Al-Fatehah Uncle Amin…

Family aku tak ada kereta. Arwah abah cuma ada motorsikal sahaja. Satu hari, pada tahun 1990, kami semua kena balik ke kampung di Batu Gajah, Perak kerana ada saudara abah yang akan berkahwin. Abah dan mama kekahkan seekor kerbau untuk majlis itu. Jadi, kami sekeluarga bersiap-siap untuk balik dengan Keretapi Tanah Melayu.

Sebaik keluar rumah, jiran aku bersembang dengan abah sebentar melihatkan kami berbondong-bondong keluar dari rumah. Entah apa sembangnya, pantas dia menawarkan bantuan untuk menghantar kami semua ke stesen keretapi. Kami sekeluarga ada 6 orang. Tolak abah dan mama, semuanya kecil-kecil lagi.

Melihatkan kami semua sudah berada dalam kereta, anak lelakinya, Lokman (tak pasti ejaan nama sebenar) mahu ikut menghantar kami juga. Lokman ni, kalau main guli dengan dia buat sakit hati aje. Habis semua guli aku dalam simpanannya.

Disebabkan kereta penuh, jiran kami itu tidak mahu membawa Lokman bersama. Masa kenderaan bergerak, dari cermin aku nampak Lokman mengejar kereta ayahnya.

Itulah antara memori aku dengan jiran ini yang sangat aku ingat. Dia dan keluarga memang ramah dan baik hati. Aku dan adik-adik memang sering bermain bersama Lokman dan Farah masa kecil dulu.

Al-fatehah Uncle Amin…Takziah buat semua ahli keluarga…

Bapa Faradhiya Meninggal Dunia

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...