RSS
 

Archive for November 3rd, 2012

James Bond 007 : Skyfall

03 Nov

image

Semalam aku berpeluang tengok Skyfall. Dari PJ Oldtown jam 6.00 petang, trafik yang teruk ditambah hujan tak berhenti namun kami sempat sampai di Sunway Piramid. Mujur tiket sudah ditempah secara dalam talian kerana barisan yang beratur sempat tanak nasi layaknya. Wayang dijadualkan jam 6.45 petang.

Sebelum aku mematikan minat orang ramai atau mendatangkan amarah kepada yang kipas mati Bond, aku mahu menulis beberapa pendapat peribadi aku tentang Bond. Relevan tak relevan bukan masalah sebab aku tiada bahagian dalam saham Bond ini.

1. Poster
Billboard sebesar alam Bond yang sepatutnya gagah perkasa berdiri seperti wira yang mempunyai masalah angin pasang. Macam sakit lutut pun ada.Tidak segak, tegap dan meyakinkan. Poster pose baring itu pula biasa-biasa sahaja.

image

2. Lagu tema Bond
Setakat ini aku paling suka You Know My Name oleh Chris Cornell. Lebih mantap dan yakin diri. Skyfall Adele bukanlah tak sedap. Ok juga. Cuma bukan pilihan.

3. Bond Sebenar..
Hahahaha..aku tiada masalah dengan pelakon lelaki. Sean Connery ok, Pierce Brosnan super ok dan Daniel Craig juga terbaik. Rod Steele 0014 pun ok hahahahaha!

Ok..berbalik pasal filem Skyfall. Aku sifatkan ia sekadar biasa-biasa sahaja. Aksi ada, tapi tidak mendebarkan seperti Dark Night. Ia sekadar tengok sekali, lepas tu tak tengok lagi pun tak apa. Ada unsur-unsur humor yang bijak. Oh, itu aku suka. Cuma bila ada elemen gay sendu tu aku geli. Geli sebab pelakunya tak gagah…

Bond ini adalah prequel. Sebab itu watak Moneypenny dan M. Itupun kalau tak silap pemahaman aku yang sibuk curi-curi makan Kebab King dalam balang bertih jagung..

Nak tengok, tengoklah…tak tengok pun tak rugi.

 
2 Comments

Posted in Filem

 

Pertama November Ini…

03 Nov

image

Pertamanya, catatan ini tiada kena-mengena dengan poster di atas. Ia hanya hiasan sanggul yang kebetulan kena dengan cerita yang aku nak tulis. Bulan ini bulan November. Aku sudah menggunakan semua wild card berfoya-foya pada bulan-bulan terdahulu. November juga aku nekad untuk meluruskan kembali kehidupan yang senget-benget di pelusuk sudut. Rasanya tadi, mengambil berkat Jumaat aku memulakannya.

Tugasan individu untuk kelas War, Religion and Society selamat aku hantar secara email. Esok baru aku hantar dalam bentuk salinan keras. Aku menambah-baik kertas semester lepas dengan memasukkan beberapa elemen baru bersesuaian dengan silibus yang banyak berubah berbanding semester lepas. Agak gementar bila pensyarah email balas dan mengatakan dia akan membaca terus tugasan tersebut sebelum dia masuk tidur. Harapnya tiada penambahan dan semakan maya mengatakan ia 1% plagiat. Hebat weh…

Esok aku perlu memberi katrij baru untuk memudahkan urusan kehidupan pelajar yang sedikit sengkek, tetapi tidak merana.

Minggu depan aku mahu memastikan hal tuntutan insurans selesai. Ia sangat lembab dan aku salahkan manusia. Tak mahu membebel panjang di situ kerana hanya menyakitkan jiwa raga.

Semenjak dua menjak berlari ni, rasanya badan sedikit ringan. Rasanya aku perlu membeli seluar baharu. Oh, kenyataan itu membakar diri sendiri…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...