JUDIN DAN MELAKA…

 

Hari ini aku nak cerita pasal Ezzudin. Seperti abang dia, Ezzudin juga baru memulakan sesi persekolahan di Melaka. Mujurlah aku jumpa juga dengan tadika yang boleh menerima anak istimewa seperti Judin.

Bukan mudah, dan bukan murah kos persekolahan untuk anak autisme. Ini fakta…kalau ada yang lancar berkata “sekolahkan ajelah kat sekolah kerajaan”, bukan sekadar jelingan mata aku bagi. Lempar buku teks tepat ke bibir pun aku sanggup. Ringkasnya beginilah. Elok dari masa prasekolah dilengkapkan anak ini dengan pendidikan intervensi yang boleh memberi ilmu pengurusan diri dan pendidikan – walaupun asas. Ezzudin ni dari macam-macam perangai, sepatah apa pun tak bercakap dah macam bertih jagung kalau bercakap. Dia memanglah tak reti bersembang, tapi tatabahasa dia banyak. Dan dia boleh menguruskan diri lebih baik dari Eskandar. Aspek itu sudah buat kami bersyukur sangat-sangat. Jadi, biarlah bergolok bergadai, aku tetap akan usahakan juga.

Hari pertama pergi sekolah, dia menangis. Tapi kata cikgu, tak lama. Bila sudah okay, jadi manja ya amat. Semua teacher dia mamakan. Aku harap sangat cikgu di sekolah ini akan sayang dia seperti cikgu-cikgu di sekolah lama. Hari kedua pun toyak juga…tapi hari ini dia takde dah terberak lagi. Mungkin dah familiar kawasan sekolah dan dah tahu mana perlu tuju kalau nak buang air. Pampers memang kami tak bekalkan langsung.

Sebulan pertama ini, aku daftarkan dia untuk 3 sesi Speech Therapy dan 3 sesi Occupational Therapy. Bulan depan, kalau perlu tambah, aku kena tambah. Tapi aku tak bercadang untuk kurangkan kalau dia okay. Sebabnya, aku mahu dia lebih improve dari sedia ada. Harapan aku, tahun depan dia boleh masuk dalam aliran perdana. Kalau tak boleh, tak apalah. Tapi ini tidak mustahil…yang penting, kami kena usaha dan beri perhatian yang lebih pada dia.

Akhir-akhir ini kedua-dua anak sangat rapat dan manja dengan aku. Nak tidur pun seboleh-boleh nak melekat. Judin ni dah pandai bergurau. Tiba-tiba akan datang dan letak tangan dia kat pipi aku, “alolololo Rajuuuu”. Ini dia dapat dari kartun Omar dan Hana. Lepas tu kalau aku melayan, berdekah-dekah dia ketawa.

Dua-dua anak sudah pandai cari aku bila aku takde. Mana mama? Mama where are you? Nak mama…ini kalau sebut aje memang takde apa. Tapi bila disusuli dengan esak tangis mendayu-dayu, aku terus koyak. Kalau tengah marah, aku boleh tone down kejap sebab 3 ayat ni. Memikir nak tinggalkan diorang beberapa hari lagi ni pun boleh buat aku sedih.

Sabar ajelah…dugaan orang lain lebih hebat. Aku boleh lalu semua ini. Aku akan lalu semua ini.

Cukup dulu, nak tidur. Penat hari ini berulang ke Putrajaya menguruskan pertukaran Hadi. Tak selesai juga semua benda. Mungkin awal Januari ini akan sentiasa berulang-alik menyelesaikan hal-hal yang tertunda. Oyasuminasai…
#apabilakakbennymenulis
#supermomyangcengeng
#myautisticson
#myADHDson
#forevermeansforever
#3of365

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...