Majlis Apresiasi Bahagian Pemasaran & Promosi

Pemimpin datang dan pergi tetapi kerja tetap terus. Sebulan ini, banyak pergerakan besar-besaran yang berlaku dan unit baharu aku tidak terkecuali menerima tsunami kecil itu. Yang pergi dirai dan yang datang di’welkami’. Untuk itu Unit Pemasaran dan Promosi telah mengatur Majlis Apresiasi pada Selasa lepas untuk meraikan yang pergi sambil menyambut kami-kami yang baharu di unit ini.

Urusan pelaksanaan majlis dibuat pada Jumaat minggu sebelumnya. Tugas-tugas juga selamat dibahagi-bahagikan mengikut unit dan bermulalah cabaran aku yang pertama – meminta kakitangan promo untuk membuat video perpisahan untuk mantan boss mereka, En. Yusari Ameer dan memohon mereka membuat satu persembahan. Satu permintaan yang agak susah sebenarnya untuk aku buat memandangkan aku kenal mereka semua tak sampai sebulan. Edah 28 hari menanggung pun tak habis lagi ni. Takkan terus tuju-tuju nama untuk buat persembahan. Aku serahkan semuanya atas mereka dan syukur sangat – aku dapat kerjasama yang sangat baik daripada mereka semua.

Pagi Isnin, bermulalah proses penghantaran tempahan secara ekspress rakyat dan bersepadu. Kakitangan Unit Promo sibuk dengan persiapan dewan bermula tengah hari dan ramai juga menyusul membantu menjelang petang. Tema juga telah ditetapkan. Kami dikehendaki memakai pakaian berwarna pink dan ungu. Disebabkan berita kemangkatan yang baru diterima, aku membenarkan staff yang mahu berkabung memakai warna hitam.

Aku pun tak pasti nak pakai baju apa. Nak pakai baju pink terang benderang, baju itu ada unsur biru cair. Mujurlah Ahad yang lalu aku sempat membeli yukata berwarna hitam pink dan obi yang aku pilih berwarna ungu. Cantik! Kena dengan tema…

Majlis dimulakan setelah semua tetamu yang diraikan tiba di Balai Perdana iaitu Puan Kalsom Semon yang akan bersara, Encik Yusari Ameer yang berpindah ke Unit Hiburan dan Puan Zeti Fazlia yang berpindah ke Unit Kandungan & Kreatif. Kemudian, tetamu kami KP Penyiaran Dato Abu Bakar memberikan ucapan diikuti bos kami, Puan Wan Wizana dan ucapan daripada 3 tetamu yang diraikan tadi.

Kami kemudiannya menyambut hari lahir Puan Kalsom dan makan bersama-sama selepas itu.

Majlis ini sangat ringkas dan santai. Terima kasih yang sesungguhnya kepada kakitangan Unit Promo atas persembahan lagu dan sajak khas untuk Encik Yusari. Ada jugalah persembahan daripada tuan rumah.

Sebelum penulisan ini berakhir, saya ucapkan Selamat Hari Lahir dan Selamat Bersara buat boss saya, Puan Kalsom Semon. Selamat menjadi YB dan mengusahakan ladang di belakang rumah 🙂 Mohon ampun dan maaf atas semua kesalahan semasa saya menjadi staff di bawah seliaan boss dahulu. Nanti kalau masak Mee Bandung, mohon rojer-rojer ya….

Retirement can be a great joy if you can figure out how to spend time without spending money – Author Unknown

Ohai, Aie Sarkase is Poti!

“Remember the friends who stuck with you when they thought you had nothing.”
Joyce Rachelle

Aku tak kenal dia sangat. Dia macam umat-umat lain yang aku jumpa saban hari. Tapi aku tiada pula sebab untuk tidak suka dia. Dia okay…boleh bawa bersembang bila berselisih dan melepak untuk sepam-dua. Kami intake yang sama, jadi hubungan itu tak ubah statik disebabkan ‘kelahiran’ yang sama.

Laluan kerjaya dia nampak benderang. Masa dia jadi pegawai khas kepada seorang Menteri, aku memang tak berapa berkenan sangat species pakai kot blazer sepanjang masa ni. Kalau jumpa selisih pun masih tegur-tegur biasa aje. Masa interview 44, kami dalam kumpulan yang sama. Masa itu baharulah bersembang elok sikit. Maklum masa itu aku baharu sahaja pakai tudung, cuti belajar dan mengandung pula. Perbualan untuk temu duga itu sangat syariah compliance. Siap ada fatwa-fatwa dan mazhab yang keluar sementara menunggu kami dipanggil oleh panel.

Kemudian, aku kembali ke RTM selepas 2 tahun cuti belajar dan ditempatkan di UKK. Selang beberapa bulan, dia pula dipindahkan ke situ, kerana naik pangkat. Baharulah ada perbualan yang logik. Tidak juga rapat mana sebab aku mengandung anak kedua dan kemudian cuti bersalin. Selepas aku kembali, detik itulah hubungan yang lebih harmoni tercipta.

Jujurnya, tidak semudah itu….tidak semudah itu. Bukan mudah aku berkerja dengan orang yang aku tahu satu lantikan dengan aku, tapi naik pangkat dulu. Tapi dia kool aje…Tak pernah meminggirkan aku dalam apa-apa urusan pejabat. Apa yang buat aku selesa ialah sebab komunikasi yang terbuka antara kami. Mungkin sebab  serabutnya UKK, mungkin sebab kerap bermesyuarat bersama-sama, lama-kelamaan kami jadi rapat. Dia percaya aku – itu aku hargai.

“Find a group of people who challenge and inspire you; spend a lot of time with them, and it will change your life.” 

— Amy Poehler

Dia kenal keluarga aku…jadi semuanya mudah. Konsep berkawan dengan lelaki ini mudah aje, kenalkan dia dengan suami supaya dia tahu. Tidaklah menjadi kekeruhan kalau banyak masa aku spend dengan dia sama ada atas urusan kerja atau peribadi. Sampaikan Konsert Wings & Superfriend tahun lepas kami tonton bersama-sama termasuk dengan Hadi dan adik aku, Ameera. Banyak kerja gile yang kami buat bersama-sama. Sampaikan stress berjemaah juga pernah berlaku dan kami bercuti ke utara Malaysia untuk lupakan serabut yang jadi. Itu sangat berjaya. Kami kembali ke pejabat dengan semangat baru dan less stress.

Orang nampak kami ke hulur-hilir berdua macam istimewa sangat hubungan itu. Jujurnya, 80% sembang hal kerja, 10% makan dan 10% perancangan masa depan. Dia kenal aku, aku kenal dia. Waima apa juga masalah peribadi yang kami lalu, tidak pernah itu dijadikan senjata untuk mengenakan sesama sendiri. Menyokong sesama sendiri belaka.

Aku tak suka cerita pasal hubungan persahabatan sebab semua akan datang dan pergi. Yang boleh melekat macam gam itu payah, walaupun kau semai dari zaman tadika. Yang aku nampak hubungan ini potensinya sangat lama. Dia berpotensi jadi bos aku balik atau kami berpotensi untuk berkerjasama demi jabatan yang teramat sangat kami sayangi. Apapun, friendship is forever regardless your position. Tak pernah pula berkerja bawah satu bumbung kerja kami tergendala. Sebaliknya lebih mudah sebab semua urusan kami akan berbincang. Yang penting, tahu bezakan yang mana satu kerja dan yang mana satu peribadi. Tahu tempat, tahu ruang (ayat dia tu).

Oh, aku pernah terasa dengan dia – sesungguhnya! Punyalah aku marah dan kecewa, terus aku berpuasa untuk mengelakkan aku hilang pertimbangan. Dia pun tahu…agak 2 minggu juga kami nak betulkan balik damage yang sudah jadi. Mungkin aku emosi sangat masa tu… Tapi aku pegang ini ajelah, bila umur dah meningkat kawan pun semakin kurang. Orang susah nak terima sebab aku sudah berkeluarga dan beranak kecil walaupun jenuh aku yakinkan aku tetap Baini yang korang kenal dahulu. Jadi bila ada yang terima, tak kisah dan faham, aku tak mahu lepaskan itu.

Jadi sahabatku Md. Shahri Saripan aka Aie Sarkase, Selamat Hari Lahir ke -poti, untukmu. Poti ini datang sekali sahaja. Orang pun selalu cakap kehidupan lelaki bermula dari umurnya poti. Jadi mulakan langkah poti ini dengan penuh semangat dan kesyukuran kerana berpeluang merasainya. Tanam semua cerita duka-lara dan bangkit dengan iltizam baharu. You can do it…aku harap kau akan capai semua impian dan bertemu suri hati yang mampu menjaga kau dengan baik.

Ingatlah Tennessee Steak paling epik kita bedal, sampai tambah sepinggan lagi kerana kezedapannya. Nanti kita repeat lagi sekali. Banyak kali kita makan sesuatu yang super sedap dan terdiam kerananya – tapi ini kali pertama aku tengok kau makan sampai tak bercakap langsung! 🙂

“Sitting silently beside a friend who is hurting may be the best gift we can give.” 

— Unknown

Happy birthday my friend…

Game of Thrones Musim 7 – The Dragon & The Wolf

Game of Thrones Musim 7 ini adalah musim paling tak konsisten aku tengok. Episod 1-4 aku layan serentak sebab masa siri ini bersiaran aku berada di Jepun. Memang tidaklah aku streaming tak tentu hala apatah lagi illegal download yang terang-terang tidak dibenarkan di sana. Perasaan aku selepas menonton – Subarashi! Magnificent giler penceritaan kali ini. Again, aku tak baca buku untuk mengekalkan misteri itu pada tahap tertinggi.

Aku mengekalkan bullet point untuk menzahirkan apa yang aku rasa semalam. Nasiblah hari ini kerja..kalau tidak memang aku mengulang tengok sambil membuat catatan ini. Jadi, aku tulis apa yang aku rasa aku mahu ingat.

There is one war that matters..and it is here – Jon Snow

  • Tentera Tanpa Punai – The Unsullied – Bronn dan Jaime memikirkan logik untuk apa The Unsullied berperang. Untuk emas? Untuk keluarga? What’s left to fight for? Apa yang mereka berdua tak faham sebenarnya ialah The Unsullied berperang sebagai hamba yang merdeka.

    The Unsullied
  • The Dothrakis – bila tentera berkuda mereka maju mengelilingi tentera The Unsullied dengan penuh perkasa, aku rasa aku mahu hidupkan Khal Drogo 🙂
  • King’s Landing Rendezvous

a) Brienne + Clegane = Eh, Hidup lagi? Ingat dah mati….By the way Arya hidup lagi. We should catch up…. Macam itulah kesimpulan yang aku rasa. Clegane smirk tu yang mahal hahaha

b) Clegane + Mountain = Padan muka kau…sekarang kau lagi hodoh dari aku. Jangan buat-buat tak kenal. Karma itu perempuan pelacur 🙂

c) Euron + Theon Greyjoys = Hey, lelaki penakut tanpa punai. Kakak kau ada dengan aku. Watcha gonna do about that?

d) Daenerys + Cersei = I am the Queen…no, I am the Queen. I will rule…no, I will rule. Itulah monolog dalaman kakak berdua ini.

e) Brienne + Jaime = Fuck loyalty! Talk to the queen…sebenarnya hati akak Brienne tu dah bergetar-getar nengok Jaime. Jangan nak menipu 🙂

f) Cersei + Tyrion = Kau bunuh bapak aku – Bapak kau gile – semua jadi sebab kau bunuh bapak aku – bapak kau gile! Kalau bapak hidup takde siapa berani kacau hidup kita. Kau dengan bapak kau sama aje gile! Eh, kau pregnant anak lagi anak si Jaime? Tapi Tyrion tak cakap macam tu sebab sembang logik dengan orang giler memang tak ke mana…

Apapun, kesudahannya (tentatively) Cersei setuju untuk bersatu dan melawan Army of The Dead.

  • The End for Littlefinger – Sayonara Lord Baelish

Ini adalah antara karektor yang aku suka dalam Game of Thrones. Strategist and opportunist – walaupun memakan diri. Watak ini berleluasa dalam kehidupan seharian. Aku faham kenapa dia jadi macam itu. Dendam salah satu motivasi diri. Nampaknya aku kena cari watak lain untuk membuat jiwa raga aku bahagia menonton siri ini musim 8 nanti.

  • You know nothing, Jon Snow – Jon menunek dengan Daenerys. Itu makcik dia….ok, loya! Bontot Kit Harrington helok? Bolehlah…
  • We Are Family Moment – Arya, Sansa and Bran Stark = tadi aku ada cakap, aku mahu hidupkan Khal Drogo. Tetapi lepas apa yang berlaku, Ned Stark yang patut hidup balik. Semua benda mengarut ini tak akan jadi kalau Ned Stark masih hidup. Tragedi sebenarnya mampu menguatkan kita, dengan syarat bersama-sama.

