Konsert Belenggu Irama : Wings & Superfriends

Agak sedikit lewat aku menulis tentang Konsert Belenggu Irama. Konsert ini diadakan di Istana Budaya pada 6-9 April 2017. Pada mulanya aku tak pasti aku akan hadir atau tidak konsert ini. Satu – kerana anak-anak perlu ada seseorang yang jaga dan dua – aku tidak beli tiket lagi disebabkan faktor nombor satu tadi.

Disebabkan hujung minggu lepas kami bercadang habiskan hujung minggu di Melaka, maka rencana untuk mendapatkan tiket ke konsert ini terhenti begitu sahaja. Aku tahu, boifren aku ada buat persembahan malam itu. Giler aku lepaskan peluang untuk pergi..M.Nasir tu…possibility aku jumpa beliau dalam setahun hanya satu per dua belas sahaja setahun.

Dan tahun 2017 ini aku belum jumpa beliau lagi!

Jadi episod kehadiran aku ke Konsert Belenggu Irama bermula petang Ahad nan mencabar pada tarikh 9 April 2017. Ketika itu aku sekeluarga dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dan melalui lebuhraya PLUS yang sangat dikenali dengan kesesakannya pada tiap-tiap hujung minggu.

Kalau tak silap, dalam pukul 5.15 petang itu Hadi mendapat tawaran 2 tiket ke konsert berkenaan. Kami terus menyatakan persetujuan. Dalam pada masa yang sama, dia hint-hint juga barang 2 keping tiket lagi agar kami dapat membawa 2 rakan konsert untuk berhibur. Ok…impian itu tercapai. Kami dapat 4 tiket. Pun tak lama lepas itu, dia ditawarkan lagi 3 keping tiket. Terus dalam kepala otak aku nak ajak Aie, Ameera dan Ona. Sayangnya Ona ada aktiviti lain. Maka 6 manusia bertuah ini menyatakan kesudian untuk berhibur together-gether walaupun esok hari Isnin – kerja jahanam!

Misi pertama ialah menyelesaikan masalah nombor satu pernyataan masalah dalam perenggan pertama atas tu – siapa nak jaga anak? Memang Mamalah harapan kami berdua…Aku selalu rasa serba-salah terpaksa menyusahkan mama untuk menjaga anak-anak bila aku dan Hadi hendak keluar dating. Tapi aku takde pilihan lain yang lebih logik dan dekat. Mujurlah mama okay! Selesailah masalah di atas.

Kedua – meranduk kesesakan lalu lintas yang macam haram jadu ini. Aku hampir pasti kami gagal sampai ke Taman Permata sebelum pukul 7.30 malam disebabkan jem teruk. Sampai tu bukan aje drop anak then terus gerak ke Istana Budaya. Hadi pulak kena ke Giant beli seluar panjang sebab kebetulan dia memang takde seluar jeans yang elok. Jadi semuanya kami kena buat dengan gaya ekspress rakyat. Sampai rumah mama – aku salin baju – Hadi pergi Giant – Hadi balik Giant – amik aku kat rumah -terus ke Istana Budaya. Tapi leganya semuanya sangat dipermudahkan…

Cuma tangisan Eskandar di pintu rumah masa aku berlari masuk kereta itu agak syahdu sikit. Dia macam dapat rasa aku akan tinggalkan dia di rumah mama dan keluar. Jadi masa aku sibuk siap-siap tu, dia sentiasa ada dekat dengan aku. Hampir nak siap, kaki aku dipautnya – dia mengikut sahaja kemana kaki aku melangkah. Ok itu moment syahdu hahaha….

Yang lain-lain ini aku tulis secara bullet point aje. Bukan sebab malas nak mengarang, tapi sebab itu lebih ringkas dan selari dengan ingatan aku pada malam itu :-

  • Parking dekat IB malam itu memang jahanam penuh. 2 kali berpusing, akhir sekali kami parking dekat belakang-belakang lorong aje. Memang tawakal parking kat situ.
  • Elok aje masuk dalam IB, kami berselisih dengan Datuk Yusof Haslam. Ada budak tu dah macam epilepsi nampak DYH. Aku steady aje…selalu jumpa kot.
  • Seat kami betul-betul di bahagian tengah arena. Memang puas hati sebab tak dekat sangat, dan tidak jauh sangat.
  • Pengacara malam itu ialah Aidil Ghafar. Bila Hadi tanya, tu siapa? Aku cakap Mamat Khalid. Apa Mamat Khalid buat kat situ, tanya Hadi? Dan aku memang terlepas gelak….Aku tiada niat mempersenda pun Hadi sebab dia tak kenal, tapi aku kelakar sendiri sebab memang Aidil Ghafar sebijik macam Mamat Khalid malam tu.
  • Semua penonton diberi peringatan hanya boleh rakam 10 minit persembahan pertama sahaja. Jika ada rakaman selepas masa itu, amaran lampu hijau akan disuluh kepada pelaku. Jika masih berdegil, telefon akan dirampas. Pun ada tenuk-tenuk yang tak faham bahasa…

  • Background screen yang pertama macam di Transylvania…agak gothic, tapi cun ditambah efek asap yang memutih di belakang.
  • Monolog oleh Awie dan Beto Kushairy agak panjang..ia bermesej dan sedikit sinis terutamanya bila part Awie. Awie memang semulajadi sinis dan macam dia cakap…poyo.
  • Masa awal kemunculan Beto Kushairy, aku dan Hadi hampir pasti kami nampak dia macam Baal. Baal adalah satu karekter dalam drama Ash vs. Evil.

  • Dua kali pandang, Beto nampak macam The Crow pun ada. Gitarist Wings yang rambut mengurai belah kiri pentas pun nampak macam The Crow. Kalau tak silap, nama dia Sham.
  • Antara yang terlibat dalam persembahan malam selain kumpulan Wings ialah Datuk M.Nasir, Datuk Hattan, Datuk Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Betto Kushairy, Liza Hanim, Jaclyn Victor, Sahara Yaacob, Razlan Kristal, Billa AF, Kudeen 3 Juara, Uchop Bukan Sekadar Rupa dan Aniq Ceria Pop Star.
  • Setakat yang sempat aku kira, ada 7 lamp table dekat atas pentas – mungkin lebih. Aku kira sebab ada satu masa tu stress melanda. Siapa yang pergi konsert hari terakhir mungkin bersetuju dengan stress yang aku rasa…
  • Masa lagu Sayap Ilusi, aku tersayu kejap..itu lagu wajib karoke. Kudeen suaranya tidak mengecewakan.
  • Aku agak keliru dengan make-up Uchop yang nampak macam Azwan Ali pun ada, macam ahli gusti kecundang dirampas tali pinggang kemenangan pun ada. Nak kata futuristik pun…hmmmm, entahlah.
  • Aniq Ceria Popstar sangat comel dengan kot Royal Blue. Bilalah suara kau nak pecah dik…?
  • Ok, kemunculan Liza Hanim memang mengejutkan. Dia nampak sangat cantik, langsing dan suaranya memang hebat. Make-up aje bedak setong, tapi dengan suranya yang mengancam tu, make-up aku tolak tepi.
  • Sahara Yaacob memang dikenali sejak era 80-an. Tapi muzik dia bukan citarasa aku. Aku cuma rasa kalau lagu Jaket Biru tu dia yang nyanyi solo itu lebih logik dan menarik.
  • Jaclyn Victor nyanyi lagu Sejati…hoh, gile babun tinggi key dia!
  • Hari dah dekat 1 jam 30 minit, konsert macam nak dekat habis. Kelibat M.Nasir aku tak nampak-nampak lagi. Riak muka kehampaan memang dah terpancar kat muka aku. Hadi dah cuba sejukkan hati “maybe dia konsert malam sebelum ini kot..takde rezeki yu”. Aku nie masih tidak berhenti berharap. Takpe, “ai yakin kalau ada lagu Kepadamu Kekasih konfem M.Nasir ada.” Hambiklah, lepas itu pakcik buat kemunculan dan aku yakin jeritan aku antara yang paling epik malam itu!
  • Kemudian M.Nasir nyanyi lagu Gerhana. Wow…memang macam konsert dia. Dalam pada enjoy tu aku berharap juga Hattan tidak mencelah-celah nyanyi sama 🙂
  • Kemunculan Yazit Search memang mendapat standing ovation dari semua penonton. Beliau membuktikan sakit yang dialami tidak menyekat kemampuannya untuk bermain drum. Apa yang aku hargai, masa Yazit beraksi 2 drummer dan beberapa musician ada dibelakang Yazit, seolah memberi penghargaan dan sokongan kepada dia.
  • Awie cakap siapa dapat tiket free tak dapat pahala….ok fine 🙂
  • Agak sedikit kecewa bila bukan M.Nasir yang diberi peluang nyanyi lagu Rantai. Kecik hati ai…
  • Hampir ke penutup konsert, semua artis membuat kemunculan di atas pentas. Masa lagu Bernafas Dalam Lumpur, hampir semua penonton keluarkan telefon bimbit dan merakam persembahan – termasuklah aku dengan Hadi. Kami siapa ada video menyanyi dengan latar belakang artis ramai-ramai di atas pentas. Tapi memang tidaklah aku post video itu hahaha 🙂

  • Cubaan M.Nasir untuk nyanyi lagu itu juga sangat comel hehehe 🙂 Dia tak nyanyi sangat pun…

Habis konsert, aku tengok semua orang macam nak panjat pentas untuk bergambar dengan artis. Aku memang nak bergambar dengan M.Nasir tapi memandangkan suasana macam tidak mengizinkan, kami terus balik aje. Insya Allah ada rezeki lain untuk aku bergambar dengan beliau.

Aku pun sebenarnya sudah pancit sangat-sangat sebab sebelum balik dari Melaka petang tadi, aku mengemop seluruh isi rumah yang penuh dengan lekat-lekit. Kami balik Taman Permata dahulu untuk ambil anak dan kemudian baharulah balik ke Bandar Saujana Putra. Sampai rumah pukul 2.00 pagi..Aje rabak mata aku pagi itu…

Ohai, Selena Gomez!

Selena-Gomez-2016-21

Kalau kita membaca kisah Selena Gomez, memahami dan cuba mengerti kisah hidup dia maka kita akan lebih menghormati dia. Mengenai kehidupannya yang dikecam liar, seksi dan dibenci kerana berjaya berpacaran dengan Justin Bieber, itu lantakkan ajelah. Boleh kita kaitkan faktor budaya dan bergaulannya dalam cuba menjalani hidup seperti manusia normal kadangkala dia tersasar juga. Lahai, kita pun sama..cuma skala tidak sama dan kita tidak sepopular dia!

Juga membezakan dia dengan Britney Spears menangani meltdown, Selena lebih tabah, matang dan tidak tersasar jauh.

WK-AQ949_SELENA_G_20090827155218

Dia menambat hati kami sekeluarga menerusi Barney & Friends. Umum rakan-rakan aku tahu, itu adalah siri kegemaran Eskandar dan Ezzudin sebelum munculnya seorang lagi gadis comel bersama beruang besar bernama Masha & Bear. Dulu, pagi petang siang malam memang hidup kami menonton telatah Selena Gomez dan juga Demi Lovato. Barney, Baby Bop, BJ dan sepupu Riff sentiasa menerapkan elemen pembelajaran dalam hiburan dengan menggunakan bakat cilik ini sebagai daya penarik.

30FFF57C00000578-0-image-a-35_1454957845146

Kerana itu, kesudian Selena Gomez mengadakan konsert di Malaysia sangat aku restui 🙂

Membandingkan kehadiran dia dengan Ustaz Zakir Naik memang geleng kepala aku dibuatnya. Jangan menghentam semberono, mengaitkan isu akhlak dan agama kerana dunia ini lebih luas daripada ruang tempurung. Kalau pendapat kita berbeza, hormati ruang ini dan pergi menggentel pendapat peribadi itu di blog engkau sendiri.

Ok berbalik kisah adik Selena nan manis ini…

Yup, i love you like a love song baby…and i keep hitting repeat-peat-peat. Well, apa nak buat, the heart wants what it wants

Dengan muka comel yang tak dimakan usia lansung (aku masih pandang dia seperti mana dia dalam Barney) dan lagu yang dope, layan ajelah kalau kena dengan selera. Ditambah dengan pemain sitar super hot dalam klip videonya, akak ok ok aja 🙂

Selena-Gomez-Dirty-Hippie

Jadi bila Hadi tanya semalam, nak pergi konsert Selena Gomez tak hari ini, laju aje akak setuju… 🙂 Sebelum itu dia tetap membela dirinya, “ai takde janjikan untuk ke Cameron?” Lupakanlah sayang…sekali sekala nak bergurau kasar tu, biasalah.


Rata-rata yang pergi konsert ini remaja belia yang sopan jua adanya. Takde pulak aku tengok berperangai tak semenggah dan pakaian yang mencolok mata. Nampak sangat students ramai. Selena pun berpakaian sopan tanda menghormati peraturan penganjur, menghormati Syawal dan whatever you want to believe.

Sempat juga Hadi beli 2 pasang t-shirt lengan panjang, lanyard dan button sebagai kenang-kenangan. Agak lambat kami sampai rumah, lebih kurang pukul 12.30 tengah malam rasanya. Tak juga terus tidur. Aku melayan twitter dan terhibur dengan pembacaan aku malam tadi.

13735151_10154017025844335_1394510968303097879_o

Ungu Mozaic Tour 2015

IMG-20150928-WA003

Ungu, satu nama besar baik di Indonesia mahupun Malaysia. Aku bukanlah peminat kipas mati Ungu sebagaimana adik aku yang seorang lagi tapi muziknya aku boleh layan. Lagipun lagu Ungu kebanyakannya sesuai dengan jiwa retak, pengharap dan pencinta.

Jadi minggu lalu aku berpeluang menyaksikan persembahan mereka. Terima kasih kepada Jipie atas urusan tiket dan terima kasih juga kepada Hadi kerana sudi membawa aku ke sana. Kali terakhir aku menyaksikan persembahan artis daripada Indonesia secara langsung ialah daripada Anang Hermansyah, ohai crush terbesar aku sekitar tahun 2010 lalu. Aku tidak meletakkan harapan yang tinggi pada konsert ini sebab sebenarnya aku sangat keletihan hari itu. Pergi pula lepas waktu pejabat dalam keadaan tak sempat makan dan tukar baju. Jadinya aku nak santai-santai dan enjoy the music aje.

IMG-20150928-WA005

Kebanyakan yang hadir konsert itu memang remaja belia muda-mudi yang fanatik pada Pasha. Oh, itu jelas..keluar aje perkataan daripada mulut dia semuanya terjerit-jerit tanda excited. Aku dan Hadi akak jauh daripada penonton yang lain. Kami mengambil kedudukan sedikit tersorok dan duduk di lantai sambil melunjur kaki. Lagaknya macam menghadiri konsert reggea tepi pantai sambil kami bersandar berdua.

Konsert dimulakan sedikit lewat (atau kami yang terlalu lama menunggu). Itu belum masuk video khas 10 tahun Ungu dalam industri yang sangat lama dan sedikit menjemukan. Aku dah macam ‘seriously? seriously? 16 juta kali. Mereka membuka persembahan dengan lagu Hampa Hatiku dan disusuli dengan lagu Percaya Padaku. Maaflah….aku memang gagal tajuk lagu tapi aku boleh melagukannya dengan baik bait-bait lagu yang lain.

IMG-20150928-WA006

Bila lagu “Kekasih Gelapku”, semua sawan! Maksud aku dengan aku sekali sawan. Rasanya semua orang layan lagu bukan sahaja kerana melodinya yang indah, liriknya juga jujur.

Memang boleh dijangkakan bila pergi konsert-konsert macam ini akan ada biawak yang ‘I love you Pasha, I love you Pasha’ tak tentu hala. Yang belen-belen atas pentas tu diorang tak peduli pun – entah-entah tak kenal. Untunglah jadi vokalis yang kebetulan bersuara bagus dan hensem…

Lagu terakhir – Cinta Dalam Hati. Maka menitik-nitiklah airmata dek penangan lagu terakhir ini. Merah-merah mata adik-adik perempuan semua tu. Sedih sangatlah rasanya. Akak sebak jugaklah sikit-sikit..Kang beriya-iya teroyak orang sebelah tanya pulak ‘yu ni dah kenapa?’

IMG-20150928-WA010

p/s : sound system konsert ini jauh lebih baik daripada konsert Bon Jovi. Tapi satu penilaian yang tak adil sebab ini konsert tertutup.

IMG-20150928-WA011

Corat-Coret 19 September 2015

funny-audinces-in-concert-pee-problem

Setelah dua post penulisan panjang berjela tentang Konsert Bon Jovi di Kuala Lumpur pada 19 September 2015 yang lalu, kali ini aku ingin menambah satu lagi posting berkenaan tarikh itu – tapi secara ringkas aje buat ingatan aku sendiri. Sebenarnya setiap point itu layak mendapat cerita penuhnya sendiri. Tapi nak buat macam mana, tuan tanah tak selalu ada masa nak membajak berelung-relung catatan 🙂

SEBELUM KONSERT

  • Eskandar Dzulkarnain & Sushi – Anak seorang ni kalau kami berdua ada memang susah betul makan nasi. Tapi dengan Tok Mama dia laju aje makan semua benda. Jadi sebelum kami berdua berjimba-jimbaan di Konsert Bon Jovi petang itu, kami belikan dia sebekas sushi dahulu.
  • Di Starbucks Aeon AU2, kami singgah di Starbucks. Aku minta Ice Caramel Machiato Tripple Shot. Adik tu tanya, “akak tak mahu 4 shots ke?” Eh, boleh ke? Saya dah bayar? “Boleh aje sebab memang sekali keluar dua.” Mendapat 4 shots…
  • Playlist lagu untuk konsert – Set lagu kami dapat sehari awal. Tapi aku sangat sibuk lain-lain hal. Lagu yang ada bukannya tak tahu, tapi tak hafal. Aku minat JBJ, tapi bukan ‘die hard’ fans dia. Rasanya lagu Blake Shelton lebih banyak aku tahu daripada lagu JBJ.
  • Kalau dah tahu minggu tu nak pergi konsert dan pastinya tak selesa dengan jamban awam, sila jangan mengada-ngada nak minum air detox – true story. Entah berapa kali aku kena ‘take five’ sebelum konsert berlangsung. Maka dengan itu kapasiti air yang masuk sebelum konsert pun terpaksa dicatu. Tapi dengan faktor cuaca kita, terpaksalah juga aku togok sebotol sebelum konsert bermula. Mujur sistem perkumbuhan memberikan kerjasama.
  • Tak payahlah beli t-shirt atau memoribilia  sebelum konsert. Satu harganya agak mahal. Tapi harga itu subjektif. Yang sombong tu aku sakit hati sangat.

