Ohai, Desaru – Weekend Getaways

Spend some time this weekend on home improvement; improve your attitude toward your family.     

Robert Foster Bennett

Aku jarang sampai Johor. Kalau kerana urusan kerja, rasanya 2 kali. Peribadi pula tak sampai 5 kali. Johor jauh…kerana itu aku agak berkira juga kalau mahu ke sana.

Sabtu lalu, kawan satu pejabat Hadi menjemput kami ke majlis persandingannya di Pengerang. Disebabkan sudah lama sangat kami tidak road trip berempat, aku menyatakan persetujuan dengan syarat – tidur sana. Kalau balik hari aku tak larat. Maka Hadi menguruskan logistik dan aku menguruskan anak-anak.

Lupa pula itu adalah Sabtu pertama cuti sekolah! Dengan trafik yang agak azab, ditambah hujan sedari pagi tanpa henti, kami memang sampai lambat walaupun bertolak dari pukul 9.30 pagi.Pukul 4.00 petang baru sampai..tapi mungkin kerana rezeki, makanan masih ada dan masih ada juga tetamu yang baru sampai. Cuma karoke aje dah bungkus…

Judin oh Judin jentolak

Lepas makan, terus bergerak ke Lakeview Terrace Resort. Bukannya apa, aku nak letihkan budak-budak dengan mandi kolam. Aku bajet pukul 5.30 petang mesti dah terjun tiruk. Secara peribadi, tempat ini okay, tapi tak kondusif untuk yang bawa anak-anak bawah 6 tahun. Sebab apa, kolam ada dua tapi kedalaman 1.2 meter. Kalau bawa anak istimewa memang jeritan akan berkumandang diserata kawasan. Masa inilah Eskandar mengada-ngada tak mahu pakai pelampung dan aku menjadi jet ski dia. Ezzudin ok..cuma kalau dia over excited tu kami kena hati-hati juga takut terjerlus dalam pelampung.

Judin tidak beri kerjasama
Judin posing budak Juon

Mujurlah hanya family kami dan satu family lain sahaja yang bermandi-manda di kolam itu. Kira macam satu family, satu kolam gitu. Aku rasa suara aku aje yang dominan di situ. Terjerit-jerit memanggil Eskandar yang suka buat stunt. Ada sekali tu, dia berlari dan terus nak terjun dalam kolam. Nasiblah kudrat atlet dulu ada tersisa lagi. Sempat aku tahan tapi memang suara aku ajelah riuh di situ.

Malam itu, betul anak-anak keletihan. Bukan anak-anak aje. Dengan aku sekali terdampar dugong di katil. Cuma sekitar 2.30 pagi, Ezzudin meragam menangis-nangis. Lepas buat susu, dia tidur semula. Ezzudin ni, kalau dia menangis, satu perumahan boleh dengar. Jadi kami tak boleh lambat. Masalahnya dua-dua nak bangun pun tak larat 🙂

Eskandar terpesona dengan tasik sambil pakai selipar mama

Esoknya, kami bersarapan di kafe, dalam resort ini. Sejak semalam, kedua-dua anak bujang aku ni tak mahu makan nasi. Asyik makan gula-gula dengan jajan aje. Makan nasi pun main-main. Pagi ini pun sama juga perangainya. Jadi aku dan Hadi aje yang makan. Tapi tak berat sangat sebab kami mahu bawa anak-anak mandi laut. Kolam-kolam semalam dalam proses rawatan apa benda entah.

So, to Desaru!

Dari tempat kami menginap ke Desaru mengambil masa selama 30 minit. Kali pertama aku ke sini ialah semasa mengandungkan Eskandar. Memang down memory lane sangat. Seperti semalam, Eskandar tetap tidak mahu pakai pelampung. Ombak punyalah menggunung dan agak ganas. Tapi inilah pantai paling cantik pernah aku mandi. Kami anak-beranak mandi sampai tak larat dibadai ombak. Mujur selesai sebelum hujan turun. Tapi aku tak ambil gambar. Dah sibuk mandi, nak bergambar apanya.

Terus tergesa-gesa balik resort untuk urusan daftar keluar. Mereka sudah 2 kali telefon untuk konfemkan masa daftar keluar. Rasanya ada group engineer yang bakal masuk.

Sebelum balik, kami singgah di RnR Layang untuk makan tengah hari. Aku dan Hadi makan nasi dagang dan aku rasa nasi dagang di sini jauh lebih sedap daripada nasi dagang di Terengganu. Serius! Untuk anak-anak, kami belikan nasi dan telur dadar. Langsung tak mahu makan. Jadi kami bungkuslah lauk itu, mana tahu lapar dalam kereta nanti boleh aku suapkan. Takde maknanya…tak sampai 5 minit masuk kereta, Judin dah baling nasi tu dalam kereta macam salji turun membasahi bumi Tokyo! Penuh berselerak nasi dalam kereta. Aku dan Hadi pandang aje sesama sendiri. Mujurlah kami tak sawan berirama… Aku kemaskan kereta sementara Hadi pergi menenangkan diri.

Terbaiklah nasi dagang ni

Tak boleh jadi ni..kereta dah macam tapak pelupusan sampah. Penuh nasi, keropok, bekas salut gula-gula dan kacang yang entah mana-mana datangnya. Seat kereta melekit-lekit dengan air Lemon Madu yang ditepung tawar, juga oleh Ezzudin.

Sudahnya, kedua anak-anak Beni tu kami post rumah mama. Selasa ini ada appointment di klinik kesihatan. Kami berdua perlu masa untuk mengemas rumah yang macam tongkang pecah dan kereta yang tak kurang semak juga.

Walaupun letih, aku rasa terisi. Lama tak melayan karenah mereka semua. Eskandar sudah ada satu perangai menyendiri dan menangis seorang diri. Tahu-tahu sahaja mata dia sudah berkaca-kaca. Mungkin dia sedih kenapa kami asyik marah dia berbanding Ezzudin. Aku rasa sangat serba salah. Aku peluk dia sepanjang masa dia menahan kesedihan dia tu. Kalaulah dia faham, aku sayang mereka berdua sama sahaja. Aku kena lebih bersabar sebenarnya. Bukan mudah mengurus 2 anak lelaki yang beza umur selang setahun ini.

Letih memang letih. Tetapi aku tidak mahu berharap semua ini cepat berlalu. Aku mahu cherish semua moment ini. Aku akan menjadi lebih manusia kerana semua ini 🙂

Susahnya nak ambil gambar berdua. Tangan-tangan penuh pengharapan utk enter frame

If you want to change the world, go home and love your family.

Mother Teresa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Published by

akusangpenerbit

I’m a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *