Happy Birthday My Lover…

14 Julai 2017…

Selamat Hari Lahir, Hadi Hamzah. Rasanya tahun ini kali pertama kita harus raikan hari lahir awak secara ekspress rakyat. Masa betul-betul mengekang jadual kita berdua. Nampaknya sambutan ini akan bersekali dengan sambutan anakanda kita, Eskandar Dzulkarnain.

Maafkan saya atas sambutan yang serba ringkas. Minggu ini banyak menguruskan keperluan saya daripada keperluan ahli keluarga yang lain. Masa, pemahaman dan pengorbanan yang awak berikan sangat saya hargai.

Berapa juga umur awak berganjak, apa juga perubahan fizikal dan mental yang berlaku – kasih sayang saya pada awak tetap sama seperti 17 tahun lalu. Sama-samalah kita hayak kehidupan ini bersama-sama dalam walaupun keadaan kudrat dan mental kita seakan tidak larat menguruskan anak-anak lelaki berdua yang semakin lasak itu 🙂 

You can do it…kesanggupan awak untuk menjaga dua cahaya mata kita selama sebulan saya tiada nanti sangat saya sanjungi. Tapi kalau tak larat, minta bantuan talian hayat ya 🙂

Tahniah atas kejayaan viva voce pada Isnin lepas. Sepatutnya saya belanja, tapi awak pulak sudi belanja makan tengah hari kita yang pertama di Olive Garden. Insya Allah lepas saya balik Malaysia semula, kita plan percutian bersama-sama. Banyak masa bersama-sama keluarga yang perlu saya ganti. I’m so proud of you! Terima kasih kerana memberi contoh yang baik kepada anak-anak kita. Kalau ada rezeki, untuk kayuhan PhD nanti kita harung bersama-sama. Kalau tidak pun, saya lepaskan awak untuk mengejar sijil itu dahulu sementara saya menguruskan keluarga kecil kita.

Happy birthday, my lover. I love you so much. Me love you long time.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Published by

akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *