Kansai Trip Day 5 : Ohai, Tennoji!

Hari ini super santai. Santai bukan sebab banyak tempat dah pergi, tapi sebab aku dah mula sakit badan. Semalam rendam kaki, rasa legalah sikit. Tapi sakit dan menangkap badan pula. Jadi hari ini kami mulakan dengan merayau-rayau sekitar Tennoji sahaja sementelah memang aku tinggal di sini. Cuma segala shrine dan temple aku tak gagahkan diri untuk pergi. Sudah banyak yang aku pergi, lama-kelamaan aku nampak semua sama sahaja.

Agenda pertama ialah ke Tsukenkaku Tower. Dari hotel, hanya berjalan kaki dalam 2 kilometer macam tu. Jalan pun perlahan-lahan aje. Kami sempat menempuh Zoo Tennoji tapi Hadi tak mahu masuk walaupun percuma. Ok, aku setuju sebab zoo ni seronok masuk kalau bawa anak-anak.

Sebelum sampai ke Tsukenkaku Tower, kami banyak bergambar kerana banyak pemandangan menarik di sini. Kami melalui lorong yang seakan-akan Dotonbori dan melalui pembacaan aku dahulu memang ramai pelancong akan bergambar di lorong dengan berlatarbelakangkan menara ini. Masuk adalah percuma dengan Osaka Amazing Pass. Oh, hari ini hari akhir menggunakan pass ini.

Dari atas menara ini, kita boleh nampak pemandangan Osaka. Tapi lebih cantik di Umeda Sky Building – tidak kisahlah malam atau siang. Sementara Hadi sibuk masuk kedai yang menjual pelbagai produk makanan Glico, aku menonton video tentang menara Tsukenkaku ini. Walaupun dalam bahasa Jepun, aku boleh fahamlah pulak apa yang cuba disampaikan.

Banyak patung Billiken di sini. Billiken ialahΒ The God of Things As They Ought To Be / God of Good Luck. Memang melalui Shinsekai kita pasti akan nampak patung ini. Orang akan gosok-gosok kaki dia untuk mendapatkan tuah itu. Tapi aku tidaklah buat macam itu πŸ™‚

Kemudian kami ke Umeda untuk mencari Tomica, ada orang pesan. Aku ni sudahlah tak faham kereta-kereta ni. Sayangnya apa yang orang itu mahu semua takde. Jadi aku hanya ambil gambar dan minta dia pilih berdasarkan nombor pada gambar tersebut. Kalau dia sebut Imprezza, Subaru point berapa bla..bla…bla…memanglah akak tak reti πŸ™‚

Mujurlah ada juga yang dia berkenan, jadi tidaklah sia-sia amazing race mencari Tomica hari ini.

Aku memang dah tak larat…”I want to sleep” macam ayat Nakatani aje ni. Hadi masih ada tenaga untuk berjalan-jalan. Dia mahu ke Onsen dan juga Owl Cafe. Sudahnya kami berpisah di Eki Umeda. Dia meneruskan membelasah OAP, aku balik dan terus tidur.

Petang itu, aku sudah berjanji dengan Sekino san untuk berjumpa di hotel pada pukul 6.00 petang. Kami akan dinner bersama-sama Musha san dan juga Nakatani san. Ketiga-tiga mereka dari PREX. Kami ke Umeda dengan menaiki teksi. Perasaan aku dan Hadi masa tu “Wah, naik kereta setelah sekian lama asyik mengejar tren :)”

Kami makan malam di Ka-You. Aku difahamkan bahan-bahan masakan di sini semuanya organik dan ditanam dan disemai di tempat yang elok juga. Ringkasnya, seolah-olah semua sayur-sayuran itu semua dipetik segar dari Cameron Highlands dan dibelai dengan kasih sayang. Sayangnya semua menu dalam tulisan Jepun, jadi aku tak berapa memahami sangat kenapakah pilihan air teh sahaja sampai tiga muka surat πŸ™‚

Masa kami sampai, Musha san sudah pun menunggu di Ka-You. Nakatani tiba agak lambat kerana dia ada welcome party di Umeda. Aku dan Hadi dijamu dengan pelbagai jenis makanan yang tidak pernah kami makan sebelum ini. Kami bersembang, bergelak ketawa dan Hadi sempat berkongsi video yang kami buat disemua tempat yang kami pergi. Sudahnya, mereka pun mahu buat video yang sama…Jadi sebelum berpisah, kami berlima sempat merakam video dengan gaya yang sama.

This is it…aku tahu tiada lagi Nakatani, Musha dan Sekino untuk aku jumpa – mungkin untuk tempoh setahun. Kami bersalam dan berpelukan sebelum balik. Oh, sumpah sedih…menangis kejap πŸ™

Kami kemudiannya berpisah. Sebelum balik, Hadi ajak naik HEP 5 Ferris Wheel dan menutup penggunaan OAP untuk hari ini (bagi kemudahan percuma tempat tumpuan. Kami masih boleh gunakan pass itu untuk balik ke Tennoji.)

Naik HEP 5 Ferris Wheel ni, sama aje gayatnya macam naik Tempozan Ferris Wheel dan Umeda Sky Building. Lutut menggeletar juga sebab ferris wheel ini terletak di atas pusat beli belah. Cuma sayangnya gambar tak berapa cantik sebab glare.

Selepas itu kami terus balik ke Tennoji – singgah Family Mart untuk beli air cokelat Van Houten dan tidur. Apa nak fikir lagi…OAP tamat hari ini dan esok aku harus kembali ke tanah air.

Selamat malam, Tennoji..ini malam terakhir di sini.

Selamat malam, Tennoji
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Published by

akusangpenerbit

I’m a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *