Kelab Lumba Kuda..

Lori Ke-3 yang aku selisih tengah lebuhraya
Minggu lepas aku ke utara tanahair untuk menguruskan hal pusaka. Melalui lebuhraya PLUS, kenderaan berat ini sentiasa berada di jalanraya. Kalau sebijik dua tak apalah juga..Rasanya lebih 4 bijik kenderaan sebegini aku temui..
Yang aku ingat kenderaan Kelab Lumba Kuda Selangor dan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. Bergerak mematuhi had laju dan konsisten..
Tapi aku tak pernah jumpa kenderaan Kelab Sabung Ayam, Kelab Laga Lembu atau Kelab Laga Ikan..Agaknya tak standard kot..

Rakaman Isu Semasa…

Wah..hari ini sungguh mengujakan dan meletihkan!!

Aku menggantikan Kak Iza menerbitkan rancangan ISU SEMASA kerana beliau mempunyai ‘kecemasan’. Walaupun aku tak pernah buat talkshow di UESTV, itu bukannya satu halangan. Semasa di HEA aku pernah menerbitkan Sembang@10 dan beberapa program talkshow yang lain. Ini kira proses ulangkaji saja..

Tak kisahlah kerja malam walaupun esok aku kena memantau penerbit baru yang double-banking dengan aku. Tak kisah juga aku masih tak boleh tidur merana menulis entry ini. (Aku baru lepas kemas rumah, basuh pinggan dan baju…Itu yang tak boleh tidur lagi..) Sejujurnya, aku lebih suka kerja malam sebab aku malas nak bangun awal pagi.

Apabila dikhabarkan panel esok ialah angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, aku memang excited. Bukannya apa…semenjak beliau turun ke bumi melanggar kerajaan langit Ayah Pin aku tak pernah nampak kelibat beliau di sini. Apabila aku semak RO panel lain ialah Datuk Mukhriz Mahathir, oh-mak rasa nak melompat rasanya…Inilah pemimpin era baru yang aku kagumi sementelah aku memang pro ayahandanya, Tun. Dr. Mahathir.

Lagak seorang penerbit berkerja..

Bersiaran dari Studio 2, Wisma TV


Selepas siaran, aku enggan melepaskan peluang bergambar dengan 2 personaliti ini. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memang dah kena serbu, begitu juga Datuk Mukhriz. Kerana risaukan Datuk Mukhriz balik awal, aku mencelah awal untuk bergambar dengan beliau. Eh, penerbit…kenalah beri ruang dan peluang idak gitu?

Aku dan Datuk Mukhriz Mahathir..
Selesai bergambar dengan beliau, tanpa aku sedari sang angkasawan dan berdiri sebelah aku untuk bergambar. Tak menggigil lutut dan berderau urat saraf dibuatnya..Aku nak bergambar dengan beliau itu lumrah. Dia menanti bergambar dengan aku itu luar biasa! He..he..he..dalam hati aku masih teringatkan seseorang yang berada di puncak Genting..

Aku dan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar..gigil sekejap dibuatnya.

Penerbit, tetamu dan pengacara…

Krew Penerbitan yang terlibat

Setelah semuanya usai, aku melepak di bilik VVIP melepaskan lelah dan dahaga. Baru aku teringat..aku tidak ada sekeping pun gambar dengan Sayed Munawar. Aku pertama kali berkerjasama dengan beliau semasa Pembukaan Parlimen tahun lepas. Tuan Sayed adalah pengacara yang paling mudah untuk aku berkerja kerana beliau sendiri telah lebih 11 tahun berpengalaman di dalam arena pengacaraan.

Tuan Sayed dan aku..
Lega….tapi aku masih menanti bertemu dengan M.Nasir sebagai tetamu walaupun berkoyan-koyan gambar beliau dalam simpanan aku..

Esok aku akan ke USIM untuk rakaman Bicara Siswa..

Datuk Shah Rukh Khan?

Di mana-mana heboh pasal pemberian Datuk kepada SRK. Apa rasionalnya aku yang benak semakin tepu memikirkannya. Kalau ada yang positif berkenaan isu ini selain memberi idea pada bloggers meluahkan rasa lucu dan kelakar seram ialah suara-suara persatuar mewakili artis mula bergendang.

Aku masih tertanya, kenapa SRK? Kenapa tidak pada anak-anak Malaysia? Setahu aku SRK nie ketepehnya pun satu taraf dengan buruh kasar yang buat construction seluruh Malaysia. Kalau boleh cakap melayu pun sekadar sebut Terima Kasih dan Apa Khabar Kuala Lumpur, itupun selepas 30 minit menghafal teks dengan bantuan rakyat tempatan yang tersengih sampai nampak gigi berlubang apabila berdamping dengan beliau.

Alah…nak bagi Datuk pada dia bagilah. Banyak benda lain yang nak aku fikirkan seperti menyelesaikan hutang lapuk dan menonton aksi lawak di parlimen. Selepas ini takde siapa nak anugerahkan DATUK pada Tupac, Michael Jackson, Datuk Seri Celine Dion ataupun Tan Sri Elvis Prestley?

Rumah Terbuka..Buurgh!

Terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang jemput datang rumah terbuka. Maaflah andainya ada jemputan yang gagal aku hadiri. Maklum, semuanya pakat buat serentak dan perut aku pun menangis minta dikasihani..

