Ohai, Aie Sarkase is Poti!

“Remember the friends who stuck with you when they thought you had nothing.”
Joyce Rachelle

Aku tak kenal dia sangat. Dia macam umat-umat lain yang aku jumpa saban hari. Tapi aku tiada pula sebab untuk tidak suka dia. Dia okay…boleh bawa bersembang bila berselisih dan melepak untuk sepam-dua. Kami intake yang sama, jadi hubungan itu tak ubah statik disebabkan ‘kelahiran’ yang sama.

Laluan kerjaya dia nampak benderang. Masa dia jadi pegawai khas kepada seorang Menteri, aku memang tak berapa berkenan sangat species pakai kot blazer sepanjang masa ni. Kalau jumpa selisih pun masih tegur-tegur biasa aje. Masa interview 44, kami dalam kumpulan yang sama. Masa itu baharulah bersembang elok sikit. Maklum masa itu aku baharu sahaja pakai tudung, cuti belajar dan mengandung pula. Perbualan untuk temu duga itu sangat syariah compliance. Siap ada fatwa-fatwa dan mazhab yang keluar sementara menunggu kami dipanggil oleh panel.

Kemudian, aku kembali ke RTM selepas 2 tahun cuti belajar dan ditempatkan di UKK. Selang beberapa bulan, dia pula dipindahkan ke situ, kerana naik pangkat. Baharulah ada perbualan yang logik. Tidak juga rapat mana sebab aku mengandung anak kedua dan kemudian cuti bersalin. Selepas aku kembali, detik itulah hubungan yang lebih harmoni tercipta.

Jujurnya, tidak semudah itu….tidak semudah itu. Bukan mudah aku berkerja dengan orang yang aku tahu satu lantikan dengan aku, tapi naik pangkat dulu. Tapi dia kool aje…Tak pernah meminggirkan aku dalam apa-apa urusan pejabat. Apa yang buat aku selesa ialah sebab komunikasi yang terbuka antara kami. Mungkin sebab  serabutnya UKK, mungkin sebab kerap bermesyuarat bersama-sama, lama-kelamaan kami jadi rapat. Dia percaya aku – itu aku hargai.

“Find a group of people who challenge and inspire you; spend a lot of time with them, and it will change your life.” 

— Amy Poehler

Dia kenal keluarga aku…jadi semuanya mudah. Konsep berkawan dengan lelaki ini mudah aje, kenalkan dia dengan suami supaya dia tahu. Tidaklah menjadi kekeruhan kalau banyak masa aku spend dengan dia sama ada atas urusan kerja atau peribadi. Sampaikan Konsert Wings & Superfriend tahun lepas kami tonton bersama-sama termasuk dengan Hadi dan adik aku, Ameera. Banyak kerja gile yang kami buat bersama-sama. Sampaikan stress berjemaah juga pernah berlaku dan kami bercuti ke utara Malaysia untuk lupakan serabut yang jadi. Itu sangat berjaya. Kami kembali ke pejabat dengan semangat baru dan less stress.

Orang nampak kami ke hulur-hilir berdua macam istimewa sangat hubungan itu. Jujurnya, 80% sembang hal kerja, 10% makan dan 10% perancangan masa depan. Dia kenal aku, aku kenal dia. Waima apa juga masalah peribadi yang kami lalu, tidak pernah itu dijadikan senjata untuk mengenakan sesama sendiri. Menyokong sesama sendiri belaka.

Aku tak suka cerita pasal hubungan persahabatan sebab semua akan datang dan pergi. Yang boleh melekat macam gam itu payah, walaupun kau semai dari zaman tadika. Yang aku nampak hubungan ini potensinya sangat lama. Dia berpotensi jadi bos aku balik atau kami berpotensi untuk berkerjasama demi jabatan yang teramat sangat kami sayangi. Apapun, friendship is forever regardless your position. Tak pernah pula berkerja bawah satu bumbung kerja kami tergendala. Sebaliknya lebih mudah sebab semua urusan kami akan berbincang. Yang penting, tahu bezakan yang mana satu kerja dan yang mana satu peribadi. Tahu tempat, tahu ruang (ayat dia tu).

