Bon Odori Publika 2017

Lama bertangguh untuk catatan ini. Maaf sangat…kesibukan sangat menghambat diri. Aku cuba ingatkan balik kenangan aku di sini dan mungkin tak berapa mencengkam penceritaannya sebab dah beberapa minggu berlalu 🙂

Puncanya, poster promosi Bon Odori di Publika ini ditampal dalam group What’s App Monterey Kobe. Berdasarkan perbualan, aku andaikan akan ada acara mini reunion bakal berlangsung, alang-alang menyaksikan pesta Bon Odori ini. Aku memang belum move on sepenuhnya sejak balik dari Jepun walaupun hampir  dua bulan lebih aku berada di Malaysia.

Pada mulanya, memang tak nampak sinar pun untuk ke sini. Dengan tayar kereta pancit dalam AEON AU2 dan insiden-insiden kecil lain, hampir sahaja aku dan Hadi membatalkan hasrat. Tetapi disebabkan alang-alang Mama dan Ameera boleh menjaga anak kami sebentar, maka pukul 5.00 petang baharulah kami buat keputusan untuk ke Publika. Bon Odori dijadualkan bermula pukul 6.00 petang.

Ini adalah pengalaman kedua aku menghadiri Bon Odori. Kali pertama adalah pada tahun 2013. Oh, aku ingat sangat tarikhnya iaitu pada 6 Julai 2013. Tak ada langsung pengetahuan aku pasal pesta ini. Yang aku tahu, Bon Odori yang aku pergi itu berlangsung di Panasonic, Shah Alam dan kami terpaksa menaiki feeder bus dari Komuter Shah Alam ke Panasonic Shah Alam kerana parking memang payah.

Masa itu, aku sarat mengandung. Jadi aku tak larat nak berjalan sangat. Dengan sesak dan bingitnya, aku tak faham apa yang jadi. Hanya Hadi meronda seorang diri dan aku duduk sahaja semasa khalayak sibuk menari. Masa itu, aku setakat perhatikan suasana dan tak tahu apa yang patut aku enjoy sebenarnya. Perut aku semakin senak tanpa aku sedari sebenarnya itulah tanda-tanda awal contraction. Esoknya selepas 3 jam dalam wad bersalin, lahirlah cahaya mata pertama kami yang sangat dinantikan – Eskandar Dzulkarnain 🙂

Ok, berbalik cerita Bon Odori di Publika.

Masa kami sampai, sempat jugalah menyaksikan beberapa siri persembahan kebudayaan dari Jepun. Langsung aku tak ingat apa jenis persembahan yang mereka buat. Orang agak ramai, jadi kami mencelah-celah juga untuk mendapatkan sudut pandang yang selesa dan menarik.

Kemudian baharulah kami meronda-ronda booth yang ada dikawasan tersebut. Apapun aku tak beli untuk cuba atau makan. Kami sekadar mencuci mata sahaja.

Sehinggalah perjalanan kami itu terhenti di satu kedai yang ada menjual yukata. Masa di Jepun, aku memang ada keinginan untuk beli satu yukata sebagai kenangan. Tapi harganya mahal…paling murah aku jumpa harganya RM1200. Itu yang aku jumpa, yang aku tak jumpa mungkin lebih murah atau mahal dari harga tadi. Tak apalah tu…

Yukata berserta dengan obi ini dijual dengan harga RM200. Mereka siap akan bantu pakaikan sekali. Pucuk dicita, ulam mendatang…terus aku minta Hadi pilih yang mana satu paling cantik dan warna obi yang sesuai. Mujur aku pakai tudung berwarna hitam jadi sesuai sangat dengan yukata yang Hadi pilih itu.

Hari itu, hujan turun dengan lebat. Sementara menanti hujan teduh, aku meronda-ronda di dalam Publika dengan fefeeling santik sangat.

Walaupun reunion yang dirancang tidak jadi, tetapi aku dapat berjumpa dengan Christine. Kalau nak tahu, masa penerbangan KL-KIX lalu aku duduk sebelah dia. Tapi kami tak bersembang sangat..Maklum ajelah tak kenal lagi.

Di Bon Odori inilah aku berpeluang menari dengan semua pengunjung yang ada. Lebih best, sebab aku sudah pakai yukata 🙂 Lagu yang dipasang kebetulan pula lagu Rasa Sayang. Jadi aku hanya ikut irama sahaja dan perhatikan orang depan. Tak susah sangat pun tariannya. Sempat buat FB live yang pertama…

It was fun…mungkin sebab aku masih belum move on dengan memori musim panas di Jepun. Aku akan kembali musim luruh nanti. Dalam hati tu mengada juga nak pakai yukata di sana 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...