Jamuan Perpisahan UKK

Tengah hari semalam, unit kami meraikan dua kakitangan yang bakal meninggalkan UKK. Bos kami, Puan Kalsom Semon akan berpindah ke unit lain manakala Puan Safiah pula akan bersara selepas raya nanti. Majlis ringkas itu diadakan selepas mesyuarat unit. Walaupun ramai yang tidak hadir kerana terlibat dengan pitching, majlis tetap berlangsung dalam suasana yang penuh dengan emosi.

Sebelum menerawang jauh tentang majlis perpisahan itu, terima kasihlah kepada Ruby dan Kak Yam yang beriya-iya suruh aku jadi emcee tak bertauliah. Aku buat jugalah dalam keadaan struktur ayat pun tak sempat nak jaga.

Majlis dimulakan dengan tayangan video memori Puan Kalsom bersama-sama kakitangan UKK dalam pelbagai aktiviti. Dengan lagu latar Memori Tercipta nan syahdu, tersentuh juga emosi kami yang menontonnya apatah lagi empunya diri yang diraikan.

Puan Kalsom kemudiannya memberikan ucapan perpisahan kepada kami semua. Agak tertahan-tahan juga nadanya semasa berucap. Bos tak mahu menangis, katanya…ramai yang sebak, tapi apa boleh buat. Patah tumbuh hilang akan berganti. Bos pun pergi kerana kemajuan kerjaya.

Kemudian, Kak Piah pula memberikan ucapan perpisahannya. Ringkas aje ucapan Kak Piah. Kak Piah bakal berhijrah ke Gelang Patah, Johor selepas bersara nanti. Sempat juga dia mengajak kami semua singgah kerumahnya seandainya kami sampai ke sana.

Seperti yang aku katakan semalam, apa juga suratan alam silatulrahim itu hendaknya sentiasa berkekalan dan tidak putus, seperti air. Kalau ada rasa rindu, kita serang aje rumah Puan Kalsom setiap kali hari raya dengan harapan dia akan sediakan mee bandung atau nasi ayam sebagai menu ­čÖé

Jujur aku bagitahu, aku akan ingat Kak Piah bukan sahaja kerana keramahan dan kerendahan hatinya ketika berbicara, masakannya juga sedap ya amat. Laksa Johor yang Kak Piah masak adalah yang paling sedap dalam dunia pernah aku makan. Kalau ada pingat, dah lama aku kasi satu pada Kak Piah.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pemberian cenderamata kepada Puan Kalsom dan Kak Piah. Juga kepada kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan Mei dan Jun. Aduh, masa ini pulak Kak Lee takde. Kak Lee memang suka aku jadi emcee acara pemberian hadiah ni, happening katanya. Itu kata Kak Lee…so far dia aje nampak aku ni kelakar kot hehehehe… (nak jugak!) Terima kasih kepada Dr. Zainal dan Puan Noriah Letuar kerana sudi menyampaikan hadiah kepada penerima.

Kami kemudiannya makan tengah hari bersama-sama dan diikuti dengan acara bergambar. Ini memang kegemaran semua orang agaknya. Macam-macam jenis posing ada, tapi aku amik yang moleh-molek aje ya untuk tatapan umum.

Sebelum menutup bicara, ampun maaf dipinta kepada kedua-dua insan ini kerana sepanjang kita berkerjasama, pasti ada tingkah laku, perbuatan dan percakapan yang menyinggung hati. Terutamanya kepada Puan Kalsom, maafkan semua salah dan silap dan halalkan segalanya – ilmu dan bimbingan yang diberi.

Pucuk pauh delima batu

Anak sembilang ditapak tangan

Sungguh jauh di negeri satu

Hilang di mata di hati jangan

Kejuaraan Boling BKTV 2016

Pada hari Sabtu yang lalu, Badan Kebajikan TV RTM (BKTV) telah berjaya menganjurkan pertanding boling bagi merebut Piala Pengarah Program TV bertempat di Metro Point, Kajang. Aktiviti ini adalah penutup bagi tahun 2016 selain merupakan acara tahunan BKTV. Sebanyak 14 tim di bawah Program TV ┬átermasuk satu tim AJK dan satu tim VIP mengambil bahagian dengan tema Crazy Bowling. Macam-macam busana dan gaya ada…

 

Sebenarnya bukan mudah untuk menganjurkan aktiviti seperti ini dalam bulan Disember. Dengan bertembung majlis kahwinlah, bercutilah dan komitmen-komitmen lain yang kebetulan jatuh pada hari minggu, dapat 14 tim pun dah kira besar rahmat. Awalnya kami menyasarkan 17 tim untuk bertanding. Dapat 14 pun ok dah..Tempat dan tarikh asal iaitu pada 10 Disember di The Summit, USJ terpaksa ditukar disebabkan masalah-masalah ini dan hasilnya, majoriti bersetuju dibuat pada 17 Disember 2016….ini adalah cubaan pertama. Insya Allah tahun depan lebih meriah lagi sambutannya. Nama kumpulan dan tema pasukan adalah seperti berikut :-

  1. ┬áTim VIP – Transformer
  2. Tim AJK – Red Devils (memang masuk gua beramai-ramai)
  3. Drama – All Blacks
  4. TV1 – C4
  5. TV2 – Pelikat Fusions
  6. Hiburan 1 – Dut Dut Dut Badut
  7. Hiburan 2 – Sharp Shooter
  8. Konti – Crazy Phoenix
  9. TVi – Raincoat
  10. Sukan – Deep Purple
  11. UMD – Kita Bakor
  12. Program Studio – Tibai Aje (Mokcun)
  13. UKK 1 – Aura Kasih
  14. UKK 2 – Mengongoi

Acara dimulakan dengan ucapan ringkas Pengarah Program TV iaitu Puan Norliza Ali. Selepas ucapan, beliau membuat balingan mula dan berjaya menjatuhkan 8 pin..itu tak prektis! Kalau prektis, merayu Shalin Zulkifli suruh boss besar jadi coach dia.

Unit Kandungan dan Kreatif telah menghantar 2 tim iaitu Tim Aura Kasih dan Tim Mengongoi bagi mewakili unit kami. Tim Aura Kasih terdiri daripada Suria Nasir, Kalaivanee, Hisyamuddin dan Kak Piah manakala Tim Mengongoi terdiri daripada Abang Azami, Azizul, Mior dan Huda. Memang target kami ialah untuk mendapatkan Piala Pengarah Program TV, jadi Tim Mengongoi adalah sandaran kami.

Tim Aura Kasih itu pula tim memeriahkan suasana sahaja. Disebabkan Hisyamuddin salah tempat, sempat juga aku ganti. Itu adalah kali pertama aku main boling. Jahanam ke longkang semuanya. Ada sekali strike, baru nak riak, fault pulak….Kak Piah yang mendakwa baru pertama kali usik bola boling tu pun boleh jatuhkan 8 biji pin..sekali baling! Yang lain-lain tu asal lepas ajelah. Memang patutlah tim ini ditukar nama menjadi Aura Kasihan ­čÖé

Aku adalah pengurus untuk kedua-dua pasukan dan aku sangat bangga dengan komitmen mereka semua. Tim Mengongoi berjaya mengharumkan nama UKK sekaligus menjadi juara pertama yang membawa balik Piala Pengarah Program TV. Abang Azami turut membawa balik hadiah bagi kategori individu┬álelaki terbaik dengan jatuhan pin terbanyak. Nasib baik LNPT tu tak boleh ubah..kalau tak aku dah tambah markah untuk kelapan-lapan peserta ni ­čÖé


Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang. Kepada yang kalah, ada setahun lagi masa untuk mengasah skill.

Apapun, semua ini tidak akan berjaya tanpa sokongan Pengerusi BKTV iaitu Puan Noriah Letuar, Timbalan Pengerusi iaitu Encik Aie Sarkase dan ahli-ahli BKTV yang lain iaitu Puan Intan Izelea, Puan Ellie, Puan Ne, Cik Shida Ali, Encik Shaheezam, Puan Farah Syahnaz, Puan Simah, Puan Maszuita, Puan Fauziah Melan, Puan Salwati dan Puan Tamil. Terima kasih yang terindah buat bekas AJK BKTV iaitu Puan Noriah Kasimin kerana sudi menyertai aktiviti kami walaupun sudah bergelar pesara. Semoga hubungan kita semua akan berkekalan dan dirahmati hendaknya.

