Ohai, Terengganu!

Aku memang suka pergi Terengganu. Ingat lagi dulu masa mula-mula masuk kerja aku berpeluang outstation di situ. “Kuala Terengganu tu jauh,” kata Wan Muta yang juga orang Terengganu. Memang pengalaman naik pajero ke sana dengan tim penerbitan Sembang@10 tak akan aku lupakan. Kali kedua aku bertugas di sana ialah semasa Pertabalan Pemangku Raja. Merasalah naik MAS dan tak sempat sakit badan.

Untuk bercuti saja-saja, setakat sampai Kemaman untuk makan satar aje. Itupun sebab aku selalu bawa diri ke Cherating dan duduk menyendiri di Impiana Resort. Resort tu pun tengah major renovation entah bila siapnya. Adalah sekali dua rasanya aku bercuti di sana. Itulah….Terengganu tu jauh. Mujurlah bulan lepas aku merasa berkursus di Terengganu.

Kerana itu aku rindu Terengganu….

Rindu untuk berehat-rehat di sana dan rindu untuk mencari port-port makan menarik di sana, khususnya nasi dagang. Entah gila apa saka arimasu nasi dagang menjelma sejak aku termakan nasi dagang yang super sedap – tapi bukan di Terengganu! Nasi dagang itu terletak di RnR Layang, JOHOR!!! Tapi nasi dagang itu resepi asli dari Kemaman kata acik yang niaga tu.

Berbekalkan cuti ganti 3 hari yang belum sempat ditebus kerana edah 28 hari menanggung kerja menyekat diri untuk tidak bercuti, aku berbincang dengan penuh pujuk rayu agar Hadi sudi bercuti meluangkan masa dengan isteri tercinta nun lama 6 jam memandu. Menung juga dia untuk bersetuju..tapi sebab aku urus semua benda, dia hanya perlu mohon cuti, separuh minyak tol dan belanja makan bila perlu – makanya dia bersetuju. Sejak balik dari Jepun, aku belum lagi bercuti rehat. Jadi aku nampak ini aje peluang bercuti berdua.

Jujurnya, kami tak rancang dengan teliti apa nak buat sepanjang di Terengganu. Rasa lapar, berhenti makan. Kalau penat, rehat sekejap tepi pantai. Memang santai aje perancangan kami ini.

Kami bertolak dari Bandar Saujana Putra pada pukul 9.00 pagi. Cadangnya mahu sarapan di tengah jalan sahaja. Bila kami melintasi Petronas di Bentong, perut aku mulalah mendidih minta simpati dan minta diisi. Aku cuba nak tahan sebab kami cadang untuk makan tempoyak ikan patin di RnR Temerloh. Tak boleh dah…aku dah mula berhalusinasi. Selepas makan set sarapan KFC Twister apa benda entah dan milo ais, baharulah sudut pandang aku jelas kembali…seperti cermin mata yang dicuci dengan pencuci beralkohol.

Di RnR Temerloh, kami berhenti lagi sekali untuk makan tengah hari. Aku takdelah lapar sangat, sebab dah makan Twister KFC tadi. Tapi sebab ikan patin kot…aku belasah juga sepotong walaupun dapat bahagian kepala – itu aje yang tinggal di kedai itu. Kedai lain ada, tapi sebab kuahnya sedap, aku terima juga rezeki tengah hari itu seadanya. Sempat kami tapau teh ais dan milo ais ikat tepi untuk menghilangkan dahaga dalam menempuh perjalanan ke Terengganu yang masih jauh lagi nak sampainya.

Masa ke Terengganu bulan lepas, aku tak merasa coconut shake. Kedai yang wajib aku pergi itu tutup. Kali ini misi aku berjaya. Memang singgah untuk merasa coconut shake di kedai ini akan menjadi agenda wajib jika aku ke Terengganu. Oh, dulu nama kedai ini ialah King Coconut Shake. Sekarang namanya sudah bertukar menjadi Arif Coconut Ice Blended.

Kemudian perjalanan diteruskan. Kami singgah pula di Pantai Kelulut untuk pekena ICT. Aku tak makan…kenyang sangat rasanya. Aku sekadar minum air dan melayan angin pantai. Syahdu susah nak ungkap. Macam lama tak menyedut udara segar.

