Happy Birthday March Baby!

 

Usai mesyuarat ringkas unit, hari ini kami meraikan kaki tangan yang lahir pada bulan Mac. Kojie, Moon dan Fatin – Selamat Hari Lahir diucapkan. Tidak saya lupakan LG, yang tidak dapat hadir kerana masalah keluarga. Juga┬ásempat diberikan cenderamata buat Afad yang baru mendapat cahaya mata yang ketiga.

Sambutan sederhana tetapi meriah. 3 biji kek menyerikan majlis kami ini dengan menu lain, nasi beriyani. Dapat juga semua kaki tangan yang hadir duduk makan dan melepak bersama walaupun sekejap.

Kerja memang memenatkan dan tidak pernah habis. Tapi sekali-sekali hubungan sesama sendiri perlu disemai dan dibaja juga. Hidup kita berkerja bukan hanya mengadap PC dan ralit dengan kerja sendiri. Kita perlukan dan teman, dan teman sekerja yang sanggup bantu-membantu tanpa berkira adalah satu rahmat dalam pekerjaan.

Selamat hari lahir sekali lagi…

Saya doakan semua yang temu duga jawatan Penerbit Rancangan B17/29/41 dipermudahkan urusannya. Jangan pernah putus asa untuk mengubah kehidupan. Apa juga keputusannya, tuhan telah suratkan rezeki masing-masing.

Semoga sambutan seperti ini dapat dilakukan setiap bulan dan semoga semuanya aman bahagia di bawah rejim kak Benny ­čÖé

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Published by

akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *