Hmmm…Cincin!

 

Hampir 40 minit menunggu, Hadi sampai juga. Kalau diikutkan masih dalam kategori cepat sebab selalunya dia ambil masa antara satu hingga satu jam setengah untuk sampai rumah. Peristiwa kunci tertinggal ini sedaya mungkin tidak akan aku ulangi lagi. Jadi pagi ini, itu yang aku semak dulu selain beberapa keperluan lain.

Disebabkan rutin harian aku lari, Hadi bawa kami semua ke Tesco Banting untuk makan malam di sana dan memberi beberapa barang dapur yang hampir sebulan stok takde. Di sini, menu wajib anak-anak ialah nasi ayam manakala aku acapkali makan Texas Chicken atau sanggup berjalan jauh sikit untuk makan KFC yang terletak di luar premis Tesco. Entahlah…aku tak rasa tinggalkan anak-anak dengan dia semalam.

Aku minta dia duduk di food court sementara aku yang uruskan makanan dan minuman. Untuk aku, hanya membeli Shawarma Sandwich (lepas ni tak repeat dah) dan air mineral sahaja. Mental note…Nescafe Ais di sini sedap giler. Kemudian, kami layan anak-anak makan dengan lahapnya. Lapar dan keletihan barangkali…

Usai makan, baharulah aktiviti wajib membeli barang dapur. Sebelum itu, Eskandar sudah merengek-rengek mahu lollypop. Aku beli jugalah sebab tak sampai hati pulak tengok muka dia yang berharap tu. Lebih kurang sejam, urusan kami selesai.

Sebelum kereta meninggalkan tapak letak kereta, Hadi sibuk mengeluarkan tisu basah dan mengelap muka dan tangan anak-anak. Biasalah, lepas makan lollypop pastinya melekit-lekit. Aku hanya duduk disebelah dan sibuk membalas mesej dari seorang kakak yang prihatin (thank you sisthor).

“Bak sini tangan you…”
Tanpa prejudis aku hulurkan tangan dan Hadi mengelap tangan aku pula dengan tisu basah. Sambil dia lap, of course ada kata-kata dan gurau jenaka yang mengiringi perbualan kami.

Tiba-tiba aku terasa tangan aku ditarik, serentak sebentuk cincin berbatu hijau disarung pada jari manis aku. Terkejut badak aku dibuatnya. Kali terakhir aku dapat cincin dari Hadi ialah pada tahun 2013…itupun atas sebab-sebab tertentu aku tak pakai sampai sekarang.

“Emerald! Mana dapat?” Nampak…betapa inappropriate soalan aku tu. Oh, ada lagi biadap-biadap yang menyusul.
“Beli kat mana? Mana you tahu saiz jari i?”

Dia senyum aje. Dia pun tahu aku jenis tak biasa benda-benda ni semua. Aku tak peduli asli atau tidak, sadur tak sadur dan elemen-elemen lain. Kalau dia beli candy cane yang dapat sebentuk cincin pelbagai warna batu itupun aku terima dengan gembira.

‘Tak payah tanya banyak-banyak…Ambil aje’.
Aku ucap terima kasih dan sepanjang perjalanan otak aku berputar pantas.

Malam itu, aku cabut cincin dan uruskan pinggan-mangkuk yang tak sempat aku selesaikan malam Ahad lepas. Mujur tak banyak. Otak aku masih tak berhenti memikir.

Sebelum tidur, aku tanya lagi pasal cincin dan masih tak dapat jawapan.

Dan pagi ini, sewaktu Hadi hantar aku ke stesen LRT dia pula mention pasal cincin.
Dan aku tak pakai cincin tu…

Aku tak mintak apa-apa dari dia….

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *