Kansai Trip Day 5 : Ohai, Tennoji!

Hari ini super santai. Santai bukan sebab banyak tempat dah pergi, tapi sebab aku dah mula sakit badan. Semalam rendam kaki, rasa legalah sikit. Tapi sakit dan menangkap badan pula. Jadi hari ini kami mulakan dengan merayau-rayau sekitar Tennoji sahaja sementelah memang aku tinggal di sini. Cuma segala shrine dan temple aku tak gagahkan diri untuk pergi. Sudah banyak yang aku pergi, lama-kelamaan aku nampak semua sama sahaja.

Agenda pertama ialah ke Tsukenkaku Tower. Dari hotel, hanya berjalan kaki dalam 2 kilometer macam tu. Jalan pun perlahan-lahan aje. Kami sempat menempuh Zoo Tennoji tapi Hadi tak mahu masuk walaupun percuma. Ok, aku setuju sebab zoo ni seronok masuk kalau bawa anak-anak.

Sebelum sampai ke Tsukenkaku Tower, kami banyak bergambar kerana banyak pemandangan menarik di sini. Kami melalui lorong yang seakan-akan Dotonbori dan melalui pembacaan aku dahulu memang ramai pelancong akan bergambar di lorong dengan berlatarbelakangkan menara ini. Masuk adalah percuma dengan Osaka Amazing Pass. Oh, hari ini hari akhir menggunakan pass ini.

Dari atas menara ini, kita boleh nampak pemandangan Osaka. Tapi lebih cantik di Umeda Sky Building – tidak kisahlah malam atau siang. Sementara Hadi sibuk masuk kedai yang menjual pelbagai produk makanan Glico, aku menonton video tentang menara Tsukenkaku ini. Walaupun dalam bahasa Jepun, aku boleh fahamlah pulak apa yang cuba disampaikan.

Banyak patung Billiken di sini. Billiken ialahΒ The God of Things As They Ought To Be / God of Good Luck. Memang melalui Shinsekai kita pasti akan nampak patung ini. Orang akan gosok-gosok kaki dia untuk mendapatkan tuah itu. Tapi aku tidaklah buat macam itu πŸ™‚

Kemudian kami ke Umeda untuk mencari Tomica, ada orang pesan. Aku ni sudahlah tak faham kereta-kereta ni. Sayangnya apa yang orang itu mahu semua takde. Jadi aku hanya ambil gambar dan minta dia pilih berdasarkan nombor pada gambar tersebut. Kalau dia sebut Imprezza, Subaru point berapa bla..bla…bla…memanglah akak tak reti πŸ™‚

Mujurlah ada juga yang dia berkenan, jadi tidaklah sia-sia amazing race mencari Tomica hari ini.

Aku memang dah tak larat…”I want to sleep” macam ayat Nakatani aje ni. Hadi masih ada tenaga untuk berjalan-jalan. Dia mahu ke Onsen dan juga Owl Cafe. Sudahnya kami berpisah di Eki Umeda. Dia meneruskan membelasah OAP, aku balik dan terus tidur.

Petang itu, aku sudah berjanji dengan Sekino san untuk berjumpa di hotel pada pukul 6.00 petang. Kami akan dinner bersama-sama Musha san dan juga Nakatani san. Ketiga-tiga mereka dari PREX. Kami ke Umeda dengan menaiki teksi. Perasaan aku dan Hadi masa tu “Wah, naik kereta setelah sekian lama asyik mengejar tren :)”

Kami makan malam di Ka-You. Aku difahamkan bahan-bahan masakan di sini semuanya organik dan ditanam dan disemai di tempat yang elok juga. Ringkasnya, seolah-olah semua sayur-sayuran itu semua dipetik segar dari Cameron Highlands dan dibelai dengan kasih sayang. Sayangnya semua menu dalam tulisan Jepun, jadi aku tak berapa memahami sangat kenapakah pilihan air teh sahaja sampai tiga muka surat πŸ™‚

Masa kami sampai, Musha san sudah pun menunggu di Ka-You. Nakatani tiba agak lambat kerana dia ada welcome party di Umeda. Aku dan Hadi dijamu dengan pelbagai jenis makanan yang tidak pernah kami makan sebelum ini. Kami bersembang, bergelak ketawa dan Hadi sempat berkongsi video yang kami buat disemua tempat yang kami pergi. Sudahnya, mereka pun mahu buat video yang sama…Jadi sebelum berpisah, kami berlima sempat merakam video dengan gaya yang sama.

