WHEN IN PAKISTAN – PERSINGGAHAN DARI CHILAS KE PASSU SEPANJANG 266KM!

Assalammualaikum…hi, guys! Maaflah aku lambat sikit nak kemas kini catatanĀ perjalanan ini sebab handphone aku hilang. Mujurlah gambar-gambar semasa di Pakistan aku sudah transfer siap-siap dalam PC. Tapi sayanglah sebab banyak benda-benda penting ada dalam handphone tu. Satu kerjaan pula aku nak kena retrieve satu persatu. Lagi pula famili aku datang dari Melaka minggu ni. Aku tak perlu ke sana. Jadi masa yang ada memang sepenuhnya untuk mereka.

Ok, kita sambung cerita Kembara Kak Benny ke Pakistan…

4 Mac 2020
Hotel tempat aku menginap ini sama aje kisahnya macam hotel di Utara India. Bekalan elektrik akan ditutup pada pukul 11:00 malam dan wifi pun sama jugalah akan terputus. Cuaca malam semalam agak sejuk walaupun dalam bilik tiada penyaman udara. Kitorang minta extra blanket dan pakai baju berlapis-lapis sebab sejuk sangat. Apapun, tidur lena…Mungkin sebab penat seharian berjalan semalam tak hilang lagi. Paginya, kami sarapan dahulu sebelum mendaftar keluar dari hotel. Menu simple aje..telur dadar, paratha, dhal dan chai panas. Tapi sebab chai ni dia buat untuk semua tetamu hotel dalam jumlah yang banyak, rasanya tidaklah lejen sangat berbanding chai yang kami minum malam tadi. Fuuh, nangis-nangis sedapnya. Minum pulak dalam keadaan cuaca yang sejuk.

Pemandangan semasa perjalanan

Dari Chilas ke Passu Cones, kami singgah di beberapa tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong.

1. Nanga Parbat
Nanga Parbat adalah gunung kedua tertinggi di Pakistan dan ke-8 tertinggi di dunia. Dalam cerita Batman, Bruce Wayne berguru dengan Ra’s Al Ghul di Nanda Parbat. Tempat itu direka berinspirasi dari Nanga Parbat. Gunung ini juga dikenali sebagai Killer Mountains sebab ramai yang mati semasa mendaki gunung ini. So, bergambarlah aku di sini tetapi merakam video dengan suasana tak berapa aman. Setiap kali ada kenderaan lalu, diorang akan bunyikan hon macam pelik tengok ada 2 perempuan kat situ. Selalu tenang-tenang aje…

Nanga Parbat depan mata!

2. 3 Ranges of Mountains
Aku akhirnya melihat sendiri banjaran Hindu Kush di depan mata! Tak lupa banjaran Himalaya yang amat aku rindukan dan banjaran Karakoram. Ketiga-tiga banjaran ini bertemu di sini. Di bawahnya, boleh lihat air sungai Hunza dan Astore bertemu. Sumpah cantik…2 sungai dengan warna yang berbeza bertemu.

3 Ranges of Mountains
Pertemuan antara Sungai Hunza dan Sungai Astore

3. Rakaposhi Mountain
Aku berpeluang makan tengah hari betul-betul mengadap Rakaposhi Mountain. Nangis 78km sejam. Di sini kami habiskan 2 teko chai sambil menikmati pemandangan yang superb!

Gunung Rakaposhi depan mata!
Chai!

4. Tasik Attabad
Tasik terbesar di Pakistan. Ingatkan boleh berdiri atas tasik yang beku. Sayangnya ada yang mula mencair. Sejuk namatey diterpa angin gunung.

Tasik Attabad

Malam itu kami bermalam di Passu Tourist Lodge. Hotel ini kawan aku yang carikan dan request pada ejen untuk bermalam di sini. Kami makan malam di situ. Kitorang pesan kari kambing. Serius sedap, tapi rasanya macam rendang sikit. Di sini juga, aku belasah chai bercawan-cawan. Sejuk namatey menggigil jugalah dalam ruang makan tu. Kami kemudiannya mencuba teh gunung. Tapi pada aku rasa dia biasa aje… Alang-alang sampai, cuba ajelah apa yang dicadangkan oleh orang tempatan.

Hotel ini ada menyediakan hot blanket untuk mengelakkan korang sejuk kejung nak tidur malam. Tapi aku rasa hot blanket aku tu macam tak bagi kesan yang mendalam pun. Aku still rasa sejuk ya amat dan kenangan pergi jamban masa kat Pangong Lake, India terus menghantui. Kebas, gile hahaha…

Dalam perjalanan ini, kenderaan kami melalui beberapa army road block. Tak ada apapun…mereka hanya check passport dan nak tahu lokasi yang kami tuju. Sebenarnya askar mereka ramah dan nan helok juga. Aku nak ambik gambar, tapi ejen aku tak bagi. Tapi sebenarnya kalau korang minta izin direct dengan mereka, rasanya mereka akan benarkan. Kami juga melalui pemeriksaan suhu badan kerana ketika itu sudah ada 6 kes corona virus di Pakistan. Masa ini ramai yang blur-blur lipas lagi apekebenda itu corona virus.

Kau roadblock hatiku
Antara view yang cantik

Ok setakat itulah dahulu. Nanti kita sambung dalam catatan yang seterusnya. Untuk yang singgah membaca di sini, boleh like page FB/akusangpenerbit.com

Lebih banyak gambar dalam tu.

#apabilakakbennymenulis
#mywanderlust
#wheninpakistan
#pakistanzindabad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...