Selamat Hari Raya!!!

Tentu tahun ni tak sawan sebab tiada soalan pelik-pelik dari pacik dan macik nan kepoci. Maklum aje raya pertama hari tu aje boleh rentas daerah untuk sesi kunjung-mengunjung. Pacik dan macik kepoci yang nak beraya tentu kita bagitahu tak payahlah datang rumah musim-musim Covid ni.?

Hari ini baru terasa seperti raya setelah 4 hari tak spend time sehari suntuk dengan tuan tabib, sebab dia kerja. Lepas sesi terapi Judin pukul 11.30 pagi nanti baharulah boleh betul-betul bersama keluarga. Hmmm…pergi Jasin la kot, antara tempat paling bahagia dalam Malaysia.

Kejap lagi juga bolehlah aku menuntut hadiah enibersari aku pulak. Aku dah bayangkan yang kuning-kuning macam mambang kuning untuk membahagiakan aku jap lagi.

Jaga Kak Benny kau bukannya susah sangat…
#apabilakakbennymenulis
#selamathariraya
#belummakanwaimapotonglemang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...