Konsert Belenggu Irama : Wings & Superfriends

Agak sedikit lewat aku menulis tentang Konsert Belenggu Irama. Konsert ini diadakan di Istana Budaya pada 6-9 April 2017. Pada mulanya aku tak pasti aku akan hadir atau tidak konsert ini. Satu – kerana anak-anak perlu ada seseorang yang jaga dan dua – aku tidak beli tiket lagi disebabkan faktor nombor satu tadi.

Disebabkan hujung minggu lepas kami bercadang habiskan hujung minggu di Melaka, maka rencana untuk mendapatkan tiket ke konsert ini terhenti begitu sahaja. Aku tahu, boifren aku ada buat persembahan malam itu. Giler aku lepaskan peluang untuk pergi..M.Nasir tu…possibility aku jumpa beliau dalam setahun hanya satu per dua belas sahaja setahun.

Dan tahun 2017 ini aku belum jumpa beliau lagi!

Jadi episod kehadiran aku ke Konsert Belenggu Irama bermula petang Ahad nan mencabar pada tarikh 9 April 2017. Ketika itu aku sekeluarga dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dan melalui lebuhraya PLUS yang sangat dikenali dengan kesesakannya pada tiap-tiap hujung minggu.

Kalau tak silap, dalam pukul 5.15 petang itu Hadi mendapat tawaran 2 tiket ke konsert berkenaan. Kami terus menyatakan persetujuan. Dalam pada masa yang sama, dia hint-hint juga barang 2 keping tiket lagi agar kami dapat membawa 2 rakan konsert untuk berhibur. Ok…impian itu tercapai. Kami dapat 4 tiket. Pun tak lama lepas itu, dia ditawarkan lagi 3 keping tiket. Terus dalam kepala otak aku nak ajak Aie, Ameera dan Ona. Sayangnya Ona ada aktiviti lain. Maka 6 manusia bertuah ini menyatakan kesudian untuk berhibur together-gether walaupun esok hari Isnin – kerja jahanam!

Misi pertama ialah menyelesaikan masalah nombor satu pernyataan masalah dalam perenggan pertama atas tu – siapa nak jaga anak? Memang Mamalah harapan kami berdua…Aku selalu rasa serba-salah terpaksa menyusahkan mama untuk menjaga anak-anak bila aku dan Hadi hendak keluar dating. Tapi aku takde pilihan lain yang lebih logik dan dekat. Mujurlah mama okay! Selesailah masalah di atas.

Kedua – meranduk kesesakan lalu lintas yang macam haram jadu ini. Aku hampir pasti kami gagal sampai ke Taman Permata sebelum pukul 7.30 malam disebabkan jem teruk. Sampai tu bukan aje drop anak then terus gerak ke Istana Budaya. Hadi pulak kena ke Giant beli seluar panjang sebab kebetulan dia memang takde seluar jeans yang elok. Jadi semuanya kami kena buat dengan gaya ekspress rakyat. Sampai rumah mama – aku salin baju – Hadi pergi Giant – Hadi balik Giant – amik aku kat rumah -terus ke Istana Budaya. Tapi leganya semuanya sangat dipermudahkan…

Cuma tangisan Eskandar di pintu rumah masa aku berlari masuk kereta itu agak syahdu sikit. Dia macam dapat rasa aku akan tinggalkan dia di rumah mama dan keluar. Jadi masa aku sibuk siap-siap tu, dia sentiasa ada dekat dengan aku. Hampir nak siap, kaki aku dipautnya – dia mengikut sahaja kemana kaki aku melangkah. Ok itu moment syahdu hahaha….

Yang lain-lain ini aku tulis secara bullet point aje. Bukan sebab malas nak mengarang, tapi sebab itu lebih ringkas dan selari dengan ingatan aku pada malam itu :-

  • Parking dekat IB malam itu memang jahanam penuh. 2 kali berpusing, akhir sekali kami parking dekat belakang-belakang lorong aje. Memang tawakal parking kat situ.
  • Elok aje masuk dalam IB, kami berselisih dengan Datuk Yusof Haslam. Ada budak tu dah macam epilepsi nampak DYH. Aku steady aje…selalu jumpa kot.
  • Seat kami betul-betul di bahagian tengah arena. Memang puas hati sebab tak dekat sangat, dan tidak jauh sangat.
  • Pengacara malam itu ialah Aidil Ghafar. Bila Hadi tanya, tu siapa? Aku cakap Mamat Khalid. Apa Mamat Khalid buat kat situ, tanya Hadi? Dan aku memang terlepas gelak….Aku tiada niat mempersenda pun Hadi sebab dia tak kenal, tapi aku kelakar sendiri sebab memang Aidil Ghafar sebijik macam Mamat Khalid malam tu.
  • Semua penonton diberi peringatan hanya boleh rakam 10 minit persembahan pertama sahaja. Jika ada rakaman selepas masa itu, amaran lampu hijau akan disuluh kepada pelaku. Jika masih berdegil, telefon akan dirampas. Pun ada tenuk-tenuk yang tak faham bahasa…

  • Background screen yang pertama macam di Transylvania…agak gothic, tapi cun ditambah efek asap yang memutih di belakang.
  • Monolog oleh Awie dan Beto Kushairy agak panjang..ia bermesej dan sedikit sinis terutamanya bila part Awie. Awie memang semulajadi sinis dan macam dia cakap…poyo.
  • Masa awal kemunculan Beto Kushairy, aku dan Hadi hampir pasti kami nampak dia macam Baal. Baal adalah satu karekter dalam drama Ash vs. Evil.