Sebenarnya, banyak lagi yang menarik. Secara peribadi episod Hardhome dan The Red Wedding lebih meninggalkan kesan sebab cerita memang tengah develop masa itu. Tapi finale ini kepuasannya lain macam. Ada puas hati, gembira, sedih, misteri, sayu dan perisa-perisa lain. Cerita ini sangat kuat. Tiada siapa dijanjikan akan selamat. Tapi survival story itu yang akan mengikat aku sampai bila-bila.

RIP Ned Stark

Mohon bersabar, Kak Beni….kita jumpa 2018!

Ohai, Desaru – Weekend Getaways

Spend some time this weekend on home improvement; improve your attitude toward your family.     

Robert Foster Bennett

Aku jarang sampai Johor. Kalau kerana urusan kerja, rasanya 2 kali. Peribadi pula tak sampai 5 kali. Johor jauh…kerana itu aku agak berkira juga kalau mahu ke sana.

Sabtu lalu, kawan satu pejabat Hadi menjemput kami ke majlis persandingannya di Pengerang. Disebabkan sudah lama sangat kami tidak road trip berempat, aku menyatakan persetujuan dengan syarat – tidur sana. Kalau balik hari aku tak larat. Maka Hadi menguruskan logistik dan aku menguruskan anak-anak.

Lupa pula itu adalah Sabtu pertama cuti sekolah! Dengan trafik yang agak azab, ditambah hujan sedari pagi tanpa henti, kami memang sampai lambat walaupun bertolak dari pukul 9.30 pagi.Pukul 4.00 petang baru sampai..tapi mungkin kerana rezeki, makanan masih ada dan masih ada juga tetamu yang baru sampai. Cuma karoke aje dah bungkus…

Judin oh Judin jentolak

Lepas makan, terus bergerak ke Lakeview Terrace Resort. Bukannya apa, aku nak letihkan budak-budak dengan mandi kolam. Aku bajet pukul 5.30 petang mesti dah terjun tiruk. Secara peribadi, tempat ini okay, tapi tak kondusif untuk yang bawa anak-anak bawah 6 tahun. Sebab apa, kolam ada dua tapi kedalaman 1.2 meter. Kalau bawa anak istimewa memang jeritan akan berkumandang diserata kawasan. Masa inilah Eskandar mengada-ngada tak mahu pakai pelampung dan aku menjadi jet ski dia. Ezzudin ok..cuma kalau dia over excited tu kami kena hati-hati juga takut terjerlus dalam pelampung.

Judin tidak beri kerjasama
Judin posing budak Juon

Mujurlah hanya family kami dan satu family lain sahaja yang bermandi-manda di kolam itu. Kira macam satu family, satu kolam gitu. Aku rasa suara aku aje yang dominan di situ. Terjerit-jerit memanggil Eskandar yang suka buat stunt. Ada sekali tu, dia berlari dan terus nak terjun dalam kolam. Nasiblah kudrat atlet dulu ada tersisa lagi. Sempat aku tahan tapi memang suara aku ajelah riuh di situ.

Malam itu, betul anak-anak keletihan. Bukan anak-anak aje. Dengan aku sekali terdampar dugong di katil. Cuma sekitar 2.30 pagi, Ezzudin meragam menangis-nangis. Lepas buat susu, dia tidur semula. Ezzudin ni, kalau dia menangis, satu perumahan boleh dengar. Jadi kami tak boleh lambat. Masalahnya dua-dua nak bangun pun tak larat 🙂

Eskandar terpesona dengan tasik sambil pakai selipar mama

Esoknya, kami bersarapan di kafe, dalam resort ini. Sejak semalam, kedua-dua anak bujang aku ni tak mahu makan nasi. Asyik makan gula-gula dengan jajan aje. Makan nasi pun main-main. Pagi ini pun sama juga perangainya. Jadi aku dan Hadi aje yang makan. Tapi tak berat sangat sebab kami mahu bawa anak-anak mandi laut. Kolam-kolam semalam dalam proses rawatan apa benda entah.

So, to Desaru!

Dari tempat kami menginap ke Desaru mengambil masa selama 30 minit. Kali pertama aku ke sini ialah semasa mengandungkan Eskandar. Memang down memory lane sangat. Seperti semalam, Eskandar tetap tidak mahu pakai pelampung. Ombak punyalah menggunung dan agak ganas. Tapi inilah pantai paling cantik pernah aku mandi. Kami anak-beranak mandi sampai tak larat dibadai ombak. Mujur selesai sebelum hujan turun. Tapi aku tak ambil gambar. Dah sibuk mandi, nak bergambar apanya.

