Archive for the ‘Famili’ Category

Two out of three ain’t bad..

2/3 perjalanan lagi dalam menghabiskan saki-baki semester 3. Insyaallah menjelang minggu depan habislah sessi yang menduga ini.

2/3 untuk meneruskan kelangsungan satu hidup. Semoga dipermudahkan halangan yang tertulis.

Tak tahulah sama ada mapan lagi tak jiwa aku untuk bertahan melalui semua ini. Tapi aku percaya hidup tanpa perjuangan dan pengorbanan itu hidup seorang penakut. Dalam ketakutan yang ada aku hamparkan sedikit keberanian untuk manusia-manusia yang aku sayang dengan sepenuh jiwa. Jadi aku mohon tuhan, 2/3 yang tersisa ini permudahkanlah.

10.12.1977 : Mama dan Abah bersatu dalam ikatan berkahwinan. Saban tahun kami akan meraikan tarikh ini bersama.

10.12.2003 : Abah pergi meninggalkan kami, pada tarikh yang sama dia menikahi Mama. Hari ini langit runtuh buat kami sekeluarga.

Al-fatehah untuk arwah abah. Rindu padanya tak pernah padam. Adakala dia hadir dalam mimpi, tapi akhir-akhir ini aku keliru dengan mimpi itu sendiri. Biar saja dia tenang di sana, diiringi doa anak-anak dan cucu-cucu serta amal jariahnya yang insyaallah tidak akan putus.

 

 

 

 

18/11/2012 – 6 tahun kami terikat dalam satu rantaian perkahwinan. Menurut seorang rakan Hadi, hubungan kami telah melepasi statistik berpotensi untuk bercerai. Ya, mungkin 5 tahun pertama itu kritikal dan sedikit crucial. Tapi itu tidak layak dijadikan alasan. Dalam satu hubungan jiwa, persefahaman itu penting. Ikatan hanya untuk menghalalkan cara. Sebagai manusia yang beragama dan percaya kepada pegangan, kita harus mengikut peraturan yang ditetapkan.

Secara peribadi, ini ulangtahun paling ringkas. Mungkin kerana kami masih sedih akibat kemalangan minggu lepas. Kereta tiada, seakan membataskan pergerakan untuk bergerak jauh. Kewangan juga agak mendesak. Banyak benda perlu difikirkan untuk persiapan masa hadapan. Apa hadiah pun takde. Hadiah “ucap selamat” dari Hadi itu hanya memesrakan telinga. Mujur aku telah menempah kek istimewa, setidaknya adalah unsur-unsur meraikan ulangtahun itu dirasakan walaupun sepicis.

Hadi, me love u long time :) Happy Anniversary from me, minnie me and minnie you.

 

Sememangnya aku rasa bersyukur kami suami-isteri selamat dalam kemalangan yang lepas.  Ia adalah satu hari yang traumatik buat aku. Kereta itu berpusing 3x sebelum melanggar pembahagi jalan dan berkesudahan merentang longkang. Bila diingatkan kembali, ia memang ajaib kerana kami langsung tidak cedera. Mungkin ada sedikit terhentak yang sampai sekarang aku rasa pedihnya tapi ia tidaklah kronik. Cedera di hati Hadi itu mungkin lebih parah kerana dia memang sayangkan kereta itu. Jangan sangat rakan-rakan meracun dia dalam keadaan kewangan kami tidak stabil dan cadangan tanpa bantuan 10% untuk membeli kereta baru hanya menambah sakit hati sahaja.

Peluang kedua susah nak dapat. Kadang-kadang sekecil-kecil perkara kita perlu hargai, apatah lagi perkara besar yang bakal mengubah masa depan. Untuk berseronok sangat rasa takut, takut dengan trauma lama. Tapi secara peribadi tidak adil untuk aku berdiam diri untuk tempoh yang lama kerana aku berhak merasa teruja dengan peluang kedua ini.

Kami perlu waktu untuk mencerna apa yang baru terjadi dan apa yang bakal jadi. Doakanlah ia berkesudahan indah. Mana tahu ada rezeki lain yang lebih besar.

Mengenali figura arwah bapaku ini, dia sememangnya manusia romantika. Kata-katanya puitis, senyum pun manis dan ditambah dengan bakat menulis yang unik, semudah itu dia mencuri hati wanita. Kalau tidak masakan penuh sekotak surat memuja hati dari mana-mana wanita entah yang sangkut dengannya. Oh, mama sangat ohsem tentang kegatalan perempuan lain yang mahu mengorat abah. Dan abah pun tidaklah mengambil kesempatan atas kepercayaan mama.

Ini gambar yang berjaya dikesan. Aku saspek masa cinta baru bersemi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...