Masa Aku

Malas rasanya mahu mengganti bateri pada jam yang lama. Ada 2 sebenarnya. Satu dihadiahkan oleh dua kawan, hampir 10 tahun usianya. Yang satu lagi memang aku beli sendiri, jenama Dunlop sekitar 2 tahun lepas di Mydin USJ.

Setiap kali aku ganti bateri, tak lama selepas itu ia akan mati sendiri. Tapi tidak sesekali akan aku buang kedua-dua jam itu. Itu kenangan dan pemberian. Aku simpan.

Penjaga masa aku sememangnya manusia yang memahami. Alang-alang dia beli jam untuk dirinya sendiri, langsung dia belikan untuk aku sekali. Aku tak pernah memilih jenama. Aku sendiri gagal memahami jenama. Asal cantik dan tahan lama sudah. Jam comel RM10 ini selamat menjadi milik aku.

Terima kasih 🙂

Aku sangat hargai masa orang, walaupun orang tak peduli pasal masa aku. Mengisi masa dengan memori satu benda yang mudah sebenarnya, asalkan kita memahami keindahan perjalanan masa – setiap minit dan setiap jam. Saat tu macam singkat sangat, kecuali kau Husin Bolt atau Lydia De Vega.

Masa yang aku dambakan sekarang ini tak lain, masa untuk bersama-sama kau dan aku. Gila lama kita tidak melepak berdua, bersembang dan berkongsi rasa. Semoga rangka percutian kita akan menjadi realiti sedikit masa lagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...