Yang buat aku terharu, pastinya ketika aku menghadiri jamuan makan-makan hari raya di Unit Hal Ehwal Awam. Ingat juga mereka pada aku walaupun hampir setahun aku berpindah unit. Menunya, ya rabbi, memang feveret aku. Ayam masak tomato, kurma daging, daging masak lemak, ikan bilis goreng, sambal belacan dll…Menyebutnya pun berdecip-decip menahan air liur!

Rendang Daging yang lazat…
Oh, Ayam Masak Tomato….recipe of success Datuk Siti Nurhaliza

Wal Qurma Daging yang belum kehabisarullazi…

Malam Sabtu yang lalu, aku menyerang rumah Kak Sue. Sudah berapa lama aku tak ke sana pun aku dah tak ingat. Zaman Kak Sue mengacara Sembang@10, kami memang rapat giler. Sejak dah berpindah unit, jumpa pun kejap-kejap aje. Jadi aku mengambil kesempatan untuk beraya sambil catching thing’s up dengan dia..Kak Sue masak laksa dan Nasi Minyak..Hmmm, ayam lagi! Next time aku nak paksa Kak Sue masak Asam Pedas sebab menu itu paling hebat yang pernah aku rasa…

Aku dan Kak Sue
Sabtu pulak, aku ke Wisma Perwira menghadiri rumah terbuka Elyana. Dia merupakan kawan zaman sekolah rendah yang dah berapa tahun aku tak jumpa. Bersama Pengejar Masa dan Areen kami menikmati menu wajib raya. Aku happy bukan saja sebab menu tu sedap, tapi sebab dapat jumpa x-SKLK yang lain seperti Zaynah dan Shida. Pertemuan dengan Shidah adalah setelah 15 tahun tak berjumpa!

Aku makan dengan pelahap sambil Areen dan Elyana bersembang..

Antara makanan yang aku jamah…

Bull’s Eye Nasi Himpit

Selepas balik dari rumah terbuka Elyana, aku melepak di rumah Areen. Masih juga aku makan. Kali ini cakoi dan pau goreng. Bertambah sihatlah aku sementara Syawal masih berbaki ini. Tak cukup selepas itu, kami lepak di Chawan, Bangsar dan aku makan pulut kuning berendang daging pula..

Nak hambeklah…

Pasni kena carik ubat lawas!!!!

Saya Telah Di Tanda!

Kredit Foto : bp1.blogger.com/…/s400/Ive+been+tagged.jpg

Atas permintaan DJ fofular Suria.fm merangkap sahabat baik selamanya, Zaff, maka aku bersetuju untuk meneruskan kelangsungan tagged/mengetagged ini..


The rules: Link to your tagger and post these rules on your blog. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag at least 3 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.


1. Saya adalah penggemar warna oren…dalam almari memang melambak baju kaler oren. Ia tiada kena mengena dengan Zahid AF2 dan saya benci dikaitkan soal warna ini dengan beliau…

2. Saya takut dan sangat gayat apabila berada ditempat tinggi!! Kerana itu saya tidak akan main permainan di Theme Park Genting, berada di tinggat 3 ke atas KLCC sambil memandang bawah, flying fox, saya tak mungkin naik Eye On Melaka apatah lagi Eye On Malaysia etc. Tapi teringin pulak nak makan kat Restoran Berputar Menara KL…Boleh?

3. Saya peminat fanatik M.Nasir…janganlah kalian berani mengutuk beliau di depan saya kerana saya tidak gemar mendengarnya dan saya akan mempertahankan beliau sesungguhnya…

4. Saya manusia berjiwa halus, emosional dan panas baran. Bagi mengelakkan saya melakukan rusuhan ataupun terjadinya peristiwa di Columbine High School satu masa dulu, saya akan menulis, karoke terjerit-jerit sampai suara hilang, mengadu pada mama sambil menangis-nangis dan sambung nangis sebelum tidur. Paling kronik, saya menangis masa tidur…!

5. Salah satu cita-cita zaman sekolah yang belum tercapai selain menjadi penyanyi ialah menjadi DJ! Saya bercita-cita menjadi wartawan dan penerbit rancangan dan saya telah berjaya melaluinya. Saya hampir menjadi artis rakaman tetapi kerana ‘circumstances’ ia tergendala..(masih belum terlewat..)

6. Saya rasa, huruf B membawa banyak makna dalam hidup. Selain nama saya BAINI, saya mendokong BIJAKnya saya, BAIK hati, BRILLIANT, BESTARI etc. dan makna negatif lain seperti BARAN, BENGKENG. Yang terlepas mencarut juga binatang dari huruf B he..he..he..
Saya pernah ke luar negara iaitu di Beijing, Bali dan Brunei – Belait dan Bandar Seri Begawan. Antara percaya atau tidak, saya teringin ke Bangkok, Beunos Aires-Argentina, Barbados dan Baghdad….Baghdad??
6. Saya tak reti berenang hu..hu..

7. Oh, dalam keadaan fizikal saya yang rock dan hip-hop, saya sebenarnya penggemar lagu klasik Melayu lama dan kerana itu Klasik Nasional adalah siaran radio yang akan menemani bila saya masak, tidur dan mengemas rumah..

Untuk meneruskan kelangsungan tagging ini, saya memilih :-

Justifikasi pemilihan : blogger yang rajin menulis..Mungkin ada sesuatu yang dapat dipelajari dari catatan mereka. Tiada desakan untuk kalian..sekadar memeriahkan arena blogging!

Salam dan Selamat Menulis..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...