M. Nasir In da House : Part 2


Tenok tu….muka ada sinyum.
Adapun yang baik-baik sahaja antara manusia kerana hari-hari kita raikan cinta. Aku tak tahulah esok ada suara ke tidak sebab dah macam aku yang beriya berkonsert masa rakaman program tadi. Nantikan sahaja di TV2 ya, pemirsa. Konsepnya tadi amik gambar dari jauh dan kemudian semakin dekat sehingga semakin nyata. Pacik datanglah hari- hari ke Bukit Angkasa, maka hari-hari jugalah aku sanggup meredah masa untuk berjumpa (sebab kebetulan tiada mensorat yg berlarutan).
Ok, happylah Benny kejap.
Thank you Datuk M. Nasir dan abang Nan Saturnine. Puas hatilah sesi tadi bagi menggantikan konsert di Dewan Filharmonik Petronas yang ditunda tahun lepas angkara Corona.

 

Sharinneza Ab Bakar dan Ayyue Wahid, terima kasih sangat-sangat tau atas semuanya tadi dari sesi luahan perasaan, membawa menunggu manusia make up dan menjadi juru foto handalan. Ingat heshtek ini…

#melekatdidepankacatv

Happy Anniversary, My Love!

Gambar ini kami ambil pada tahun 2007. Lama tersimpan dalam bilik komputer. Ezzudin Dzulfikar menyelongkar dan terkeluar gambar ni tadi. Tapi dia bad mood sebab apa entah, dia campak gambar ni keluar tingkap. Dah la tingkap tu jenis memang manusia tak boleh keluar dan masuk. Aku memang dah marah dia beriya-iya tadi.
Nasib la bijak sebab dari kecik makan Examo. Aku cabut batang penyapu dan lilit masking tape bawah penyapu tu. Tangan yang tercalar kena kaca aku tahankan aje sebab aku nak cuba dapatkan balik kad ini. Selepas beberapa kali cubaan, akhirnya berjaya.
Ezzudin masih menangis. Sambil nangis, sambil nyanyi
“Mak saya selalu marah setiap hari
Hari-hari bebel saya entah kenapa”
Tapi aku memang marah betul.
Terus aku turun tunjuk Hadi kad ni. Aku bantai nangis bila dia peluk aku, minta aku sabar. Serba tak kena hari ni… Siang tadi Hadi nak belanja aku bubble tea The Alley, tapi kedai tu entah jenis mazhab apa bukak pukul 1230 tengah hari. Nak tapau Wong Solo, kami dah berjanji dengan electrician utk pasang kipas pukul 2:00 petang. Sudahnya hanya sempat tapau nugget di McD. Dapatlah aku 2 dari 9…Yg lain memang Judin dh bagi sign dia nak makan. Ok, la..aku tapau Spagetti sementara kami mendobi.
Eskandar Dzulkarnain pulak beriya-iya makan padahal td dah dapat cheese burger. Sementara tu, Hadi carilah sepotong kek untuk celebrate la konon. Satu suap aje dapat..habis dak Judin makan sorang.
Minggu ni terasa sekejap sangat. Serba-serbi terkejar-kejar. Takpelah…we try again next week.
First time aku terlupa tarikh ini. Mujurlah memory di FB sempat aku buka subuh tadi. Langsung tak sempat nak plan apa-apa yang istimewa…
Happy Anniversary Hadi…
Sudah 21 tahun kita bersama dan November ini kita akan sambut ulang tahun perkahwinan ke-15. Macam-macam benda kita lalu dan berkesudahan kita masih lagi berdua. Saya selalu doa supaya hati kita kuat walaupun tidak duduk bersama macam keluarga yang lain. Sabar dulu, please. Yakin sahaja tuhan berikan rezeki yang melimpah untuk kita dari semua sudut.
Me love you long time…???
#1437
p/s: Ish debab betul…????