Saya mohon maaf kepada semua AJK BKTV, Tim Mengongoi dan Aura Kasih kerana tidak dapat berada lama di sana. Anak-anak sudah mula mengganas dan kami perlu beransur untuk ke majlis lain. Juga maafkan saya sekiranya ada gambar pasukan yang tidak saya masukkan. Kalau diberikan gambar itu, boleh saja saya selitkan kemudian. Juga maaf sekiranya saya tertinggal memberi kredit kepada mereka yang terlibat bagi menjayakan Kejuaraan Boling BKTV 2016 ini.

p/s: Saya pinjam ya gambar-gambar ini…tq

UKK Box Office Nite 2016

15230681_1216416625109322_3064889702547011829_n

Kalau nak diikutkan, aku memanglah tak gemar majlis bertema-tema kecuali tema makan sampai kenyang atau tema bebas. Itu lebih memudahkan aku nak datang tanpa memikirkan elemen tatabusana, elemen pemasaran dan elemen bedak setong. Jangan salah sangka, aku tidak anti aktiviti sosial untuk acara-acara seperti ini. Aku cuma tak reti…Tapi kalau ada majlis yang memerlukan tema-tema, aku join sahaja tanda sokongan kepada penganjur majlis.

Bila rakan-rakan pejabat mencadangkan majlis makan malam unit, aku asalnya memang tak dapat ikut. Tarikh asal yang dipilih iaitu 18 November, aku sudah ada rencana lain iaitu bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-10. Disebabkan tarikh itu dianjak seminggu selepas itu semata-mata kerana aku tidak lapang (eceh-ceh perasan) maka aku menyatakan kehadiranmu, sesudah gerimis memberi erti dalam percintaanku…. Setuju la maksudnya ­čÖé

Tema yang dicadangkan ialah watak daripada filem. Ah, sudah…sangkut juga otak aku memikirkan nak pakai apa. Aku pernah fikir pakai aje kain batik, baju lusuh dan duduk berteleku macam Mak Perani, filem Bujang Lapok. “Dua-dua mak tak nak, Perani…” Tapi semua gelakkan aku sebab diorang ingat aku main-main. Ini seriuslah…Yang paling puaka, sibuk mencadangkan aku jadi Princess Fiona. Nampak tak? nampak tak? Semua cubaan untuk mengurangkan pesaing kategori Pakaian Terbaik la tu…

Jenuh fikir…mujurlah Groupon menjadi penyelesai masalah. Aku beli kostum Stitch (Lilo & Stitch) dengan harga RM55 sahaja. Tak payah sewa, tak payah deposit dan tak payah pulangkan balik. Yang utama, tak payah make-up! Bila penghantaran sampai, Abang Mie orang paling kaget. “Abang tak pernah nampak bungkusan besar macam tu hantar kat ofis”, katanya…Bungkusan terus aku buka dan waaaaah, memang menepati saiz, piawaian dan imaginasi. Beberapa orang di pejabat sudahpun tahu pakaian apa yang aku pakai. Tiada niat nak rahsia-rahsia pun.. ­čÖé

15241858_1216394281778223_8935709963917290697_n

Kostum itu aku bawa balik rumah. Malamnya, aku cuba pakai dan peragakan depan anak-anak. Kedua-duanya – tiada perasaaan! Diorang pandang aku sekali dalam 2 seken, pastu tengok Barney balik. Sedih kejap..takpelah diorang pun bukan kenal watak ini. Masa Hadi pula balik, aku sembunyi balik recliner, tapi telinga Stitch tu boleh nampaklah. Hadi masuk dan reaksi dia cuma “eh, apa ni?” Bila aku lompat-lompat bunny kejap baharulah dia cakap, “oklah…kenalah dengan tema tu…”. Terus aku tanggal kostum itu dan sangkut balik dinding. Agaknya aku patut jadi Barney baharulah semua orang dalam rumah ni eksaited. Masalahnya, kalau aku jadi Barney, orang-orang kat ofis tu semua nak jadi & Friends aje. Nampak tak, nampak tak? Akal semua orang tu…

Disebabkan majlis dibuat pada hari Jumaat malam, aku cadangkan kepada Hadi agar kita bermalam terus di hotel itu. Hadi yang uruskan tempahan hotel dengan menggunakan kelayakan pakej percutian yang kami langgan. Dapatlah merasa duduk Junior Suite. Harga satu malam bilik itu ialah RM290.

Akhirnya, hari yang dinanti tiba juga. Sebenarnya aku diamanahkan untuk ┬ámenguruskan games pada hari kejadian. Aku boleh aje buat game, tapi kang executionnya hambar tak best la pulak. Ada dekat seminggu aku memujuk boss Aie untuk bersetuju handle game tu. Nak suruh Rizal, dia dah sibuk jadi pengacara. Pulak tu asyik membetulkan kain aje kojenya. Game yang nak buat pun Jumaat pagi nan indah sebelum majlis jugalah yang kami fikir nak buat apa. Tq bos ­čÖé

Aku daftar masuk hotel pukul 3.30 petang. AJK yang menguruskan dewan sibuk dengan persiapan mereka. Disebabkan aku dapat ┬ábaucar minum selamat datang, maka aku dengan bos pun menggunakan baucar itu dengan penuh sopan. Lepas minum, aku terus masuk bilik yang fullamak weh…cantiknya bilik itu. Tapi aku takdelah ambil gambar. Tak lama kemudian, datanglah beberapa rakan ofis yang lain tumpang berdandan dan mandi-manda.

15193651_1216400435110941_5427095704955947898_n

Majlis bermula agak lambat sebab menunggu kapal bos besar berlabuh dari China. Kehadiran bos kami sambut dengan barisan panjang pelbagai karakter dan acara bergambar dengan hebatnya bermula. Warga UKK ni memang hebat bab bergambar. Aku tidak banyak menempel untuk bergambar sebab hehehe..aku ni pemalu sebenarnya. Satu lagi, aku sibuk dukung Ezzudin. Oh, kami satu keluarga Hadi ya kebetulan dengan tema. Hadi sebagai Cikgu Shaari manakala ┬áEskandar dan Ezzudin pakai t-shirt Superman. Memang tak rancang…kebetulan aje tu. Selepas makan, Hadi bawa anak-anak naik bilik dan baharulah aku boleh bersosial dengan masyarakat lain.

15241902_1216402108444107_8352051935394435695_n

Semuanya berjalan dengan lancar dan meriah. Majlis seperti ini, tiada paksaan konsepnya. Nak join, silakan. Tak join, tak apa kami faham. Itu sebab aku rasa happy ada juga rakan-rakan  dari unit lain sudi join majlis kami itu. Kalau tak silap, hampir 4 bulan kutipan dibuat untuk sesiapa yang mahu membuat bayaran secara ansuran.

15134754_1214772608607057_6128572009168529452_n

15253429_1215744165176568_2288751134882539109_n

Rezeki dalam majlis, merasalah akak dapat hamper. Ok la daripada dapat pemukul telur hahahaha…hahahaha…gelak lagi siapa yang dapat tu. Aku aim luggage bag┬ásebenarnya..tapi bukan rezeki ­čÖé Tahniah kepada yang dapat ya..

15171176_1214915451926106_1987066616950973435_n

15192741_1216390068445311_5681784556232326461_n

15171012_1216398618444456_8424024907720587239_n

15230543_1215743998509918_1572711008520098939_n

15220254_1215744131843238_7652035976778835202_n

Habis aje majlis, aku naik bilik dengan rakan-rakan yang tumpang barang dalam bilik. Diorang ambil barang masing-masing dan aku terus tanggal baju. Dewan dan luar dewan perlu dikemaskan. Ramai yang membantu..Justeru kerja mengemas cepat siap. Aku naik bilik balik dalam pukul 12.00 tengah malam.

