat kawasan dari viewpoint. Mujur kenderaan kami berkuasa tinggi, kalau tak soheh semput. Mencanak nak sampai puncak. Kalau naik motorsikal pun letih tangan memulas. Pemandangan di sini sangat cantik. Di atas ini juga banyak patung-patung yang aku tak sempat baca apa keterangannya. Aku hanya ambil gambar dan bertenang sahaja di sini.

 

Memandangkan dari pagi belum sarapan yang mulia, kami kemudiannya mencari kedai makan halal. Di sini sangat mudah sebab rata-rata penduduk di kawasan Lamai berbangsa Melayu dan beragama Islam. Makanan wajib aku di sini ialah padrik sotong. Sedap ya amat!

Ohai, nasi padprik!

 

Ikan bakar...kau boleh?

 

Sekali lagi kami meronda di Chaweng. Aku perlu menukar dollar baki di Laos dahulu kepada bhat. Di sini kami mencari satu restoran halal yang menjual burger ala-ala burger bakar. Fareast Restoran nama kedai tu. Aku makan pancake pisang dan burger itu ditapau untuk di makan dalam bilik. Ia sangat sedap walaupun dimakan ketika sejuk :)

Banana pancake yummeh!

Cheese sandwich yang marbeles!

 

Petang itu aku tertidur dan sedar-sedar partner aku dah hilang.

“You tidur macam dolphin keletihan” kata beliau dan aku enggan mengulas lanjut.

 

 

 
 

Roadtrip KL-Koh Samui Yeaaah!

05 Sep

Terasa nak beli satu..

 

Beberapa tahun lepas aku dan seorang sahabat pernah buat kerja gila meronda di selatan Thailand yang pada ketika itu sedang bergolak dengan menaiki kereta. Mujur kami nampak sangat gaya pelancongnya jadi sewaktu sekatan tentera kami dibenarkan melepasi sekatan. Itupun agak menggigil jiwa raga bila “rifle” diacukan dalam kereta. Taubat nasuha aku tak mahu mengulang kerja gila itu lagi.

Tapi bila seorang lagi sabahat menawarkan trip yang sama, cuma masuk ikut Bukit Kayu Hitam, tak boleh tidak aku melonjak mahu pergi. Melihat kondisi kereta sahaja membuatkan aku menjerit keriangan. Dalam hati aku dapat rasa perjalanan kali ini lebih jauh, lebih seronok dan mengujakan. Bertolak kira-kira jam 12.00 malam dan kami sampai di pintu sempadan jam 7.00 pagi. Dari situ kami ke Don Sak dan mengambil feri ke Koh Samui.

Sampai sudah..

 

Selalunya, pelancong akan melepak di Chaweng, tempat yang paling meriah dengan aktiviti malam. Tapi kami semua bermalam di Lamai kerana ia lebih tenang dan senang untuk parking kereta. Itu lebih penting sementelah Chaweng sangat padat dan jalannya kecil. Kami menginap di Lamai Inn 99. Tempatnya cantik, tepi pantai dan murah. Bilik kami berharga RM 130 (peak time) dan esoknya RM 100 (normal rate).

Sudah lebih 16 jam dijalanan, kami daftar masuk untuk berehat dan menyegarkan badan. Malam itu kami makan di Restoran Melayu Samui Seafood. Restoran ini terletak berhampiran dengan Masjid Nurul Ihsan. Memang sedap ya amat! Dua kali kami minta tambah sambal belacan. Mujur orang tak ramai, jadi kami yang semulajadi kelaparan membaham makanan di depan mata tanpa berbasa-basi.

Melayu Samui Seafood

Makanan di sini sangat sedap..

 

Selepas makan, kami meronda di Chaweng. Sangat meriah tempat ini. Simpan sahaja untuk esok. Kami hanya melawat kawasan dan di satu deretan kedai, mata aku terlihat akan satu lukisan perempuan yang sangat cantik. Esok aku mahu beli lukisan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...