Masa Konsert

  • Masa konsert tu ada seekor tapir betina dengan dress putih tali 3cm mengepam rokok Semporna. Sangat tak kool sis sebab walaupun kita open air aku tak perlukan smoke machine kau, dowh!
  • Perempuan ajet-ajet moden baru belajar hisap vape memang bangang – true story. Dalam stadium tu ramai aje yang lelaki hisap vape, tapi takdelah sepanjang masa. Dik kalau kau nak menyedut sangat akak advise kau amik gas aje kat PPUM.
  • Terima kasih sikit-sikit sebab asap vape point di atas tu berperisa mangga dan selang-seli strawberi, jadi bau pembakaran kretek tapir betina itu dapat dikurangkan.

funny-pictures-auto-775673

  • Set konsert aku dah bagitau semalam – macam set dalam gua. PA system menyedihkan setakat dengar bunyi aje. Camera shot lagilah rasa nak turun buat sendiri. Kamera macam pacak – lock – pastu sapkoklu.
  • Oh, kalau nak mempropose proposal propoganda masa konsert ni sangatlah attention seeker. Kot bercerai nanti nak announce masa konsert jugak ke?
  • Dalam satu konsert, mesti ada beberapa ekor banshee yang terpekik-pekik tak tentu hala. Bila suasana mula kool sikit lepas satu-satu lagu, tiba-tiba banshee ni menjerit lagi – suara dia aje. Itu belum jenis mengkuda tak tentu tujuaan – “neighing” dengan desibel yang menyesakkan telinga.
  • Air mineral botol kecil tu dijual RM5 sebotol. Giler mahal…memang aku tak beli. Air pulak tak boleh bawak masuk stadium. Meh…!

Selepas Konsert

  • Lepas konsert ada satu kumpulan bergambar dengan bendera Sarawak terentang megah. Terus aku tunjuk pada Kimi dan Wendy. ‘Eh, korang tak nak join diorang ke?’ Mereka terus ke tempat itu dan  kemudiannya bergambar bersama-sama, kumpulan tu siap tolong lagi member aku panjat pagar nak naik atas. Aku tengok aje keliling. Bendera Selangor takde..Melaka jauh la. Jadi aku dengan Hadi duduk menunggu di tempat kami sambil memerhati orang keluar stadium.
  • Konsert seronok pergi beramai-ramai. Hari itu kami pergi 6 orang. Harapnya masa konsert Wings nanti boleh pergi lebih ramai supaya lebih meriah bersama.
  • T-shirt yang langsung tak boleh ditawar-tawar tu turun harga. Ada yang jadi RM30, RM20 dan RM10. Pilih aje yang mana mempunyai tawaran yang menarik poket anda sesuai dengan vokal mereka memanggil pelanggan.
  • Masa nak bergerak balik ke hotel, aku lihat banyak gelandangan mengisi pinggir-pinggir bangunan, tangga dan lorong. Sangat sedih dan mengharukan. Aku kasihankan anak-anak yang kecil menangis mungkin kesejukan..atau mungkin kepanasan ditambah kelaparan.
  • Disebabkan Ice Caramel Machiato 4 shots tu pukul 4 pagi baru mata terhegeh-hegeh nak tido – Mendapat mata panda!

concert

Entry 2: Ohai! Konsert Bon Jovi 2015

 

IMG_20150919_203554

19 September 2015…

Hari baru, start fresh. Lupakan apa jadi semalam walaupun bila teringat rasa nak meratap tu ada lagi.

Aku bangun sedikit lewat. Malam itu aku tidur dirumah mama. Main-main dengan Eskandar Dzulkarnain dan Ezzudin Dzulfikar sementara menanti Hadi sampai. Takdelah beriya-iya sangat sebab budak-budak berdua tu kalau dah pasang Barney memang kusyuk depan TV. Si Eskandar siap boleh tepuk-tepuk lagi bila lagu Clapping Song tu keluar.

Hari ini anak pakcik sebelah nikah. Jadi kami semua harus menghadirkan diri. Sebelum ke sana, kami ke AEON AU2 dahulu untuk membeli sushi untuk Eskandar, stok susu dan bubur untuk Ezzudin. Sempat singgah Starbucks untuk pekena Ice Caramel Machiato tripple shot. Kopi satu elemen utama yang boleh redakan stress – pada aku la. Untuk orang lain mungkin berbeza. Hadi pula tetap setia dengan Green Tea with whipped cream. Nama pada bekas take out tu special sikit hehehe..permintaan girlfriend angkat 🙂

12036832_10153343131509335_3613602514352270051_n

Kemudian barulah kami bergerak ke lokasi majlis di Kg Kemensah. Rasanya sudah lama aku tak pekena lauk kenduri yang serba-serbi sedap masakan katering. Untuk katering itu, Kak Benny kasik 8 bintang!  Lepas balik kenduri kahwin itu barulah mood konsert itu disemarakkan.

Mula-mula playlist lagu yang berkumandang ialah lagu-lagu Bon Jovi yang dijangka keluar berdasarkan set playlist Konsert Bon Jovi di Bangkok. Set playlist di Jakarta pun kami ada. Rasanya macam sama aje. Sikit lebih kurang hanya susunan lagu. Tapi dalam hati tu tetap harap ada keajaiban lagu Always dinyanyikan malam ini.

Set lagu di Bangkok. Sama aje...
Set lagu di Bangkok. Sama aje…

Misi pertama : Check in di Hotel Soleil. Aku dah booking hampir 2 bulan lepas kalau tak silap. Barang-barang kami pun tak banyak sebab semalam sahaja kami di sini. Esok Hadi kena kerja pula. Aku sebenarnya kategori regular juga di sini. Ini kunjungan ke 3 di sini. Pertama dahulu kami redah-redah aje masa sehari sebelum Tahun Baharu Cina. Ok puas hati bilik cun, lokasi lazat dan hiburan pun dekat. Kali kedua masa menyambut anniversary kami ke-15 tahun. Masa tu aku booking online aje. Nasib sangat baik sebab bilik kami di upgrade menjadi Premier. Tapi itu kes weekdays. Volume orang menginap di hotel pun tak ramai sangat. Tapi entahlah rezeki hari itu bilik kami dapat upgrade juga menjadi Premier. Bila ditanya ‘korang buat apa sampai dapat upgrade” aku jawab aku bergesel-gesel aje dengan Hadi depan kaunter tu 🙂

So kami check in dan melayan movie Get Hard. Kemudian Kimi sampai di hotel. Kimi antara kawan yang terawal menyatakan kesungguhan untuk pergi konsert Bon Jovi. Sudah ada geng. Wendy pun sama. Lebih best, dia pun menginap di Soleil, tapi bilik tak dapat upgrade (sorry beb hehehe…)

Kami mengambil keputusan untuk naik monorail untuk ke stadium. Kalau berjalan dalam 30 minit baru sampai. Stamina kena simpan. Tapi sebelum bergerak ke stadium aku, Hadi dan Kimi makan dahulu di Restoran Nasi Ayam Chee Meng. Fuh, memang lejen!

Menjelang pukul 6.00 petang, kami bertemu Wendy dan rakan-rakannya untuk sama-sama kami berjemaah ke stadium. Jadi kami yang bertiga sudah jadi berenam! Kimi dan Wendy dua-dua orang Sarawak. Jadi bila orang kampung bertemu memang macam dah kenal lama.