Terus tergesa-gesa balik resort untuk urusan daftar keluar. Mereka sudah 2 kali telefon untuk konfemkan masa daftar keluar. Rasanya ada group engineer yang bakal masuk.

Sebelum balik, kami singgah di RnR Layang untuk makan tengah hari. Aku dan Hadi makan nasi dagang dan aku rasa nasi dagang di sini jauh lebih sedap daripada nasi dagang di Terengganu. Serius! Untuk anak-anak, kami belikan nasi dan telur dadar. Langsung tak mahu makan. Jadi kami bungkuslah lauk itu, mana tahu lapar dalam kereta nanti boleh aku suapkan. Takde maknanya…tak sampai 5 minit masuk kereta, Judin dah baling nasi tu dalam kereta macam salji turun membasahi bumi Tokyo! Penuh berselerak nasi dalam kereta. Aku dan Hadi pandang aje sesama sendiri. Mujurlah kami tak sawan berirama… Aku kemaskan kereta sementara Hadi pergi menenangkan diri.

Terbaiklah nasi dagang ni

Tak boleh jadi ni..kereta dah macam tapak pelupusan sampah. Penuh nasi, keropok, bekas salut gula-gula dan kacang yang entah mana-mana datangnya. Seat kereta melekit-lekit dengan air Lemon Madu yang ditepung tawar, juga oleh Ezzudin.

Sudahnya, kedua anak-anak Beni tu kami post rumah mama. Selasa ini ada appointment di klinik kesihatan. Kami berdua perlu masa untuk mengemas rumah yang macam tongkang pecah dan kereta yang tak kurang semak juga.

Walaupun letih, aku rasa terisi. Lama tak melayan karenah mereka semua. Eskandar sudah ada satu perangai menyendiri dan menangis seorang diri. Tahu-tahu sahaja mata dia sudah berkaca-kaca. Mungkin dia sedih kenapa kami asyik marah dia berbanding Ezzudin. Aku rasa sangat serba salah. Aku peluk dia sepanjang masa dia menahan kesedihan dia tu. Kalaulah dia faham, aku sayang mereka berdua sama sahaja. Aku kena lebih bersabar sebenarnya. Bukan mudah mengurus 2 anak lelaki yang beza umur selang setahun ini.

Letih memang letih. Tetapi aku tidak mahu berharap semua ini cepat berlalu. Aku mahu cherish semua moment ini. Aku akan menjadi lebih manusia kerana semua ini 🙂

Susahnya nak ambil gambar berdua. Tangan-tangan penuh pengharapan utk enter frame

If you want to change the world, go home and love your family.

Mother Teresa

Isshukan-Go – Nyu Unit

When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us.

Alexander Graham Bell

Secara rasmi, selamat seminggu aku berada di unit baharu iaitu Unit Promosi. Berkenal-kenalan sudah, sawan berirama pun sudah. Apa yang dapat aku katakan ialah aku boleh survive di sini. Mana ada manusia masuk-masuk terus handal buat semua benda.

Jadi banyak perkara perlu aku belajar dan kejar. Bukan mudah untuk duduk ditempat yang semua orang sinonim post ini dengan nama Yusari. Tapi, Insya Allah, perlahan-lahan aku akan cuba catch-up. Aku andaikan kiranya nama aku pula yang diingat duduk dikerusi ini, maka berjayalah menjadi setanding dan sebaik dia – mungkin lebih bagus. Semoga urusan kerja kita semua dipermudahkan oleh yang esa.

Awal-awal dahulu, aku serabut dengan What’s App yang berbunyi tanpa henti. 2-4 group berbunyi serentak! Maklum sahaja dengan Sukan SEA, Merdeka dan Aidil Adha yang tarikhnya berdekatan, banyak info yang masuk dan perlu dikemaskini. Lepas itu, sudah biasa. Yang buat serabut tu, sebab aku tiada di pejabat kerana berkursus. Bila aku ada, rasanya tidaklah rumit sangat nanti.

Pertama kali aku masuk mesyuarat pemasaran dan menerima ucapan tahniah berjemaah. Wow, rasa terharu 🙂 Tahniah juga kepada Puan Noriah Letuar dan Puan Che Ana atas pengesahan gred.

Ini adalah permulaan baharu untuk kerjaya aku…

Ganbattekudasai, ya Kak Beni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...