Malam Apresiasi 2 Dekad Radio Klasik 2018

Ahad lalu, aku menghadiri Majlis Apresiasi 2 Dekad Radio Klasik 2018. Agak terkejut juga bila menerima kad jemputan. Lebih terkejut apabila dikhabarkan pihak pengurusan Radio Klasik akan memberikan sijil penghargaan kepada Seksyen Promosi dan Kreatif kerana membantu mempromosikan Konsert Mestika D’Klasik yang telah diadakan baru-baru ini. Jadi sebagai ketua seksyen, aku bersetuju untuk hadir.

Jujurnya aku sangat pancit hari itu. Siangnya sibuk dengan majlis konvokesyen Hadi dan malamnya menghadiri majlis ini. Mujurlah petang itu aku sudah siap membekalkan diri dengan bekalan kaffein secukupnya. Sementara menantikan acara bermula, aku melepak di pejabat dan mengemas ruang kerja mana yang patut. Semak dan tak semenggah bilik aku ni. Banyak sangat surat dan kertas.

Memang meriah majlis ini. Makanan yang disediakan tidak kurang enaknya. Tapi dalam banyak-banyak menu, air hijau dingin itu yang paling aku suka. Entah berapa gelen aku minum pun tak tahulah. Punya sedap.

Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh Aie Sarkase dan Zazmie Zain. Memang beruntung warga Radio Klasik. Pengurus mengendalikan majlis dan kaki tangannya menjadi tetamu yang diraikan. Sudah namanya pun majlis apresiasi. Kami turut dihiburkan dengan persembahan berkonsepkan Buluh Inn. Makanan memang super sedap. Ditambah nyanyian Dato Nassier Wahab, Salwa Abdul Rahman (sumpah lawa!) dan bintang-bintang kelahiran Radio Klasik iaitu Muhaizam Ahmad dan Norzarina Nordin.

Tak pulang dengan tangan kosong, dapat juga sebuah hamper semasa cabutan bertuah. Tapi selamat dikekahkan kepada anak-anak. Mereka yang terlebih eksaited dengan makanan yang ada dalam hamper tu.

Terima kasih kepada Radio Klasik atas jemputan dan tanda ingatan yang diberikan. Aku memang peminat setia Radio Klasik sejak 20 tahun lalu dari nama asalnya RIMA, menjadi Klasik Nasional dan kini Radio Klasik. Mana tahu di masa hadapan aku berpeluang mencurahkan bakti di sini pula 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Published by

akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *