Archive for the ‘Hidup Seorang Pelajar’ Category

Setelah sebulan baucer BB1M berada dalam genggaman, akhirnya aku berkunjung ke Amcorp Mall, Petaling Jaya untuk membelasah baucer untuk kedua kali selepas yang pertama tahun lepas. Dapatlah 3 buku dan beberapa keperluan alat tulis yang aku rembat. Sayangnya, Kedai Buku Popular itu sangat banyak songeh. Ia mesti 40% buku dan 10% baru boleh untuk kegunaan lain. Masalahnya takdelah meriah sangat koleksi buku di situ yang melayakkan aku membelasah kesemua baucer di sana. Aku guna RM 50 aje.

Terus aku ajak Hadi ke Book Access tingkat atas. Amik kau…puas hati aku membeli buku. Dapatlah 10 buah buku dan sudah gunakan RM 100 BB1M di situ. Buku Serial Killer yang didatangkan dengan DVD ini sangat langka. Aku mesti pilih! Itupun sakit hati juga sebab tak dapat koleksi lengkap, apa yang ada aja. Minta bantuan petugas di sana pun macam haram jadah jawapannya. Tak apalah..aku malas nak bahasakan dia sebab tak berbaloi pun.

Tapi aku tak tentu ada masa untuk lihat semua DVD ini dalam waktu terdekat. Buka PC untuk update blog inipun memerlukan kesungguhan yang tinggi. Aku cepat pancit akhir-akhir ini. Sementelah rally CSI Las Vegas baru sampai season 4 – itu jua kandas sebab aku banyak tertidur depan TV.

Malam semalam, aku agak lewat tidur. Nanges-nanges 4km untuk cuba siapkan proposal dalam keadaan tajuk dah dapat, tapi risaukan skopnya yang agak besar. Bila tanyakan perkembangan rakan-rakan yang lain mereka rupanya datang bawa mutual agreement sahaja. Ingatkan pagi tadi perjumpaan kena hantar semua mak nenek ini dengan segera. Rupanya hanya taklimat mukadimah selamat datang ke alam tesis 2013, hantar mutual agreement/dapatkan tandatangan supervisor (kalau dah ada) dan kenalpasti supervisor, bagi mereka yang masih tercari-cari.

Untuk diri aku, syukurlah sudah ada dicadangkan supervisor oleh Koordinator dan tuan punya badan pun dengan senang hati menerima aku seadanya bersama 2 rakan lain. Borang pun sudah ditandatangani, tapi aku belum hantar ke pejabat. Tajuk juga sudah dibincangkan. Mujur beliau bersetuju – itu pun subuh tadi aku sedar skop kajian ini besar bapak. Mujur juga 4 tajuk cadangan yang aku sediakan, yang aku rasa sesuai itulah yang dipersetujui bersama. Jadi langkah awal hanya mengemaskini kertas cadangan, kaedah dan rencah-rencah lain. Agak nebes untuk lalui semester akhir ini kerana aku sangat berharap ia berakhir dengan sangat indah, seindah keputusan semester lepas.

Yang semangatnya, sarjana belum selesai dah berura-ura nak sambung PhD. Biasalah, aku mahu capai semuanya :)

Agak mencabar untuk melakukan semua ini dalam keadaan yang hampir sarat. Jadi Tuhan, permudahkanlah…

image

Adalah normal bila mendapat emel berantai walau apa tujuannya. Adalah menjengkelkan bila mana ada antara penerima yang memberi tindak balas dengan reply all. Katalah emel itu bertujuan mengingatkan pelajar tentang kehadiran kelas kepada 500 pelajar yang bukannya pelajar bodoh, pelajar sarjana jua adanya. Tak payah separuh, 10% darinya membalas reply all Akan hadir, tidak hadir atau sebodoh-bodoh alam ambil maklum sebab mahu menunjukkan partisipasi.

Itu lawak bagi manusia yg emelnya tak sibuk,tak berkehidupan dan baterinya sentiasa 100%. Pada aku tidak.. Aku peduli apa kau nk datang dengan berkobar-kobar. Kecuali dikhabarkan ada kecemasan tak dapat hadir sebab ada ahli keluarga tenat ke, boleh diterima akal.

Ia kebodohan IT yg semakin berleluasa di mailbox aku. Dan pelakunya adalah bijak yang sama. Ia harus dihentikan..

image

Ahad lalu sangat berkejar dengan masa. Ahad lalu paginya aku di Kuantan, memenuhi agenda yang mahu aku tuntaskan sebelum segera bertolak balik ke Kuala Lumpur. Cadangnya sebelum 4.00 petang perlu sampai di Putrajaya. Alhamdulillah, trafik menyebelahi dan aku sampai sana sekitar 4.15 petang. Hari itu telah ditetapkan acara BBQ untuk penutup Semester 3 2012. Aku bertanggungjawab membawa arang dan “bagai-bagai” untuk membakar. Mujur aku sampai awal dan tidak membuatkan rakan-rakan lain menunggu lama.

Acara ini pertemuan pertama selepas Semester 3 berakhir. Ada yang akan tamat pengajian dahulu, dan ramai juga akan menyambung Semester 4, termasuk aku sendiri. Seorang teman yang bercuti juga meluangkan masanya untuk pertemuan makan-makan ini. Cuma ada seorang tersangkut di Perak kerana urusan kerja. Tak mengapalah…Yang penting bertemu.

Apalah acara BBQ tanpa ayam dan sosej. Dan apalah sangat tragedi sosej tumpah kalau bukan BBQ namanya. Ia sederhana tapi meriah. Sungguh, aku tersangat kenyang air hari itu. Air ada hampir 7 jenis, belum termasuk air panas. Bihun dengan kicap yang aku mohon khas, pavlova, sos salsa, sate kambing dan kudap-kudapan lain memenuhi meja. Ada yang membakar, ada yang bermain PS3 dan ramai melayan diri mengikut keselesaan. Paling epik, kerang yang sepatutnya menjadi kerang rebus bertukar menjadi kerang rebus kerana kakak kerang datang lewat atas urusan kerja. Penutup acara, makan kerang sambil merencana aktiviti seterusnya .

Apapun, selepas ini pasti semuanya berubah. Masa merubah segalanya, kesibukan akan menghambat kami semua. Hanya WhatsApp tempat melabun dan berbicara tanpa muka. Dalam hati aku tahu aku punya satu keluarga yang besar.

Two out of three ain’t bad..

2/3 perjalanan lagi dalam menghabiskan saki-baki semester 3. Insyaallah menjelang minggu depan habislah sessi yang menduga ini.

2/3 untuk meneruskan kelangsungan satu hidup. Semoga dipermudahkan halangan yang tertulis.

Tak tahulah sama ada mapan lagi tak jiwa aku untuk bertahan melalui semua ini. Tapi aku percaya hidup tanpa perjuangan dan pengorbanan itu hidup seorang penakut. Dalam ketakutan yang ada aku hamparkan sedikit keberanian untuk manusia-manusia yang aku sayang dengan sepenuh jiwa. Jadi aku mohon tuhan, 2/3 yang tersisa ini permudahkanlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...