This is it…aku tahu tiada lagi Nakatani, Musha dan Sekino untuk aku jumpa – mungkin untuk tempoh setahun. Kami bersalam dan berpelukan sebelum balik. Oh, sumpah sedih…menangis kejap πŸ™

Kami kemudiannya berpisah. Sebelum balik, Hadi ajak naik HEP 5 Ferris Wheel dan menutup penggunaan OAP untuk hari ini (bagi kemudahan percuma tempat tumpuan. Kami masih boleh gunakan pass itu untuk balik ke Tennoji.)

Naik HEP 5 Ferris Wheel ni, sama aje gayatnya macam naik Tempozan Ferris Wheel dan Umeda Sky Building. Lutut menggeletar juga sebab ferris wheel ini terletak di atas pusat beli belah. Cuma sayangnya gambar tak berapa cantik sebab glare.

Selepas itu kami terus balik ke Tennoji – singgah Family Mart untuk beli air cokelat Van Houten dan tidur. Apa nak fikir lagi…OAP tamat hari ini dan esok aku harus kembali ke tanah air.

Selamat malam, Tennoji..ini malam terakhir di sini.

Selamat malam, Tennoji

Kansai Trip Day 4 : This Is Osaka!

Selepas 2 hari menggunakan Kansai Thru Pass, hari ini kami akan gunakan Osaka Amazing Pass untuk meronda-ronda sekitar Osaka. Seperti Kansai Thru Pass, OAP ini akan betul-betul berbaloi kalau dibelasah sampai lebam dari terbit fajar hinggalah kereta api terakhir pada hari ini. Maksudnya, kalau kita gunakan kad ini pada pukul 8.30 pagi, penggunaan sehari bermula 8.30 pagi hingga kereta api terakhir pada hari itu dan bukannya guna 8.30 pagi hari ini, tamat 8.30 pagi esoknya. Itu adalah satu pemahaman yang salah. Disebabkan kebanyakan tempat yang kami mahu pergi hanya mengambil masa antara 15-30 minit menaiki tren, jadi kami tidak begitu terkejar-kejar. Santai-santai aje, ya udah.


Lokasi pertama untuk merasmikan OAP ialah kami ke Osaka Castle atau Istana Osaka. Aku ingat lagi masa berkursus dahulu, kami diberi masa 10 minit sahaja utk bergambar di sini. Itupun jenuh merayu pada Musha san dan acik driver bas. Tapi masa tu aku tak larat nak turun. Dalam hati aku berazam kalau aku sampai lagi ke Osaka, aku akan bergambar di sini. Jadi hari itu tiba juga. Pun kami tak masuk dalam kerana mahu berkejar ke tempat lain. Mujur juga tidak ada keinginan masuk kerana aku diberitahu istana ini ditutup untuk satu majlis rasmi.

Usai di Istana Osaka,Β kami terus menuju ke Tenpozan untuk mencuba menaiki Tempozan Ferris Wheel. Hadi nak naik juga sebab percuma kalau ada OAP. Oh, tuhan… Aku dah la gayat. Lemah lutut segala-mala semua terasa tapi aku tabahkan juga dengan sibuk mengambil gambar. Hampir 15 minit di dalam ferris wheel ini. Lambat aje masa berjalan. Dalam takut-takut nak tercabut lutut itu, berjaya juga aku tenangkan diri.


Sebaik turun dari situ, aku terus buka handphone dan dapat emel dari Sekino san! Aku ingatkan tiada peluang untuk jumpa dia sebab dia senyap aje tak balas emel yang aku hantar sejak minggu lepas. Dia akan aturkan dinner esok malam dengan Musha san dan Nakatani san. Ohai, happy giler! Terus aku terapung… Rasa macam tak sabar sangat nak tunggu malam esok. Sejak balik dari Jepun, Musha san tak pernah balas emel aku. Aku rasa sebab dia pun tak berapa suka gunakan emel atau tiada kepentingan untuk dia gunakan emel. Ok ini cerita esok πŸ™‚

Kami berdua kemudiannya menaiki Santa Maria Cruise Ship. Masuk percuma sahaja kerana menggunakan OAP. Aku tak banyak bergambar, lebih pada bersantai dan melayan pemandangan.

Destinasi seterusnya ialah Universal Studio dan Hard Rock Cafe. Kisahnya pun sama macam Istana Osaka yang lalu. Tapi di sini kami diberi masa dalam 30 minit. Apa sangat aku boleh buat 30 minit. Jadi aku bergambar sepuas-puasnya dan nampak juga bumbung Hogwarts. Nak masuk memang tak mampu…


Kemudian, kami ke Hooters, Osaka. Ini Hooters kedua yang pernah aku singgah selepas Hooters Pattaya. Semasa menunggu tren, aku dan Hadi sempat berkenalan dengan Olivia – rakan baharu kami dari Australia. Puncanya borak-borak kosong semasa menunggu tren yang terasa sangat lama pergerakannya berbanding tren di eki lain. Sembang punya sembang, kami pun bagitahu malam ini mahu ke Umeda Sky Building. Disebabkan tujuan kami sama, aku ajak dia untuk pergi sana bersama-sama, tapi kami mahu singgah Hooters dahulu. Dia langsung setuju dan bermulalah persahabatan aku dengan Olivia πŸ™‚


Kami makan malam dan bersembang-sembang tentang kerja, percutian dan pengalaman di Jepun. Walaupun muda, Olivia sangat matang sebab dia rajin mengembara. Terima kasih kerana belanja kami makan di sini. Sebelum balik, kami bergambar dahulu. Kemudiannya kami singgah ke Hard Rock Cafe, Osaka kerana Hadi mahu membeli t-shirt untuk kawannya.


Agak jauh kami berjalan untuk menuju Umeda Sky Building dari Umeda Eki. Mana bangunannya? Aku ingatkan ia paling tersergam tetapi nyata aku salah. Punya banyak bangunan tinggi di situ. Akhirnya kami sampai juga. Ok kegayatan aku datang kembali. Soraya tanya pasal pengalaman aku naik elevator see through itu – jawapannya memang longgar lutut weh! Baik siang, baik malam sama aje azabnya untuk pesakit takut tinggi ini. Tapi aku rasa pemandangan waktu senja di sini pastinya sangat cantik dan syahdu. Alangkan aku di sini waktu malam pun terasa kagum! Oh, masuk percuma dengan OAP πŸ™‚


Kami melepak dan bergambar dalam sejam. Esok, Olivia akan ke Hiroshima manakala aku dan Hadi masih lagi berpeluang meneroka bandar Osaka. Memang rasa nak ikut tapi memandangkan kos untuk ke sana lebih kurang macam harga tiket kapal terbang, aku tangguhkan dahulu. Aku mahu ke Hiroshima di masa hadapan…Itu janji aku pada diri sendiri.

Jangan pandang bawah!

Kami kemudiannya berpisah di Umeda Eki dan terus balik ke Tennoji Eki dan rutin biasa ke Family Mart untuk membeli air cokelat Van Houten sebelum balik dan tidur. Malam ini aku sudah mula rasa sakit kaki yang teramat. Badan boleh tanggung lagi, tapi kaki aku memang sudah minta ampun.

Sebelum tidur, aku rendam kaki dengan garam mandi yang dihadiahkan oleh Fickry beberapa bulan lalu. Lega sangat…mandi dan terus tidur. Esok hari yang aku nantikan. Aku akan berjumpa dengan rakan-rakan dari PREX!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...