Sesampainya kami di perkarangan stadium, sudah banyak kedai-kedai di tepi jalan yang menjual segala macam jenis t-shirt, mafla, keychain dan bagai-bagai. Best juga kalau dapat pakai t-shirt Bon Jovi dan ambil gambar depan poster konsert. Alahai, mahal pulak..sehelai dalam RM50. Bila nak tawar bukan main sombong lagi. Kami terus ke ruang legar yang lain pula. “Takpe lepas konsert karang jadi RM10 aje tu” kata Hadi. Dia bukannya bengkek sebab harga tu tapi sebab sombong nau-nau tu.

Sebelum masuk, kami berposing-posing nakharom dulu. Bukan selalu buang tebiat sebegini. Kemudian kami membeli bekalan air konon-konon nak bawak masuk dalam stamina lepas penat menjerit. Huh, tak dibaginya bawak masuk air mineral…Aku pulak tak sempat buat bekalan dah habis air mangga sebotol. Aku rasa macam dehydrate semacam hari itu. Cuaca agaknya..

12027576_10153343484674335_445109312537771152_n

 

12019951_10153346810429335_9141209587944314634_n


 

Kami pun berdedai-dedai masuk ke stadium dan mencari lokasi terbaik untuk duduk. Ok la tempat pilihan itu walaupun agak jauh daripada pentas utama. Tiket pun paling murah, jadi pasrah ajelah. Aku perhati keliling. Stadium tak penuh sangat…orang ramai, tapi tak penuh. Hadi dan Wendy pergi masa Konsert Metallica. Kata diorang memang jauh sangat beza orang yang datang. Kalau ikut nafsu tu macam nak panjat juga pagar untuk masuk kat tengah stadium. Takpelah..tak berapa rajin. Dulu masa Konsert Andalusia M.Nasir iya aku panjat pagar sampai kena maki dengan abang Rela. 3 kali aje dia maki lepas tu dia fed-up dia biarkan aje..

Set konsert ini sangat hiba, seriously! Macam set dalam gua sampai aku namakan set itu set “Sahabat Gua”. Itu belum cerita sound system yang sedih pedih lagi menyedihkan. Langsung la tidak bergedegang-gedegung gegendang. Aku harap bila konsert bermula tidaklah seperti itu bayangannya.

12017691_10153176964960687_5801521414511173598_o

Sama aje – sedih!

Konsert dimulakan dengan lagu Who Say’s You Can’t Go Home. Aku memang bersorak-sorang riang dalam tu. Menyanyi dengan penuh keseronokan yang ada. Daripada lagu pertama sampai lagu ke-10 memang aku berdiri aje. Bukanlah nak kata lagu yang dinyanyikan itu tak best…best juga adanya. Tapi sebagai peminat lagu-lagu dia yang top, pastilah aku harapkan lagu-lagu macam Always, This Aint Love Song dan I’ll Be There For You tu ada. Wartawan wannabe di social  media tak boleh nak acah-acah die hard cakap “setakat tahu 5 lagu tu ajet-ajet fanatik aje dengan abam Jovi”. Dia sendiri pun tak tentu ada dalam konsert tu.

Aku enjoy all songs. Adalah 3-4 lagu yang tak  berapa nak familiar. Lantakkan aje..aku datang nak release tension kot. Paling aku suka versi akustik  Someday I’ll Be Saturday Night. Walaupun tang korus tu abam Jovi dah turunkan key, akak okey aje terjerit2 macam versi asal.

Lagu penutup – Livin On Prayer. Perrrrgh!!! Suasana dan perasaannya sangat champion. Satu stadium menanyi dan menjerit beramai-ramai. Kot pekik “we want more” chanting 10 minit pun dia dah nak bungkus dah. Memang takde slot tambahan. It was a good concert. I give it an okay-okay aje because i have seen better. Better itu tetaplah M.Nasir selamanya.

Apapun aku berjaya beli t-shirt selepas konsert berakhir dengan harga RM25. Oklah sebab lengan panjang…

Next month – Konsert Wings 30 Tahun. Tengah merangka-rangka tiket jenis apa nak dibeli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...