33

1062672-1680x1050-Beautiful-Day_beautiful-day

Isnin lalu sudah berganjak setahun usia dari nombor sedia ada. Secara peribadi, Isnin lalu seperti hari-hari biasa yang aku lalui. Ia tidak disambut secara meriah, dan aku tidak juga ternantikan tarikh itu seperti zaman kanak-kanak riang dahulu. Mungkin sudah tua, matang dan berusia di situ.

Terima kasih atas ucapan selamat dari rakan-rakan semua. Sangat aku menghargainya. Terima kasih kepada Facebook, kalau tidak memang mengkomer tak ingat pun tarikh hari lahir aku kecuali rakan-rakan yang kuat IQnya, ataupun tarikh itu mengingatkan kalian kepada sesuatu yang tiba-tiba dikaitkan dengan tarikh kelahiran aku itu.

Malam itu Hadi meraikan ulangtahun kelahiran aku di TGIF. Memang keteringinan untuk makan di sana sangat tinggi. Aku faham, gaji belum masuk. Tambahan 4 bulan lepas saban bulan kami habiskan untuk masuk ke rumah baru. Terharu dan sedih pun ada bila kala Hadi menukarkan koleksi wang luar negara miliknya ke RM untuk membelanja aku malam itu. Juga sedikit malu bila krew-krew TGIF menghadiahkan aiskrim percuma dan meraikan hari lahir aku.

20 Januari bukan sahaja untuk diri aku. Aku kenangi sahabat yang dirindui, Izwan Pilus yang kembali menemui pencipta-Nya pada tarikh ini. Al-fatehah buatmu..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *