Haaaaaaaa……rapan Setinggi Gunung!

Some days, it’s just better to set your expectations low. Today is on of those days..

Kredit Foto : http://www.geocities.com/cualumn95/SeriesFour/DISAPPOINTMENT.jpg

Aku mudah sangat percaya orang. Nak-nak orang tu memang aku kenal. Dan aku selalu beranggapan ‘people don’t make mistakes’..Aku saja yang buat silap walaupun orang lain bukan maksum.

Hal kepercayaan dan kewangan, aku particular..Tapi apa yang jadi buat aku rasa manusia sayang duit daripada lebih daripada sayang manusia. Sayangnya, aku berharap ketelusan yang dipamer dibalas dengan balasan sewajarnya. Tapi yang aku dapat selepas itu hanyalah geram, sakit hati dan caci-maki dalam hati yang berterusan..
Takpe..aku nampak Tuhan bayar cash atas perbuatan dia!

SPM Khas Raya

Jumaat, 3 Syawal 1429H bersamaan 3 Oktober 2008 memang Syawal yang pelbagai. Hari umat Islam berhari raya, aku antara kakitangan kerajaan yang bukan dari unit beruniform harus melaksanakan tanggungjawab sebagai penerbit rancangan.

Sayu memang sayu…kasihan saudara-mara dan kawan-kawan yang tertanya kenapakah Abbybaini begitu sukar melapangkan masa seminggu Syawal yang pertama..

Raya kedua, merangkap sehari sebelum siaran aku dan AP-AP yang tersayang masih berada di pejabat. Segala yang perlu diselesaikan kami uruskan satu-persatu. Dengan perut yang lapar nasi sebab muak dengan juadah raya, aku bersejukan dipejabat mencari lirik lagu raya yang bakal dinyanyikan oleh artis-artis undangan.

Ija, aku dan Eina..AP yang setia dan manja..

Aku dan Faezawati..Kesayangan semua artis kerana menguruskan perkara Nombor 6 🙂

My best friend…Shuhaimi Mohamed

Aku nerveous giler……Siaran hari Khamis pada aku sungguh membuatkan aku risau dengan pengalaman pertama mengendalikan SPM Raya ini. Mujur pengacara yang aku pilih benar-benar aku yakini kemampuan mereka. Actually semua pengacara ok..cuma aku saja risaukan banyak perkara.
Sewaktu mula bersiaran, aku memang rasa tak puas hati. Audio punyalah suwey, TP pun macam takde perasaan dan panggilan mengarah aku memasang sesuatu yang tak indah.Bukannya aku nak ingkar, tapi berilah at least 10 minit lepas bersiaran, bila dah tenang-tenang tu suruhlah pasang apapun. Yang buat aku agak clumsy, studio tu aku tak biasa bersiaran – apatah lagi dengan susur atur yang aku langsung tak familiar. Apapun…salah aku aku admit jualah…

Aku dan Royce…Aku memang suka gile lagu 2X Cinta..

Juril (Duta) dan aku…

Rozita Rohaizad dan aku..memang sebijik Seniwati Mariani masa muda

Setelah itu, semuanya ok..Aku tak kata aku puas hati sepenuhnya. Tapi aku rasa antara 3 hari, aku lebih baik rasanya. Apapun, terima kasih kepada Ija, Ina, Kak Dewi, Kak Kinah, Bee Ling, Faezawati, Shuhaimi, Kak Zamzarina, Iesya, Hisham Salleh dan barisan artis yang terlibat seperti Eileen, Sahri AF1, Rozita Rohaizad, Kumpulan Flava, Juril (Duta), Oney (May), Royce Sa’ayan, Amelia AF3, Ibnor Riza dan para penaja yang terlibat.

Ibnor Riza dan aku…kami memang adik/abang masa ini..

Aku dan Amylea AF3..Ini kali kedua dia muncul dalam siaran aku

Sahri AF1 dan aku..Banyak kali hint peluang dan akhirnya aku jumpa peluang dan ruang yang sesuai utk beliau..

Eileen dan aku..sungguh kiut amoi ini..
Sayangnya aku tak sempat merakam gambar sepanjang bersiaran. Jangan kata ambil gambar, makan pun aku tak sempat apatah lagi lari ke tandas. Selepas habis bersiaran barulah aku berpeluang bergambar…

Antara yang terlibat..tqs a lotzzzzzzzzzz..

Dan sesungguhnya – aku tidak serik….

Selamat Hari Raya…

1 Syawal datang lagi…
Aku kirim SMS kemaafan untuk semua yang ada dalam phone book. Yang tak ade pun aku kirim, tapi sedikit lewat.
Maklum, handphone China yang dibeli masih belum pandai aku gunakan..Dan banyak nombor perlu aku install semula.

Aku beraya di Melaka..Memang seronok dan suasana rayanya pertama kali aku rasa. Raya pertama di sini membuat aku lupa pada KL walaupun 2 kali aku telefon mama..Rindu punya pasal.

Tapi kepala otak tetap tak tenang. Aku risaukan siaran Jumaat ini. Harap-harap semuanya OK. Internet di sini sangat menguji kesabaran dan sekali lagi aku ingin memaki servis Maxis.