Punyalah penat..dan lapar! Aku tak puas makan sebab sibuk uruskan anak-anak. Tapi itu tak penting sangat..Yang penting larut malam itu aku bersembang dengan Hadi sampai pukul 2.30 pagi! Betul-betul punya heart to heart talk. Masa di Langkawi seminggu lepas, kami tiada peluang untuk bersembang lama macam ini. Macam-macam yang kami bualkan, termasuk perancangan masa depan. Apa nak jadi, apa nak buat semua ada…

Mungkin sebab hotel ini best sangat, anak-anak yang selalunya bangkit awal, bangun pukul 7.30 pagi.  Kami kemudiannya bersarapan dan kemudian teman anak-anak mandi dalam bath tub. Nak bagi diorang letih aje sebenarnya. Lepas daftar keluar, kami akan terus balik Melaka.

Takde maknanya…anak-anak steady aje sampai Melaka.

Untuk menutup cerita, Malam Box Office UKK 2016 memang sangat manis…Ramai yang bertukar menjadi cantik dan muda. Eh, cantiknya..eh, lainnya semua lengkap. Yang penting, semua sporting…tahun depan┬áaku nak cadangkan tema┬áalam haiwan – sebab aku dah ada pakaian. Ok bye…

15220140_10207264572802126_616471751140102762_n

p/s: Gambar ehsan Liz Liz Liz dan Eja…tq badak!

Pas Kerja

touchid_technology

Entah mana letaknya, pas kerja aku hilang. Jenuh cari. Dalam rumah, dalam almari, dalam peti sejuk pun aku cari. Tak jumpa!

Baju yang berbundut-bundut itu selamat aku lipat dengan harapan mungkin sesat di situ. Pun tak ada.

Satu jabatan aku berjalan, trek kembali jalan yang pernah aku lalui. Mana tahu tercicir dan masih ada di jalanan. Masih tak ada juga.

Dengan berat hati laporan polis dibuat. Yang peliknya alamat majikan dalam sistem masih Natseven Sdn Bhd. Lepas bersoal-jawab dengan pegawai yang mengambil aduan, selesai juga urusan melaporkan kehilangan. Rancak dia bertanya pengalaman kerja aku di tempat lama. Aku ceritalah apa yang dia nak tahu. Dia macam terkagum di situ tetapi hakikatnya tidaklah seindah yang dibayangkan ­čÖé Aku lebih gembira di Bukit Angkasa ini.

Kemudiannya aku menguruskan permohonan pas baharu. Gambar terkini pun sudah ada. Maklum sahaja gambar lama dulu sedikit ganas dan tidak selari dengan diri aku sekarang. Aku minta staf uruskan penghantaran borang yang telah lengkap diisi, mahar sejumlah RM30 dan sekeping gambar.

Bila dah siap, dibubuhnya gambar yang lama. Aku tak kisah sangat pun. Sebab memang itu muka aku. Dia cakap, staf aku tak kasi gambar. Staf aku cakap, diorang kata nak pakai gambar lama. Aku pulak jenis kau cakap dia cakap nie memang aku tak kuasa nak layan. Mengabiskan tenaga aje.

Petang itu aku tunjuk pas yang sudah siap pada Hadi. Hadi bunyi juga, kenapa tak pakai gambar yang bertudung. Puaslah aku jaaaastttiiipaaai dekat dia.

“Tukar B, tukar..kena bayar lagi RM30 pun takpelah. Gi tukar..”

Aduh…tuan tabib dah berkehendak macam tu pula. “Ok, gini..i tampal aje gambar yang baharu atas gambar tu. Senang tak menyusahkan sesiapa” kataku cuba menghentikan perbualan. Aku memang tak gemar patah-patah balik buat benda sama lapanblas kali.

“Boleh ke?”

Boleh aje..gambar kad library ai dulu pun bukannya muka ai..i pakai muka Tiara Jacquelina dengan Ida Nerina.

‘Ok kalau macam tu, u pakai gambar Harley Quinn ya…’ begitu permintaan tuan tabib dengan mata yang bercahaya.

