Yeay! Hari Pertama Sekolah….

Semalam adalah hari pertama anak-anak bersekolah. Jumaat lepas mereka sudahpun melalui sesi orientasi. Difahamkan Eskandar toyak manakala adiknya tenang-tenang aje sambil main mainan yang banyak di tadika mereka.

Semalam rasa berdebar juga, okay tak anak-anak? Berdasarkan gambar yang Hadi kirim, rasanya macam ok aje. Judin aku tak risau sangat sebab dia memang jenis bangun awal. Kadang-kadang tu awal sangat. 5.00 pagi dah bangun. Eskandar tidak macam tu..kadang-kadang kalau dikejut dia cranky sikit (Judin pun cranky juga kalau kena paksa bangun). Tengok gambar riang aje…jadiĀ aku assume ok ajelah. Ibu bapa tidak dibenarkan berada di kawasan tadika. Pendek kata, dah hantar anak masing-masing lepas tu baliklah. Tak payah bersidai di premis tadika, mengganggu konsentrasi anak-anak aje nanti.

Anak-anak memang aku biasakan tidur awal. Judin paling berdisiplin. Kalau 9.30 malam tak naik lagi dia dah mula menggelisah. Eskandar pula suka tahan mata dia. Jaranglah anak-anak masih berjaga sampai pukul 11.00 malam. Kalau adapun maknanya siang diorang dah tidur lamalah tu.

Rutin baharu bakal bermula. Kelmarin rutin gosok baju. Selepas ini pula ialah membaca nota harian dari cikgu dan mengulang pelajaran anak-anak di rumah. Mudahnya buat revision sikit-sikit bagi anak-anak ingat apa yang diorang belajar di sekolah tadi. So far semalam tiada apa lagi. Anak-anak tidak pula menampakkan unsur-unsur keletihan malam semalam sedangkan aku dan Hadi dah rasa penat sangat ya amat. Ragam mereka di kedai makan semalam sudah cukup membuat aku lelah. Penat…penat sangat.

****

Hari pertama aku berkerja untuk tahun 2018 ini juga berjalan lancar. Kerja ok, makan pun sedap. Maknanya episod berangan nak diet belum bermula lagi. Ok setakat itu dulu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...