Untuk semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Apa juga yang membuatkan anda terasa, terluka dan kecewa, saya mohon dilupuskan kesalahan yang ada. Saya pohon maaf keikhlasnya…

Kalau aku boleh merendahkan diri memberi dan memohon maaf, mengapa tidak anda?

ANTARA KETERHARUAN DAN KEPILUAN…

Aku memulakan hari dengan menyiapkan Agenda Mesyuarat. Hari ini, para artis yang terlibat dalam Raya Khas Selamat Pagi Malaysia datang ke RTM untuk rehearsal. Antara yang terlibat ialah Ibnor Riza, One May, Royce Sa’yan, Rozita Rohaizad, Kumpulan Flava, Shari AF1, Amelia AF3, Juril (Duta)dan Eileen. Pengacara bertuah pula kesemuanya kesayangan aku…(Cheh, pengacara mana yang aku tak sayang?) Zamzarina, Shuhaimi, Iesya dan Hisham Salleh…inilah 4 anchor yang aku harap memberi persembahan terbaik pada siaran Raya Ke-3 nanti..

Rehersal berjalan lancar..Aku lebihkan rehearsal audio kerana aku tak pernah bersiaran di Studio 1 sejak semuanya fully digitalized. Tinggi giler monitor di situ sampai naik kejung urat leher mendongan sepanjang masa. Tengah sibuk-sibuk rehearsal, Datuk KSU-Datuk Kamaruddin Siaraf membuat kunjungan terkejut. Mujur Datuk berpuashati dengan artis, lagu yang dipilih dan pengacara yang ada. Aku sempat bergelak ketawa dengan Datuk dalam kesibukan sampaikan semuanya hairan. Maklum, Datuk seorang yang garang dan tegas. Tapi aku tak buat salah..In fact Datuk memberi komen tentang beberapa aspek seperti set dan warna untuk perhatian aku. Dan biasalah, bila Datuk datang, maka secara tak sedar penuh pula galeri dengan orang itu dan ini..Ahaks!

Selesai rehearsal, aku sibuk menyiapkan goodies bag dan duit raya. Sejak seminggu ini, aku terharu amat dengan sumbangan yang berjaya kami dapat, terutama sumbangan duit raya untuk anak yatim. Aku sudah emosi sejak lama yang ditahankan. Setidaknya, ada juga serpihan pahala menggembirakan anak yatim, golongan kurang upaya dan Rumah Amal Kuang untuk bekalan aku…yang telah pun aku ‘transfer’ untuk arwah abah niatnya. Semoga sumbangan tak seberapa ini diterima Allah dan semoga arwah abah mendapat bias pahalanya – Amin!

***

Sudah beberapa hari juga rindu pada arwah abah seolah tak terbendung. Saban malam aku menangis sendiri selepas Al-Fatihah dikirim. Tahun ini aku dan Hadi akan beraya di Melaka. Jadi aku telah bertekad hari ini aku akan mengunjungi pusara abah di Tanah Perkuburan AU 4.

Jam 6.00 petang…..Kereta Hadi menyusur perlahan di sini jalan. Aku tahu kubur abah yang mana kerana adanya pintu pagar sebagai penanda. Masalahnya, tadi ada hampir 7 pintu pagar buatan sendiri yang membuat aku confuse. Nasib baik Aisyah menemani kami dan menunjukkan pagar mana nak masuk. Kubur abah senang diingat..Hanya 2 pusara dari pintu tadi. Itu mungkin rezeki seorang manusia yang hayatnya berkhidmat untuk masyarakat..

Salam diberi dan langkah kami sangat perlahan. Bersama Hadi, kami membaca surah Yasin dalam keadaan angin petang begitu sayu sekali..seperti memahami apa yang aku rasa. Baru beberapa baris, airmata aku gugur..terutamanya apabila perkataan BAINI aku lafazkan…Baini adalah nama yang abah dapat dalam mimpi..Baini juga dinamakan aku dan Baini juga yang membaca Yasin dipusara itu….

Setelah itu,pusara abah kami sirami dengan air yasin dan hirisan daun pandan..Persekitaran kubur abah sangat harum dan pokok tumbuh dengan mekarnya. Ya, didalamnya sisa-sisa dan tulang-temulang arwah sebagai zat untuk tumbuhan itu mekar dan membesar.Di luarnya titisan airmata aku gugur seperti gugurnya daun pandan aku lepaskan ke pusara. Seolah baru semalam arwah disemadikan dan tika itu aku orang terakhir meninggalkan dia sebelum malaikat datang menyapa.

Aku duduk bisu..mengusap batu dan membelai dedaunan yang ada. Hadi juga diam tanpa kata..Sebelum pusara aku tinggalkan, sekali lagi Al-Fatehah mengiringi. Bilakala dingin batu nesan itu aku kucup, sedingin itu juga kucupan terakhir aku kepadanya sebelum dia dikafankan..Ya, airmata aku gugur lagi tanpa syarat..

Abah, selamat hari raya…I miss u so much and it really hurt. Sepanjang Ramadhan, aku terasa kau hadir tapi yang kucapai hanyalah angin lalu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...