5277869-tumblr_o933fs7nxu1rov369o7_1280

p/s: staf aku berjaya┬ámenukarkan gambar pas kerja aku itu..khidmat cemerlang tahun ini ­čÖé

Raya@RTM

13770392_10154058640878551_1104302818443913949_n

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri RTM Bersama-sama YB Menteri KKMM telah selamat diadakan semalam bertempat di Wisma Berita, Angkasapuri. Tahun ini, Produksi TV & Saluran TV berkongsi gerai. Kami menyediakan juadah berupa goreng-gorengan iaitu pisang goreng dan keropok lekor dan juga pulut kuning dengan rendang ayam. Memang laku keras!

Warga Produksi TV dan Saluran TV ni senang aje nak cari. Kalau selisih dengan pemuda tampan dan pemudi bestari bersongket, dioranglah tu.

13697141_10153965478088138_2581332022772095107_n

13754118_10208494468231645_4489937662250353301_n

Majlis ini sebenarnya adalah medan untuk aku berjumpa rakan penerbit dari unit-unit lain selain pelanggan-pelanggan RTM yang aku kenal. Itu pun tak sempat bertegur sapa dengan semua. Mana yang kebetulan selisih menahan lengan, sempatlah bersembang seadanya. Kebetulan ada kerusi kosong mana-mana meja yang penghuninya aku kenal, aku duduklah seketika.

Bergambar pun begitu juga ceritanya. Siapa keluar kamera, kalau kebetulan aku dalam radius yang sama, aku menempel. Banyaknya masa aku ada digerai sahaja memerhatikan tetamu mengambil makanan digerai kami. Untuk itu aku memaklumkan gambar yang aku post semua ini adalah milik Dot, Kak Joja dan Ayie. Jangan marah geng! ­čÖé

Geng Opis
Geng Opis

Nak bergambar dengan manusia yang baju berwarna tema sama pun payah. Adalah satu aku dapat dengan Razlan. Sampai sudah belum dia post gambar itu. Tapi aku maafkan dia, sebab hari ini hari lahir dia..Happy birthday, Razlan!

Dalam kemeriahan tetamu yang hadir itu, adalah satu manusia ini yang sudah lama aku tak jumpa. Kalau selisih pun sekejap-sekejap sahaja. Itu pun aku tak boleh recall bila kali terakhir kami bertemu.

Dia adalah salah seorang pengacara Sembang@10, 12 tahun yang lampau. Masa itu aku hanyalah penolong penerbit di Unit Hal Ehwal Awam. Satu era yang lampau, kakak ini namanya memang mekar. Selain menjadi pelakon, dia juga seorang DJ di Red.fm, kala itu. Dia pernah membuatkan aku sawan dengan menghadiahkan aku CD runut bunyi filem Puteri Gunung Ledang. Pernah satu ketika kami outstation di Kelantan, dia belikan aku sepasang tracksuit dan t-shirt. Sampai sekarang pakaian itu masih baik dan kerap aku pakai. Setiap kali pakai, teringatlah aku pada kakak yang budiman itu.

IMG_20160719_165201_1

Ha, inilah orangnya…Yunie Yunos ­čÖé

Habis majlis, aku mulalah rasa lain macam. Kepala pun berpusing-pusing aje. Hadi pula malam itu kena ke PICC untuk setup majlis raya pejabat dia pula. Sempat dia biarkan aku tidur sekejap dan dia bagi anak-anak makan sebelum dia keluar ke PICC. Disebabkan sakit kepala, aku biarkan anak-anak di depan tv dan mulalah lena-lena ayam. Tapi tak lama lepas tu aku rasa macam mata aku kena songket. Rupa-rupanya Eskandar berusaha membuka mata aku dengan jari dia! Astaga…aku layankan dia menyanyi satu dia lagu. Lepas itu, dua-dua anak aku pikul masuk bilik. Intai punya intai, baru pukul 9.15 malam rupanya.

Tak tahulah kenapa sebal sangat rasanya. Nak kata makan pulut lemang berangin bagai, aku tak jamah semua tu. Aku hanya makan sepinggan kecil nasi beriyani dan 5-7 cucuk sate. Ini mesti sebab cermin mata calar-balar bersagat yang aku pakai. Mintak tukar barulah tu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...