Oh, aku pernah terasa dengan dia – sesungguhnya! Punyalah aku marah dan kecewa, terus aku berpuasa untuk mengelakkan aku hilang pertimbangan. Dia pun tahu…agak 2 minggu juga kami nak betulkan balik damage yang sudah jadi. Mungkin aku emosi sangat masa tu… Tapi aku pegang ini ajelah, bila umur dah meningkat kawan pun semakin kurang. Orang susah nak terima sebab aku sudah berkeluarga dan beranak kecil walaupun jenuh aku yakinkan aku tetap Baini yang korang kenal dahulu. Jadi bila ada yang terima, tak kisah dan faham, aku tak mahu lepaskan itu.

Jadi sahabatku Md. Shahri Saripan aka Aie Sarkase, Selamat Hari Lahir ke -poti, untukmu. Poti ini datang sekali sahaja. Orang pun selalu cakap kehidupan lelaki bermula dari umurnya poti. Jadi mulakan langkah poti ini dengan penuh semangat dan kesyukuran kerana berpeluang merasainya. Tanam semua cerita duka-lara dan bangkit dengan iltizam baharu. You can do it…aku harap kau akan capai semua impian dan bertemu suri hati yang mampu menjaga kau dengan baik.

Ingatlah Tennessee Steak paling epik kita bedal, sampai tambah sepinggan lagi kerana kezedapannya. Nanti kita repeat lagi sekali. Banyak kali kita makan sesuatu yang super sedap dan terdiam kerananya – tapi ini kali pertama aku tengok kau makan sampai tak bercakap langsung! 🙂

“Sitting silently beside a friend who is hurting may be the best gift we can give.” 

— Unknown

Happy birthday my friend…

Happy Birthday My Lover…

14 Julai 2017…

Selamat Hari Lahir, Hadi Hamzah. Rasanya tahun ini kali pertama kita harus raikan hari lahir awak secara ekspress rakyat. Masa betul-betul mengekang jadual kita berdua. Nampaknya sambutan ini akan bersekali dengan sambutan anakanda kita, Eskandar Dzulkarnain.

Maafkan saya atas sambutan yang serba ringkas. Minggu ini banyak menguruskan keperluan saya daripada keperluan ahli keluarga yang lain. Masa, pemahaman dan pengorbanan yang awak berikan sangat saya hargai.

Berapa juga umur awak berganjak, apa juga perubahan fizikal dan mental yang berlaku – kasih sayang saya pada awak tetap sama seperti 17 tahun lalu. Sama-samalah kita hayak kehidupan ini bersama-sama dalam walaupun keadaan kudrat dan mental kita seakan tidak larat menguruskan anak-anak lelaki berdua yang semakin lasak itu 🙂 

You can do it…kesanggupan awak untuk menjaga dua cahaya mata kita selama sebulan saya tiada nanti sangat saya sanjungi. Tapi kalau tak larat, minta bantuan talian hayat ya 🙂

Tahniah atas kejayaan viva voce pada Isnin lepas. Sepatutnya saya belanja, tapi awak pulak sudi belanja makan tengah hari kita yang pertama di Olive Garden. Insya Allah lepas saya balik Malaysia semula, kita plan percutian bersama-sama. Banyak masa bersama-sama keluarga yang perlu saya ganti. I’m so proud of you! Terima kasih kerana memberi contoh yang baik kepada anak-anak kita. Kalau ada rezeki, untuk kayuhan PhD nanti kita harung bersama-sama. Kalau tidak pun, saya lepaskan awak untuk mengejar sijil itu dahulu sementara saya menguruskan keluarga kecil kita.

Happy birthday, my lover. I love you so much. Me love you long time.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...