RSS
 

Archive for November 11th, 2012

Apalah Nasib..

11 Nov

depan dan bawah jahanam..

 

Semalam memang hari yang serba tak kena dari pagi. Bermula dengan episod terkejut lepas bangun tidur, kelas non-stop sampai petang yang kemudiannya aku terpaksa balik awal. Malamnya pulak  kami kemalangan di MRR2. Lori tu memang babi sial anak haram dan suku-sakat dengannya. Lepas dia dah langgar kereta kami terus lari. Kalau ikut hati aku memang nak berlari kejar. Memandangkan kalau aku buka pintu memang jatuh longkang, aku pandang ajelah. Lagi pun malam tadi bukan waktu yang sesuai untuk berlari mengejar lori.

Tuhan nak bagi rezeki yang lebih besar. Sabar sahajalah. Apapun aku bersyukur suami aku tidak apa-apa. Masa kereta berpusing 3 kali aku hanya  berharap dia selamat. Aku susah nak jawap macam mana kereta boleh merentang macam tu. Cukuplah sekadar tahu Hadi sedaya upaya mengawal kereta supaya tak terbabak dengan momentum lebih kuat dan tuhan masih memberikan ruang untuk kami di dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...