Happy Birthday March Baby!

 

Usai mesyuarat ringkas unit, hari ini kami meraikan kaki tangan yang lahir pada bulan Mac. Kojie, Moon dan Fatin – Selamat Hari Lahir diucapkan. Tidak saya lupakan LG, yang tidak dapat hadir kerana masalah keluarga. Juga sempat diberikan cenderamata buat Afad yang baru mendapat cahaya mata yang ketiga.

Sambutan sederhana tetapi meriah. 3 biji kek menyerikan majlis kami ini dengan menu lain, nasi beriyani. Dapat juga semua kaki tangan yang hadir duduk makan dan melepak bersama walaupun sekejap.

Kerja memang memenatkan dan tidak pernah habis. Tapi sekali-sekali hubungan sesama sendiri perlu disemai dan dibaja juga. Hidup kita berkerja bukan hanya mengadap PC dan ralit dengan kerja sendiri. Kita perlukan dan teman, dan teman sekerja yang sanggup bantu-membantu tanpa berkira adalah satu rahmat dalam pekerjaan.

Selamat hari lahir sekali lagi…

Saya doakan semua yang temu duga jawatan Penerbit Rancangan B17/29/41 dipermudahkan urusannya. Jangan pernah putus asa untuk mengubah kehidupan. Apa juga keputusannya, tuhan telah suratkan rezeki masing-masing.

Semoga sambutan seperti ini dapat dilakukan setiap bulan dan semoga semuanya aman bahagia di bawah rejim kak Benny 🙂

18 Years of Yes, I Do…

And even though we ain’t got money
I’m so in love with ya honey
Everything will bring a chain of love
And in the morning when I rise
Bring a tear of joy to my eyes
And tell me every thing’s gonna be all right

Semalam banyak sangat benda kena handle – dari berita kematian, mendukung biawak dan nunek-nunek lain. Sepatutnya tarikh semalam kita raikan dengan makan malam di restoran yang hebat, dihidang makanan nan lazat dan penuh kata-kata cinta.

Tapi semalam serabutnya lain macam, seolah hari itu akan berlalu macam itu saja. Aku tak mahu macam itu. Hari itu harus kita kenang dan raikan.

Dia faham apa yang aku rasa semalam. Sedih, marah, hiba aku dia boleh hadap dan kata-kata dia boleh buat aku lalu semua serabut ini dengan aman. Antara indahnya dia yang aku tak mampu nafikan.

Jadi petang itu kami makan di Pizza Hut BSP dengan anak-anak. Bukan mudah mengurus mereka di sini. Mujur restoran ini ramai yang cenderung beli dan bawa balik. Jadi ruang itu hanya untuk kami sekeluarga. Dia biarkan aku makan dengan tenang sementara dia uruskan anak-anak. Aku suapkan dia pizza sambil dia melayan anak-anak. Semuanya serba ekspress. Sebelum balik, aku bersihkan remah-remah makanan yang anak-anak buat. Biasalah budak, makan memang bersepah. Tapi aku biarkan sahaja sebab memang kena latih budak-budak ini untuk makan sendiri walaupun jenuh kita kena kemas balik lepas itu.

18 tahun ini sangat mencabar…

Sebenarnya tahun ini sangat mencabar. Satu-satu masalah kami hadap dan selesaikan mana yang terdaya. Baru bulan 3 ni. Tak apa, biarlah bergolok bergadai sekarang asalkan kami kurang menyusahkan orang lain. Sedaya upaya aku tak mahu menyerabutkan orang lain pula, khususnya mama dan adik-adik yang lain.

Jujur aku tak tahu berapa lama kami boleh bertahan. Semuanya sudah berubah. Semoga tuhan kurniakan kekuatan dan kesabaran untuk kami berdua. Kami lalui rutin yang sama hari-hari. Sabarlah, sementara anak-anak membesar.

So, Alhadihamzah…

Thank you for last night. Happy Anniversary to us. 18 tahun dulu saya sanggup, 18 tahun lagi saya tetap sanggup lalu semua ini berdua. Mungkin turun naik ini akan membuat kita makin kuat.

Every thing’s gonna be all right.

Me love you long time 🙂

#18years #ofcourseiremember

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...