Selamat Ulang Tahun RTM Ke-72

2004 – 2018…

14 tahun aku mencurah keringat di kota Angkasa.

Nantikan catatan lanjut. Aku pancit kala ini.

****

Ok, maafkan hakak yang ditimpa masalah kerja tanpa henti walaupun dalam waktu bercuti. Ini semua keranamu, RTM 🙂 Dalam pada aku serabut dengan masalah yang berselirat di dalamnya, tapi aku bahagia duduk dalam labyrinth itu.

Terima kasih kepada kaki tangan Seksyen Promosi dan Kreatif kerana telah bertungkus lumus menyiapkan bahan promo sempena Hari RTM yang ke-72. Sangat bangga melihat ramai rakan-rakan yang share klip yang unit aku buat. Aku aje takde share apa-apa. Hujung minggu lalu berjuang dengan anak-anak. Hadi rehearsal konvo, jadi aku sangat sibuk menguruskan anak-anak.

Aku baca balik catatan tahun-tahun lepas berkenaan Hari RTM. Wow….aku tidak pernah bercerita dengan terperinci sejarah aku di bukit Angkasa nan indah ini. Tidak juga untuk tahun ini. Biarlah ia menjadi misteri seketika. Satu hari nanti akan aku ceritakan juga..mungkin masa Hari RTM ke-75 🙂

Sebenarnya sejak aku kembali ke RTM sejak habis cuti belajar pada tahun 2013, aku jarang bercerita hal kerja. Maklum sahaja, hal sulit dan kerahsiaan yang perlu dijaga. Berbanding masa aku menjadi penerbit rancangan, aku cenderung cerita pengalaman menerbitkan program yang pelbagai. Tipulah kalau kata aku tidak rindu masa gemilang itu. Sumpah rindu! Tapi ia datang dengan pakej yang aku tidak mampu untuk lalu dalam keadaan aku sudah beranak. Dulu takde anak, takde hal. Sekarang ini anak priority. Tak mungkin aku perjudikan masa yang aku ada kerana kerja. Cukuplah 7 tahun aku mengabdikan keringat aku untuk penerbitan.

Aku gembira di unit ini. Serabut dan runsing-runsingnya tetap ada. Tapi berkala. Setakat ini aku layankan aje dulu. Aku sudah mula terasa untuk mencuba sesuatu yang lain dalam hidup aku. Keinginan itu makin lama, makin kuat. Jujurnya aku perlu escapism untuk membuatkan aku waras dan tenang kembali.

Selamat Ulang Tahun RTM Ke-72. Aku mahu lebih lama di sini dan aku mahu maju di sini. Semoga kami semua dpt menyumbang ke arah kegemilangan RTM di masa hadapan dan kembali menerajui industri penyiaran negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Published by

akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *