Sangat teruja apabila ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Bukit Kepong, kami terjumpa papan tanda ini. Tuan punya badan yang kebetulan namanya sama lebih gembira. Ia terletak di Lenga, Muar.
Semalam, berlangsungnya ACM 2013 yang menyaksikan lagu ciptaan Blake Shelton dan isterinya, Miranda Lambert merangkul “Song of The Year dan Single Record of The Year” menerusi lagu Over You, juga nyanyian Miranda Lambert. Blake Shelton yang juga merupakan pengacara majlis bersama Luke Bryan bagaimanapun tewas kepada pasangan pengacaranya untuk anugerah “Entertainer of The Year”. Setakat ini aku belum berkesempatan mendengar muzik Luke Bryan.
Semalam memang hari yang bertuah untuk Miranda Lambert. Dia berjaya mengungguli ” Top Female Vocalist of The Year” menewaskan Taylor Swift, Martina McBride, Kacey Musgraves dan Carrie Underwood.
Menurut twitter Blake Shelton, dia tidak kalah malam itu kerana anugerah yang dia mahukan sebenar-benarnya ialah Song of The Year. Apapun, kudos BS. Hidup #TeamBlake
Agak sedih kunjungan pertama aku ke sini Balai Polis Bukit Kepong ini sedang dalam proses naik taraf. Pengunjung langsung tidak dibenarkan masuk ke dalam balai. Jadi sempatlah aku mengambil gambar seadanya apa yang ada di premis luar balai polis bersejarah ini. Kisah di bawah aku sedut dari Wikipedia untuk bacaan ringan kita semua.
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
- Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
- Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya. Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang pergi demi mempertahankan negara. Al-fatehah..
Alang-alang di Muar, kami terus merencana lokasi seterusnya untuk dikunjungi. Difahamkan kira-kira 5 km dari Tanjung Agas ini adanya satu makam guru silat iaitu Makam Panglima Lidah Hitam. Kami terus ke sana. Sayangnya yang ada hanyalah satu kubur di sini jalan tanpa keterangan. Jadi info dibawah aku dapat dari laman ini.
Panglima Lidah Hitam atau nama sebenarnya Baginda Zahiruddin dipercayai berasal dari Padang Pariaman, Minangkabau Pulau Sumatera Indonesia. Makam beliau boleh dijumpai di Kampung Parit Sakai Jalan Joned Muar. Pada bumbung makam ini jelas tertulis “PANGLIMA LIDAH HITAM, BAPAK SENI SILAT LINTAU DI MALAYA”. Menurut sejarah, beliaulah orang yang pertama memperkenalkan silat Lintau di Indonesia dan seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 16. Menurut ceritanya lagi dalam perjalanan beliau ke Mekah untuk menunaikan haji, beliau telah singgah di Padang (nama asal kawasan Parit Sakai hingga ke Parit Jamil). Memandangkan cuaca agak buruk dan sementara menantikan angin yang baik beliau singgah agak lama di Padang. Di Padang beliau bertemu Orang kaya Bauk, pemerintah Padang waktu itu. Orang kaya Bauk meminta pertolongan beliau mengajar seni silat Lintau kepada anak-anak muda di situ kerana beliau sangat handal dalam seni ini. Kebetulan pada waktu itu angkara lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka. Oang kaya panglima Bauk meminta kerjasama Panglima Lidah Hitam untuk menghapuskan lanun-lanun ini. Pada tahun 1716, satu pertempuran hebat telah berlaku di muara sungai Muar diantara Angkatan Padang dengan lanun-lanun berlanjutan selama beberapa hari. Akhirnya angkatan Padang berjaya menumpaskan sebahagian besar dari lanun-lanun. Namun di akhir pertempuran kapal yang dinaiki Panglima Lidah Hitam berjaya dikaramkan oleh saki baki lanun. Beliau dan beberapa pengiringnya telah lemas.Kematian beliau tidak disedari oleh pengikut-pengikutnya kerana sibuk bertempur. Sehinggalah setelah beberapa hari tamat bertempur, seorang penduduk Parit Sakai telah ternampak dua mayat terapung tersangkut pada pokok Tuak di kuala parit tersebut. Memandangkan hari telah senja, mayat-mayat itu dibiarkan saja terapung. Pada keesokan pagi, barulah orang-orang kampung datang membawa mayat-mayat tersebut ke darat. Satu daripada mayat itu mempunyai lidah yang panjang berwarna hitam dan berbulu. Anehnya mayat ini tidak busuk dan reput walaupun sudah beberapa lama berada di dalam laut.Mayat yang berlidah hitam itu telah dimakamkan di tepi Parit Sakai. Setelah dimakamkan satu perkara ganjil telah berlaku pada keesokkan hari. Satu tumbuhan batu telah timbul di atas kedudukan kepala makam tersebut yang berbentuk lidah dan berwarna hitam cerah. Apabila malam bulan purnama, batu itu akan bertukar warna menjadi hitam pekat.Oleh sebab keganjilan berlaku di makam itu, ia telah dianggap keramat oleh penduduk-penduduk di situ dan dipanggil “KERAMAT LIDAH HITAM”.Makam ini telah diakui lagenda sejarah dan pada tahun 1977, Dato Samad bin Idris, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan waktu itu telah datang melawat dan merasmikan bangunan baru makam Lidah Hitam.
Di Kluang Rail Coffee, aku hanya makan satu set roti bakar dengan kopi ais. Tidaklah lapar sangat, tidak juga kenyang sangat. Rasanya tiada lagi tujuan di sini. Makanya kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di Muar. Berpandukan carian google, majoriti mencadangkan ke Tanjung Agas. Masalahnya, hampir semua kedai menjual mee bandung Muar dan masing-masing “mendakwa” mee jualan mereka adalah yang asli. Berdasarkan komen pengunjung pula pelbagai. Ada yang setuju, ada yang pernah rasa lebih sedap dan lebih pekat kuahnya.
Aaaah, lantakkan semua itu. Perut aku sudah mulai lapar. Kami tiba di Muar sekitar jam 1.30 petang. Rasa lapar mula menguasai. Jadi kami singgah di kedai pertama yang kami jumpa iaitu “Mee Bandung Muar”. Sangat jujur dan terus pada matlamat. Ia terletak berhampiran Sek. Men. Sains Muar.Kedai ini penuh. Sepanjang di sana, walaupun tidaklah sampai beratur menunggu tapi meja memang tak sempat bersih pasti ada orang datang. Jadi aku buat kesimpulan – worth a try. Sementelah meja sebelah kami punyalah menikmati mee bandung ini sampai kepalanya langsung tidak terangkat! Rasanya aku dan Hadi baharu sahaja buat ulasan selari dan memandang dia kembali – mee tu sudah habis!
2 mee bandung Muar dipesan dan satu rojak buah. Paling tidak menunggu mee yang aku rasa lama bolehlah makan rojak dulu sementara menunggu. Agak lama menunggu, tapi aku sabar sebab memang orang ramai. Tapi bila orang selepas aku dapat mee dan aku punya belum sampai, itu memang mendatangkan amarah. Pantas aku lambai adik yang ambil order tu dan minta dia hantar mee seterusnya kepada kami. Beberapa minit kemudian mee pun sampai…Kalau tidak aku rasa memang ada insiden terbalikkan meja di Muar ni.
Ya, mee bandung Muar di sini sedap. Memang dicadangkan kepada sesiapa yang mahu mencuba. Aku pasti untuk warga Muar pasti ada tempat-tempat lain yang mereka tahu. Tapi setakat cakap aje, alamat atau landmark pun tak kasi takde maknanya.





