Happy Birthday, Benny!

Happy Birthday to someone who is full of unbelievable awesomeness! Yes, that’s right. It’s my birthday.

20 Januari 2018….makanya aku sudah berusia 37 tahun. Belum 40 lagi seperti terjahan Puan Norliza tahun lepas. Aje sentap aku mendengarnya πŸ™‚

Alhamdulillah… Tahun ini sambutannya sederhana tetapi santai. Pertama sekali, terima kasih kepada staff Unit Promosi dan Kreatif kerana sudi meraikannya – seminggu awal! Memang aku terkejut sebab asalnya mesyuarat Khamis 2 minggu lalu adalah untuk meninggalkan amanat kepada penyelaras yang bertugas dan bertemu semua kakitangan bagi sesi pertama 2018. Terima kasih atas kehadiran semua dan kek yang sedap itu. Eskandar aje makan separuh πŸ™‚

Petang itu kami gunakan kesempatan yang ada untuk bergambar beramai-ramai.


16 Januari – Aku terima ucapan hari lahir kedua dari Pak angkat, Nakatani. Alang-alang, aku minta dia simpankan newsletter PREX edisi Januari kerana ada ucapan tahun baharu aku dalam keluaran itu. Moga-moga ada rezeki aku menjejak bumi Jepun lagi untuk berjumpa dia dan rakan-rakan lain di sana.

Tahun lepas, aku ke Krabi untuk menyambut hari lahir di sana. Tahun sebelum itu aku ke Pattaya. Tahun ini aku memilih untuk ke Phuket pula. Makanya, 3 tahun berturut-turut aku ke Thailand dan menyambut hari lahir di sana. Kisah ke Phuket ini aku akan tulis dalam catatan yang lain kerana kisahnya panjang – walaupun cerita perjalannya tidak banyak.

Tidak menang tangan aku membalas ucapan-ucapan hari lahir yang rakan-rakan titipkan khususnya di Facebook dan What’s App. Sampai aku terlepas pandang yang mana belum sempat aku balas. Terlalu banyak! Adalah dalam 20% dari jumlah sahabat maya yang berada di FB πŸ™‚

Macam aku bagitahu tadi, sambutan hari lahir aku santai aje. Dalam pada bercuti di Phuket, aku sempat membalas ucapan yang ada sebab aku beli simkad Thailand. Oh, waktu Malaysia lewat satu jam dari waktu Thailand.

Kerana itu bila Hadi ucapkan selamat hari lahir pada aku pada pukul 11.30 malam, aku dengan penuh yakin bagitahu “eh, belum lagi..ada lagi setengah jam”. Jangan berangan. Itu waktu Siam…ini waktu Malaysia πŸ™‚

Hemoh…hemoh…hemoh….

Terima kasih semua. Aku sangat hargai kiriman ucap selamat kalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Published by

akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *