RSS
 

Archive for October, 2012

Dasar Luar Pintu..

31 Oct

image

Maaflah…aku terpaksa menepis semua ini untuk kesejahteraan sejagat.

 
 

Bingo Blitz dan Taufan Sandy

31 Oct

image

Bingo Blitz adalah antara permainan dalam Facebook yang masih aku usik selain Candy Crush. Sudah lama aku mengucap selamat babai kepada Mafia Wars,Farmville, Vampire Wars dan lain-lain lagi. Bingo Blitz sangat menarik sebab kebanyakan yang main dalam tu warga emas. Jadi mereka banyak bersembang diruangan chatting.

Kadang-kadang cerita keluarga seperti kematian suami atau anak, pejuang kanser, OKU dan kadang-kadang merepek juga pasal hal dunia lain. Apapun,mereka menceriakan kehidupan aku dan aku bahagia di alam itu.

Sehari-dua ini chatting semuanya pasal taufan Sandy. Aku agak pelik dalam keadaan ribut tiada letrik bagai ada yang masih gigih memangkah kad bingo. Ada juga yang risaukan ahli keluarga dan ada yang sedang menanti bantuan. Pemain lain dan aku juga hanya mampu mengucapkan sabar dan berharap semuanya selamat.

Yang buat aku lebih terharu, seorang nenek ini siap mesej seorang demi seorang rakan-rakannya (termasuk aku) untuk memastikan keselamatan kami. Dia cukup gembira bila mengetahui kebanyakan rakan-rakan mayanya selamat dan terhindar dari taufan Sandy.

Tadi aku habiskan masa agak lama diruangan chat. Pelapor seluruh US dan Canada mengemaskini laporan tentang taufan Sandy. Aku harap semua rakan-rakan yang lain selamat. Gambar-gambar post-Sandy di FB mereka buat aku sedih dan bersyukur Malaysia terhindar dari semua itu…

 
 

Ohai.. Pembodek Dunia Maya

30 Oct

Kalau aku ada kuasa, memanglah aku kasi.

 
 

Cinta Hati Saya Satu Masa Dahulu..

30 Oct

Jujurnya, aku tak sangka Hadi punya iras Yusry KRU. Yang aku perasan kadang-kadang mukanya macam Seniman Aziz Jaafar, selalunya macam Arash Mohd, jarang-jarang macam DS Najib masa remaja.

Apapun itu tak penting. Yang penting pesanan ustaz TITAS aku dahulu. Nak mencari lelaki, biarlah nampak kelakiannya iaitu jambang atau janggut. Jika ada keduanya itu bonus.

Gambar itu masa persandingan kakak aku dahulu. Ya, aku nampak teletubbies!

 

 
 

Misi Ikan Bakar dan Pampers..

29 Oct

Aku sudah berjanji dengan pakcik untuk membawa ikan siakap bakar untuknya esok. Malam sebelum itu, aku ke Giant Sri Manja untuk membeli ikan siakap. Memanglah rezeki pakcik..Ikan siakap tinggal seekor aje. Terpaksa aku gantikan dengan seekor ikan bawal hitam dan 3 ekor ikan cencaru. 8 orang makan, 5 ekor ikan tu kira sedang eloklah.

Selain ikan, aku juga katakan aku akan membawa papers dewasa untuk pakcik. Harga pampers masuk dalam kategori mahal. Ada yang berbelas ringgit, dapat 10 keping aje. Disebabkan pakcik guna 3 keping sehari, paling sedikit aku kena bawa 10 pek. Penuh troli dengan pampers. Terkejut kakak cashier tu sebab aku beli pelbagai jenama. Apa yang ada aku borong semua. Memang hajat aku nak bantu apa yang terdaya. Nak kasi duit ringgit aku belum mampu..

Jam 9.30 pagi aku sudah bersilat di dapur. Bakar ikan bukan pakai arang pun, hanya balut aluminium foil dan masak dalam kuali. Itu pun macam tak cukup tangan nak buat semua. Mujur sayur kobis masak lemak sudah siap. Awal-awal lagi sudah aku masak sebab nak membakar ikan agak lama. Adeq bantu buat sambal. Bukan 2 jenis, 4 jenis aku sediakan. Sambal tempoyak, kuah asam, sambal ikan bilis dan sambal belacan. Aku tak tahu pakcik dan makcik suka sambal apa, jadi semua aku siapkan dengan bantuan Adeq. Hadi pulak sudah ke Markas FRU untuk acara korban di sana. Tengahari baru dia akan bersama kami untuk makan bersama.

Kami sampai rumah pakcik jam 12.45 tengah hari. Pakcik rupanya dah tanya jadi ke tidak aku datang bawa ikan sampai makcik terpaksa sabarkan dia. Ish, dah janji..mesti aku datang. Memang dia sangat berselera makan. Ikan siakap tu memang khas untuk dia. Punyalah dia tak percaya aku masak. Sampai ingat aku nie meniaga ikan bakar pun ada. Itu memang lucu. Rumah itu jarang bertetamu. Jadi bila aku dan Adeq datang, dia sangat suka bercerita. Sampai tak sedar tengah hari itu dia belum cuci darah lagi (pakcik banyak sakit dan banyak kisah sedih. Satu hari yang lapang akan aku ceritakan kisah beliau..)

Tak lama kemudian, Hadi pun sampai dan makan bersama kami. Kasihan, dia nampak letih. Sudahlah datang naik motor. Apabila hari nampak gelap, dia mohon izin balik awal. Aku, Adeq dan boifrennya melayan pakcik bersembang lagi. Tapi kami juga tak boleh lama. Melayan pakcik sembang alamat tak bercuci darah beliau.

Aku bercadang untuk menjadikan aktiviti ini wajib bulanan. Kalau mingguan takut aku tak mampu commit. Aku cuba harap pakcik dan makcik tabah melalui kehidupan dalam keadaan kedua-duanya uzur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
No Comments

Posted in Ehsan