Selepas itu kami terus menuju ke Kuala Terengganu. Selamat daftar masuk di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu. Ini yang seronok kalau cuti weekdays sebab harga hotel murah. Untuk 2 malam, aku hanya bayar RM280.42 sahaja. Kami terus tidur kerana kepenatan.

Menjelang maghrib, kami bangun dan merancang destinasi untuk makan malam. Cadangan asal mahu ke Uptown Kontena. Disebabkan aku tengok Hadi pun macam dah letih, kami ambil keputusan untuk makan di bawah hotel sahaja. Di situ, ada satu restoran yang aku tak ingat apa namanya. Menu yang ada tak kurang menarik. Aku memilih untuk makan mee bandung. Memang sedap…cuma lebih sedap kalau mereka celur dahulu mee itu.

Kemudian, kami terus naik bilik – layan movie dan tidur…

***

Hari kedua di Kuala Terengganu. Hari ini kami mulakan misi jalan-jalan cari makan dengan menuju ke kedai Nasi Dagang Kak Jah, Bukit Besar. Aku tak pernah makan di sini. Saja aje cuba disebabkan carian google yang aku buat rata-rata cadangkan makan di sini.

Memang sedap! Rasanya ikan tongkol itu dikukus kerana kuahnya berasingan. Kami boleh tambah ikut suka hati kerana bekas kuah disediakan disetiap meja makan.

Kononnya cadangan asal ke Kuala Terengganu untuk bantai makan sampai lebam. Tak mahunya..kami berdua sudah lama tidak menonton wayang. Jadi kami memenuhkan hari ini dengan menonton wayang di PB Sentral. Tempat ini baharu dibuka…hanya ada panggung wayang dengan tempat boling sahaja. Kami menonton It dan Kingsman di sini. Puas hati dapat layan filem setelah sekian lama tak berkesempatan.

Kami makan tengah hari di medan selera di dalam bangunan UTC. Aku mencuba mee ayam cendawan. Hmmm….sedap lagi mee ayam cendawan di Giant Taman Permata. Tidak banyak pilihan makanan dalam bangunan ini. Cuma satu yang aku kagum – bilik air cun habis!

Petangnya kami melepak tepi pantai dan melayan ICT. Gambar sekeping pun tak ada sebab kami tengah piranha masa itu. Malamnya pula, aku ke rumah Raudah. Sudah 4 tahun aku tak jumpa kawan seorang ni. Sempatlah kami berdua berkenalan dengan suami dan anaknya. Tapi itulah…langsung lupa ambil gambar. Yang aku sibukkan ambil gambar ketupat daun tebu itu aje. Pertama kali aku makan ketupat yang dibungkus dengan daun tebu.

Selepas menziarah Raudah, kami menuju Uptown Kontena. Tapi malam ini langsung tak meriah. Sempat minum segelas air teh air berbuih-buih tu dan kemudian terus balik. Bosan ya amat! Mujurlah di premis itu ada jualan bundle. Sempat aku sambar satu baju sejuk berharga RM5 jenama Columbia. Walaupun macam muat tak muat, mengenangkan RM5 aku beli juga. Kang dah balik KL teringat-ingat menyesal pula. Aku rahsiakan dahulu rupa paras baju itu. Nanti bila aku guna, aku akan tunjuk ๐Ÿ™‚

Menutup agenda makan-makan di Terengganu ialah nasi dagang di kedai Nasi Dagang Mok Kiter (Kak Pah Nasi Dagang).ย  Sedap…dap dap dap!

Demikianlah catatan perjalanan aku ke Terengganu sebulan yang lalu, yang hari ini baru sempat aku siapkan selepas sebulan duduk dalam kotak draf. Kak Bennny is super sibuk…Walaupun ada apps WordPress dalam handphone, tapi motivasi menulis itu hilang sekejap. Ini baru datang balik…

Jaga-jaga Cik Salmah!

Ohai, Kuala Terengganu – Achieving Impact!

Kalau diikutkan, badan aku jatuh kategori penat sangat-sangat rasanya. Tak habis lagi lelah berkursus sebulan di Jepun, aku terus masuk kerja. Aku sepatutnya berkursus di Kuala Terengganu pada 18 – 21 Ogos dan aku merancang terus bercuti di sana seminggu. Alang-alang, aku minta Hadi datang sahaja dengan anak-anak dan Mama supaya dapat terus bercuti di situ. Lama aku berhutang masa dengan mereka semua.

Tuhan mempunyai percaturan lain untuk aku. Aku tidak dibenarkan bercuti sebulan ini kerana syarat pemangkuan yang aku terima Selasa lalu. Jadi aku sifatkan itu adalah masa untuk habiskan bersama rakan-rakan dahulu yang sepurnama juga aku tinggalkan.

Maka aku dengan Aie berkereta untuk ke Kuala Terengganu. Sudah lama kami berjanji untuk road trip ke Pantai Timur. Sejak trip gile kami ke utara awal tahun lalu, memang asyik menyebut-nyebut, bilalah nak ke Pantai Timur untuk menikmati keindahan alam. Tapi yang penting – makan!

Pukul 11.00 pagi Aie sampai rumah dan kami menyinggah di KFC dahulu untuk membungkus bekalan. Lapar sangat rasanya. Malam sebelum itu aku tak makan banyak. Kemudian kami terus menghala ke Pantai Timur. Ohai…banyaknya cerita, catching up sesama sendiri. Sebulan aku tiada, dia pun senyap aje. Seolah-olah macam prapersediaan kami untuk berpisah unit. Tidak menyinggah mana sangat, sebab takut sampai lambat. Kami hanya berhenti di Kemaman. Aku lama mengidam SATARUDIN!

Sebaris sata aku bedal…2 kali menambah keropok lekor dan ais jagung menemani petang nan indah itu. Sampaikan sata di pinggan Aie aku rembat juga. Bersungguh-sungguh aku makan. Indahnya Malaysia…makanan halal dan sedap belaka. Betul-betul membalas dendam sebulan makan bercatu.

Usai makan, terus pecut ke Kuala Terengganu. Yang feeling-feeling nak singgah Rantau Abang la, penyu la bagai-bagai ditangguhkan dahulu. Kami sampai di lokasi kursus sekitar pukul 6.30 petang. Selepas makan malam, kelas pertama pun bermula. Mujurlah lebih kepada taklimat dan makluman perjalanan kursus sahaja. Masing-masing dah pancit dan keletihan.

Semasa mohon kursus ini, aku masih di bawah UKK. Semasa hari kejadian, aku sudahpun berada dalam Unit Promosi. Memang jadi reunion UKK la kursus ini. Aku, Aie, Ayu, Ati dan Fizah bertemu di sini dalam keadaan Ayu berada di Drama dan Aie di Klasik. Hanya Fizah dan Ati kekal memakai baju UKK.

Malam itu, kami makan malam di Uptown Kontena. Baharulah pergaulan aku meluas dengan rakan-rakan dari unit lain. Sama ada aku tidak mesra alam atau bumi tidak menemukan kami, di kursus ini baharulah aku bersembang-sembang dengan Gee, Ija, Puan Azizah dan En. Hanafi. Tapi En. Hanafi ni, selalu juga kami bertembung dalam mesyuarat. Malam itu, kami makan dengan perasaan yang bercampur-baur dan laparism. Orang tak ramai..masak punyalah lembab siput. Aku meluru ke kedai ini sebab terpengaruh dengan poster teh ais berbuih-buih tu…ok, teh ais tu memang Azizah The Legend..sedap giler! Chicken Grilled yang aku pesan juga kategori sedap. Next time aku kena pacak muka depan kaunter untuk pastikan dia masak pesanan aku dahulu dengan kadar yang logik.

Selepas makan, ramai yang mengambil peluang untuk bergambar. Aku sangat bersyukur ke sini dalam keadaan aku ada handphone dengan kamera yang cantik, berbanding kamera ASUS kelabu Sesal Separuh Nyawa di Jepun. Kami juga dilayan oleh penghibur Danial Clown dan rakan-rakan dengan permintaan belon yang macam budak-budak jadinya deme ni… Terima kasih buatkan akak belon beruang yang dikurung dengan hati. Akak sangat hargainya…simpan sampai kecut.

Esoknya kelas bermula. Tidaklah aku mahu mengulas pengisian kerana setiap kursus ada pendekatannya yang unik dan tersendiri. Apa yang dapat aku katakan, kursus ini membuatkan aku lebih bersyukur dengan rezeki yang aku ada dan aku perlu lebih banyak memberi. Memberi dalam kehidupan, memberi dalam berkerja, memberi dalam bersahabat dan lain-lain skop yang logik.

Dan aku perlu yakin, keinginan yang bersarang dalam hati sebenarnya tidak mustahil aku capai sekiranya aku berusaha dan tidak berputus asa. Aku pegang itu. Salah satu benda yang aku teringin buat ialah belajar bahasa Jepun. Sebagai langkah permulaan, aku sempat beli satu kamus Jepun-Bahasa Malaysia semasa singgah di satu kedai buku di Dungun semalam ๐Ÿ™‚ Don’t be afraid. You can do it. Ganbattekudasai, kata pak angkat dalam mesejnya yang baharu aku terima.

Terima kasih Dr Kamril atas semua lesson in life itu…

Biasalah kursus…mesti ada aktiviti dalam kumpulan. Kumpulan aku menang dalam game kumpul getah. Walaupun tak cukup peserta – kumpulan aku ada 5 manusia, yang lain ada 6, berkat teamwork berjaya juga. Kami dihadiahkan sejadah mini. Ya Allah, aku memang terasa nak beli satu tapi dipermudahkan pula. Rasa terharu dan bersyukur sangat…Begitulah yang Ella rasa…

Selepas kelas, seperti biasa aku dan Aie akan keluar mencari makan. Kali ini kami bawa bersama-sama seorang polis bantuan yang satu kumpulan dengan Aie masa game tadi. Kira macam belanja dia sebab dialah punca tonggak kemenangan kumpulan 1. Memang kami bertiga makan tak ingat. Ikan, udang, sotong celup tepung dibaham tanpa simpati, tanpa menyedari suka boleh membawa duka.

Malam itu juga aku kena food poisoning! Mengerekot kesakitan dan tidur sepanjang hari. Memang betul la aku dapat berehat yang aku nak sangat-sangat itu. Tapi betul…lepas episod kena food poisoning tu memang aku rasa segar balik dan hilang sedikit keletihan yang ada.

Makan tetap juga tak kawal. Aku bantai juga durian macam biasa ๐Ÿ™‚

Jadi, apa yang achieving impact? Oh, banyak…

Aku dapat macam-macam pengajaran. Aku dapat luaskan pergaulan dengan manusia yang datang dari pelbagai latar belakang. Aku capai kukuhkan ikatan persahabatan dan aku capai hasrat aku ke Kuala Terengganu. Seperti kursus di Jepun, teamwork sangat penting. Aku akan pegang itu sampai bila-bila.

Terima kasih semua atas memori yang indah. Terima kasih urus setia kerana penganjuran kursus ini. Santai tetapi memberi kesan. Terima kasih memberi ruang kepada polis bantuan untuk berkursus dengan kami. Pertama kali aku melihat bakat terpendam mereka, terus jatuh kagum.

Aku sampai rumah sekitar jam 1.00 pagi dan esoknya berkerja macam biasa. Walaupun rabak, aku berjaya melakukannya. Cuma sedih sikit masa balik Hadi dan anak-anak sudah tidur. Aku tak sempat nak bermanja-manja dengan mereka. Tak apalah itu….nanti aku akan ganti juga masa-masa terpisah ini dengan mereka semua.

Sekian…

Kamu Yang Bawaku Terbang

image
Aku sudah beritahu. Aku tidak suka dalam keramaian. Aku serabut dan rasa sendiri. Aku tidak tahu mahu menumpukan perhatian kepada siapa sebab semua orang seolah gila perhatian. Kerana itu aku cenderung bersendiri dan menanti kamu dengan melayan diri sendiri.

Aku meneroka daripada satu ruang hibur ke ruang hibur yang lain. Bukan jenis itu yang aku suka. Bukan jenis itu yang aku mahu. Aku tidak suka muzik hiruk-pikuk macam nak pecah gegendang telinga. Juga lelaki yang kecenderungannya boleh dipertikai mengutus salam kenal dengan niat terselindung. Apatah lagi dalam satu ruang seolah akuarium yang aku perlu berbasahan untuk ke seberang sana.

Aku bosan! Aku rasa asing..

Aku nanti akan dikau di luar pintu masuk. Selepas semua khalayak bangun bertepuk sorak terkhayal dengan persembahanmu memainkan imaginasi mereka. Kamu akhirnya muncul di situ.

Aku ingat jelas. Warna baju itu Royal Blue, ada Ace Club di depannya. Kamu pantas mendapatkanku. “Adakah kamu gembira melihatku?” Masakan tidak. Dadaku berombak kencang tanda keterujaan yang teramat. Sumpah aku sukakan apa yang aku lihat di depan mata ini. Sumpah cantik! Entah berapa kali aku katakan padanya. Dia hanya ketawa kecil. Kalau tidak disebabkan keadaan, mahu sahaja aku mendakap dia di situ juga!
image

“Okay, sekarang kamu mahu apa? Mintalah apa sahaja.”
Seriously?
Boleh bawaku terbang?

Serentak tanganku ditarik dan betul…dia bawaku terbang. Tidak terbang ke langit. Kami terbang menembus setiap jalan utama. Semua manusia yang ada dikeliling jalan bersorak tatkala kami berdua melintasinya khalayak dengan bergaya dalam bersahaja. Aku perhatikan riak-riak dengki mata yang melihat. Tentu mereka tertanya mengapa aku yang dipilih, bukannya mereka yang berhabis beratusan ringgit semata-mata mahu melihat persembahan dia.

Jauh aku dibawa mengembara. Daripada satu jalan ke jalan..daripada satu lorong ke lorong sampaikan aku jadi kagum dan simpati padanya. Dia membawaku terbang dengan penuh kudrat yang ada. Sampai aku katakan peluh yang mengalir itu lebih meriah berbanding peluh yang terhasil apabila dia beraksi. Aku akui..aku jatuh sayang padanya.

Makin lama, kami menghampiri satu kawasan perumahan. Kelihatan sekumpulan manusia seperti sedang berkumpul seolah sesuatu yang tragis telah berlaku. Aku perhatikan keliling. Tiada muka yang aku kenali. Adakah ini perhimpunan satu bangsa sahaja? Serentak itu kelihatan satu kakak bertudung – anak mami barangkali dan terus kami merapati dia.

Kamu maklum sahajalah..dengan nama yang dikenali dan baju persembahan yang masih tersarung membuatkan kamu terus dikerumuni gadis-gadis cantik yang pantas mengambil peluang untuk bersembang. Perlahan-lahan aku kebelakang dan kemudian aku terus terasa dipinggirkan. Sudah aku katakan…aku tidak selesa dalam keramaian manusia.

Tidak lama aku menyendiri. Dia menghampiriku dan membisikkan mengapa dia perlu masa untuk bersama gadis-gadis itu. Salah seorang daripada mereka telah berjanji untuk menyelesaikan satu masalah yang membebaninya.

“Kamu perlu faham itu..kamu perlu faham itu. Aku akan mendapatkanmu selepas semuanya selesai.” Dalam pada rancak dia bersembang dengan mereka, adakalanya matanya tetap mencuri memerhatikan aku yang setia menanti.

Tidak lama untuk otakku memberitahu kebenaran hujung pangkal cerita ini. Dia akan datang bila dia perlukan aku sementara aku sentiasa memerlukan dan menghargai dia. Cuma dia perlu tahu…dia yang bawaku terbang.

Sekian.

Bertiga…

Us :)
Us ๐Ÿ™‚

 

Ada satu tempat dalam Malaysia, yang kalau aku serabut, susah hati, suka hati hatta makan hati aku suka pergi. Walaupun agak jauh, sekonyong-konyong ada di sana aku rasa gembira. Lebih gembira kalau aku dapat duduk di hotel yang memang aku suka. Harga agak mahal, tapi ketenangan dan memori yang aku dapat = priceless!

Memandangkan cuti tahunan masih ada tersisa ditambah faktor mahu menghabiskan masa bersama keluarga sebelum bersalin sangat memuncak, makanya minggu lalu percutian yang tak sampai 24 jam dirancang terus dilaksanakan. Orang selalu cakap, ‘cuti kalau plan last minute memang selalu menjadi. Entahlah…pengalaman aku merancang percutian seboleh-bolehnya mesti jadi. Kalau berkumpulan, ada yang tarik diri itu masalah diorang.

Tahun lepas, sewaktu Eskandar Dzulkarnain 8 bulan dalam kandungan, aku dan keluarga bercuti di Pantai Timur. Dari Cameron Highlands – Kota Bharu – Kuala Terengganu – Cherating kami berjalan tanpa agenda yang pasti. Kali ini disebabkan hanya bercuti bertiga, agenda yang ada sangat ringkas dan mudah. Rehat-tidur-makan-main dengan anak. Jadi lokasinya….tetaplah bumi Cherating. Mujur dipermudahkan urusan pembelian bilik menerusi Agoda yang memungkinkan kami duduk di Impiana Resort selama 3 hari dan 2 malam dengan harga yang munasabah.

Sebelum bertolak, awal paginya aku di PPUM untuk check-up dan menetapkan temujanji untuk membuka jahitan cervical cerclage. Insyaallah 30 Oktober ini aku akan melalui proses itu. Eskandar pula ada temujanji di Klinik Kg.Pasir. Mama dan Ameera menguruskan Eskandar dan selayaknya suami yang penyayang Hadi menguruskan aku. Semua urusan ini selesai lebih kurang jam 10.30 pagi dan kami terus bertolak ke Cherating. Namun disebabkan banyak pit-stop, kami tiba sekitar jam 5.00 petang. Bilik memang sangat selesa dan Hadi jelas gembira dengan lokasi yang aku pilih ini. Rupa-rupanya aku tidak pernah menginap di sini dengan dia. Aku sendiri hairan kenapa. Padahal sejarah aku dan Impiana ini terjalin sejak tahun 1997 hingga kini. Yang aku pergi tu semua bukannya dengan dia. Takpelah, masih belum terlewat mencipta memori baharu dengan dia dan Eskandar sebelum keluarga kami bertambah besar.

IMG_20141009_092938
First time mandi kolam, sangat eksaited beliau!

 

3 hari 2 malam terasa sangat pantas berlalu. Macam tak cukup masa untuk kami bergembira dan bercuti tanpa tekanan. ย Dalam semua itu, malam yang aku dan Hadi bersembang di koridor luar, mengadap laut dalam suasana sikit romantik itu sangat aku hargai. Eskandar tidur keletihan kerana siangnya bergurau kaw-kaw dengan kami. Masa itu kami gunakan untuk bersembang tentang masa hadapan. Bersembang pasal kewangan, sembang pasal rumah, pasal hutang piutang dan pasal perjalanan hidup aku yang serba-serbi terkejar-kejar dengan kerja, anak dan belajar.

Sekarang bertiga….harapnya bulan depan berempat dan mungkin kalau ada rezeki bilangan bertambah barang seorang dua lagi. Aku menginsafi pemberian ilahi pada aku dan bersyukur atas perjalanan yang telah disuratkan. Semoga disusuli dengan rezeki-rezeki lain yang lebih besar. Bila difikirkan balik, bukan senang kerana aku mahu semua. Jadi aku harus berusaha ke arah itu…

Eskandar suka pantai...
Eskandar suka pantai…

Bercuti dengan Eskandar Dzulkarnain – Bahagian 3

Debok yang comel temani kami sarapan
Debok yang comel temani kami sarapan

Kami bangun pagi itu sedikit awal. Sekitar 6.30 pagi, menguruskan lampin dan memberi susu pada ED yang mulai merengek-rengek lapar. Ingatkan nak keluar ke pantai, feeling-feeling melihat matahari terbit. Takde maknanya…terasa katil masih merayu-rayu mintak dihempap.

Akhirnya 7.30 pagi kami keluar dari bilik dan mencari sarapan. Sangat sedap roti bawang sardin yang dipesan dikedai Paksu. ED pula terlebih-lebih manja dan pagi itu dia tidak kisah gambarnya diambil. Kang cakap anak sendiri comel kata perasan pulak. Tapi itulah dah jadi mak bapak….asal anak sendiri comel jugalah adanya.

Lepas sarapan, kami ke pantai dan mengambil gambar bertiga. Fuh, lega….berjaya juga semalam bersama ED tanpa bantuan mama ataupun Ameera. Disebabkan kakak ipar kami yang duduk di Pekan baharu bersalin, kami bercadang daftar keluar dari bilik awal dan terus melawat baby baharu dalam keluarga belah Hadi. Inilah cucu perempuan pertama Tok Hamzah. Tapi kata abang kepada Hadi, mereka semuanya akan ke Kuantan Specialist Hospital kerana baby masih kuning. Kakak ipar pula mahu membuka jahitan %$#^$% ok! ok! Seram aku mengingatkannya.

Cuba teka berapa orang?
Cuba teka berapa orang?
Tadaaaa...
Tadaaaa…

Kami tak dapat tengok bayi lama-lama. Sekadar menjengah dari bilik kaca. Yang kakak ipar aku pula apointment dengan doktor, tapi doktor ada kes emergency. Nombor giliran dia ialah 18 dari 25. Gilalah…swasta tu. Disebabkan hampir 2 jam menunggu dan kami mahu meneruskan percutian ke lokasi yang belum dikenalpasti, kami menselamat-babaikan mereka semua dengan bingkisan baju bayi perempuan yang sangat comel, yang sempat dibeli di Berjaya Mall.

Jam hampir 12.30 tengah hari, perut mulai terasa lapar. Kami bercadang ke Kuala Rompin. Aku beritahu Hadi, udang galah Kuala Rompin sangat champion. Kali terakhir aku makan udang di sana saiznya sebesar penumbuk! Tapi perjalanan makan masa hampir 2 jam, sanggupkah tunggu? Kami berhenti di tepi jalan dan aku bancuh makanan ED terlebih dahulu. Kami masih boleh bertahan, tapi waktu makan ED sudah tiba. ย Biarlah dia makan dahulu dan tidur sepanjang perjalanan.

Sebaik sampai di pekan Kuala Rompin, papan tanda udang galah king mula memanggil. Kami berhenti dan terus makan di situ. Kami dilayan penuh mesra oleh tuan punya kedai, diberikan bilik berpenghawa dingin dalam keadaan cuaca punyalah panas terik. Mujur kami sampai selepas waktu makan tengah hari, kalau tidak konfem berebut dengan orang ramai. Aku dan Hadi sepakat memilih udang galah masak sweet and sour. Pada mulanya macam teringin masak lemak. Tapi setakat masak lemak aku boleh masak sendiri.

Giler sedap..
Giler sedap..

Akhirnya makanan sampai…punyalah sedap! Sehingga ke titisan sambal yang terakhir. Pekena pulak dengan kopi ais yang sungguh sedap buatannya. Masa kitorang order kopi ais pakcik tu cakap sangat jarang pasangan muda yang minum kopi di kedai dia. Ok, aku senyum…sebab pasangan muda ya ๐Ÿ™‚

Kami kemudiannya bermalam di Kuala Rompin Beach Resort. Chalet mengadap laut, tingkat no. 2. Jenuh nak punggah barang, padahal lepak semalam aje. Tapi memang berbaloi sebab mengadap laut dan dapat angin yang kuat. Kami bertiga sangat selesa di sini. Tempatnya luas. Memang letih mengejar ED yang menggunakan ruang sepenuhnya.

Malam itu kami ke satu tempat yang kalau tak silap, macam festival Kuala Rompin gitu. Punyalah banyak jual-jualan. Tapi apapun aku tak beli. Ada karnival dan funfair, pun tak masuk. Mengendap dari luar sahaja. Hari seolah mahu hujan. Nak berjalan, pekan Kuala Rompin tidaklah besar mana. Jadi ia menepati konsep kami untuk berehat dan menghabiskan masa bersama.

Makan dulu sebelum berjalan ya...
Makan dulu sebelum berjalan ya…

Esoknya kami menghabiskan 2 malam di Melaka. Dapat juga kami menghabiskan masa bersama. Ia sangat bermakna, kerana kami tahu – selepas ini percutian kami pastinya berbeza ๐Ÿ™‚

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...