  • Dua kali pandang, Beto nampak macam The Crow pun ada. Gitarist Wings yang rambut mengurai belah kiri pentas pun nampak macam The Crow. Kalau tak silap, nama dia Sham.
  • Antara yang terlibat dalam persembahan malam selain kumpulan Wings ialahย Datuk M.Nasir, Datuk Hattan, Datuk Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Betto Kushairy, Liza Hanim, Jaclyn Victor, Sahara Yaacob, Razlan Kristal, Billa AF, Kudeen 3 Juara, Uchop Bukan Sekadar Rupa dan Aniq Ceria Pop Star.
  • Setakat yang sempat aku kira, ada 7 lamp table dekat atas pentas – mungkin lebih. Aku kira sebab ada satu masa tu stress melanda. Siapa yang pergi konsert hari terakhir mungkin bersetuju dengan stress yang aku rasa…
  • Masa lagu Sayap Ilusi, aku tersayu kejap..itu lagu wajib karoke. Kudeen suaranya tidak mengecewakan.
  • Aku agak keliru dengan make-up Uchop yang nampak macam Azwan Ali pun ada, macam ahli gusti kecundang dirampas tali pinggang kemenangan pun ada. Nak kata futuristik pun…hmmmm, entahlah.
  • Aniq Ceria Popstar sangat comel dengan kot Royal Blue. Bilalah suara kau nak pecah dik…?
  • Ok, kemunculan Liza Hanim memang mengejutkan. Dia nampak sangat cantik, langsing dan suaranya memang hebat. Make-up aje bedak setong, tapi dengan suranya yang mengancam tu, make-up aku tolak tepi.
  • Sahara Yaacob memang dikenali sejak era 80-an. Tapi muzik dia bukan citarasa aku. Aku cuma rasa kalau lagu Jaket Biru tu dia yang nyanyi solo itu lebih logik dan menarik.
  • Jaclyn Victor nyanyi lagu Sejati…hoh, gile babun tinggi key dia!
  • Hari dah dekat 1 jam 30 minit, konsert macam nak dekat habis. Kelibat M.Nasir aku tak nampak-nampak lagi. Riak muka kehampaan memang dah terpancar kat muka aku. Hadi dah cuba sejukkan hati “maybe dia konsert malam sebelum ini kot..takde rezeki yu”. Aku nie masih tidak berhenti berharap. Takpe, “ai yakin kalau ada lagu Kepadamu Kekasih konfem M.Nasir ada.” Hambiklah, lepas itu pakcik buat kemunculan dan aku yakin jeritan aku antara yang paling epik malam itu!
  • Kemudian M.Nasir nyanyi lagu Gerhana. Wow…memang macam konsert dia. Dalam pada enjoy tu aku berharap juga Hattan tidak mencelah-celah nyanyi sama ๐Ÿ™‚
  • Kemunculan Yazit Search memang mendapat standing ovation dari semua penonton. Beliau membuktikan sakit yang dialami tidak menyekat kemampuannya untuk bermain drum. Apa yang aku hargai, masa Yazit beraksi 2 drummer dan beberapa musician ada dibelakang Yazit, seolah memberi penghargaan dan sokongan kepada dia.
  • Awie cakap siapa dapat tiket free tak dapat pahala….ok fine ๐Ÿ™‚
  • Agak sedikit kecewa bila bukan M.Nasir yang diberi peluang nyanyi lagu Rantai. Kecik hati ai…
  • Hampir ke penutup konsert, semua artis membuat kemunculan di atas pentas. Masa lagu Bernafas Dalam Lumpur, hampir semua penonton keluarkan telefon bimbit dan merakam persembahan – termasuklah aku dengan Hadi. Kami siapa ada video menyanyi dengan latar belakang artis ramai-ramai di atas pentas. Tapi memang tidaklah aku post video itu hahaha ๐Ÿ™‚

  • Cubaan M.Nasir untuk nyanyi lagu itu juga sangat comel hehehe ๐Ÿ™‚ Dia tak nyanyi sangat pun…

Habis konsert, aku tengok semua orang macam nak panjat pentas untuk bergambar dengan artis. Aku memang nak bergambar dengan M.Nasir tapi memandangkan suasana macam tidak mengizinkan, kami terus balik aje. Insya Allah ada rezeki lain untuk aku bergambar dengan beliau.

Aku pun sebenarnya sudah pancit sangat-sangat sebab sebelum balik dari Melaka petang tadi, aku mengemop seluruh isi rumah yang penuh dengan lekat-lekit. Kami balik Taman Permata dahulu untuk ambil anak dan kemudian baharulah balik ke Bandar Saujana Putra. Sampai rumah pukul 2.00 pagi..Aje rabak mata aku pagi itu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...