Jamuan Perpisahan UKK

Tengah hari semalam, unit kami meraikan dua kakitangan yang bakal meninggalkan UKK. Bos kami, Puan Kalsom Semon akan berpindah ke unit lain manakala Puan Safiah pula akan bersara selepas raya nanti. Majlis ringkas itu diadakan selepas mesyuarat unit. Walaupun ramai yang tidak hadir kerana terlibat dengan pitching, majlis tetap berlangsung dalam suasana yang penuh dengan emosi.

Sebelum menerawang jauh tentang majlis perpisahan itu, terima kasihlah kepada Ruby dan Kak Yam yang beriya-iya suruh aku jadi emcee tak bertauliah. Aku buat jugalah dalam keadaan struktur ayat pun tak sempat nak jaga.

Majlis dimulakan dengan tayangan video memori Puan Kalsom bersama-sama kakitangan UKK dalam pelbagai aktiviti. Dengan lagu latar Memori Tercipta nan syahdu, tersentuh juga emosi kami yang menontonnya apatah lagi empunya diri yang diraikan.

Puan Kalsom kemudiannya memberikan ucapan perpisahan kepada kami semua. Agak tertahan-tahan juga nadanya semasa berucap. Bos tak mahu menangis, katanya…ramai yang sebak, tapi apa boleh buat. Patah tumbuh hilang akan berganti. Bos pun pergi kerana kemajuan kerjaya.

Kemudian, Kak Piah pula memberikan ucapan perpisahannya. Ringkas aje ucapan Kak Piah. Kak Piah bakal berhijrah ke Gelang Patah, Johor selepas bersara nanti. Sempat juga dia mengajak kami semua singgah kerumahnya seandainya kami sampai ke sana.

Seperti yang aku katakan semalam, apa juga suratan alam silatulrahim itu hendaknya sentiasa berkekalan dan tidak putus, seperti air. Kalau ada rasa rindu, kita serang aje rumah Puan Kalsom setiap kali hari raya dengan harapan dia akan sediakan mee bandung atau nasi ayam sebagai menu 🙂

Jujur aku bagitahu, aku akan ingat Kak Piah bukan sahaja kerana keramahan dan kerendahan hatinya ketika berbicara, masakannya juga sedap ya amat. Laksa Johor yang Kak Piah masak adalah yang paling sedap dalam dunia pernah aku makan. Kalau ada pingat, dah lama aku kasi satu pada Kak Piah.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pemberian cenderamata kepada Puan Kalsom dan Kak Piah. Juga kepada kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan Mei dan Jun. Aduh, masa ini pulak Kak Lee takde. Kak Lee memang suka aku jadi emcee acara pemberian hadiah ni, happening katanya. Itu kata Kak Lee…so far dia aje nampak aku ni kelakar kot hehehehe… (nak jugak!) Terima kasih kepada Dr. Zainal dan Puan Noriah Letuar kerana sudi menyampaikan hadiah kepada penerima.

Kami kemudiannya makan tengah hari bersama-sama dan diikuti dengan acara bergambar. Ini memang kegemaran semua orang agaknya. Macam-macam jenis posing ada, tapi aku amik yang moleh-molek aje ya untuk tatapan umum.

Sebelum menutup bicara, ampun maaf dipinta kepada kedua-dua insan ini kerana sepanjang kita berkerjasama, pasti ada tingkah laku, perbuatan dan percakapan yang menyinggung hati. Terutamanya kepada Puan Kalsom, maafkan semua salah dan silap dan halalkan segalanya – ilmu dan bimbingan yang diberi.

Pucuk pauh delima batu

Anak sembilang ditapak tangan

Sungguh jauh di negeri satu

Hilang di mata di hati jangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Published by

akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *