KENAPA SEKOLAHKAN ANAK KAU KAT MELAKA???

 

02.01.20…
Hari pertama persekolahan bagi kedua-dua anak istimewa aku. Bermulalah episod seorang supermom yang bangun awal pagi menguruskan anak-anak yang macam-macamlah ragamnya. Yang Eskandar liat nak bangun pagi. Yang Ezzudin pula tak sabar-sabar nak bangun pagi. Dia senang nak uruskan. Walaupun autistik, aku sifatkan dia sebenarnya mudah dan memberi kerjasama. Tidaklah aku seorang buat segala benda. Bersama-samalah kami suami isteri bersilat subuh tadi.

Udara pagi seawal 6:00 tadi meniupkan aroma rempah bihun goreng entah rumah siapalah yang masak – sangat menyelerakan. Tiberr…

Kedua-dua anak perlu ada di sekolah pada pukul 7:30 pagi. Cadangnya kami berpisah menguruskan seorang satu. Tapi disebabkan ini hari pertama persekolahan, takpelah Judin lewat sikit. Sekolah Eskandar terletak hampir 5km dari rumah, manakala sekolah Judin pula 20km dari sekolah Eskandar. Pejabat Hadi pula terletak hampir 10km dari sekolah Ezzudin. Nampak…betapa crucialnya waktu pagi untuk Hadi nanti. Faham ajelah jalan kat Melaka ni satu lane aje. Sementara aku ada ni, tidaklah dia terbeban sangat. Ok takpe, itu cerita lain.

Eskandar adalah murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kerana itu, dia menyarung uniform berwarna ungu. Tidak seperti kanak-kanak lain pada usia 7 tahun, dia masih belum lancar berkata-kata. Cakap alien pun pekat lagi. Belum sembang nak buang air besar. Pendek kata, dia belum boleh mengurus diri sendiri.

Kerana itu, kami terpaksa memilih untuk menyekolahkan dia di Melaka. Hadi terpaksa mohon pindah sini. Aku pula hanya berserah pada Allah. Apa juga suratannya, aku akan selalu berdoa semoga keluarga kecil kami ini tidak akan terpisah lama. Aku percaya konsep rezeki, redha dan sakti. Jadi, sabarlah hai Kak Benny…Jatuh 7 kali, bangun balik 8 kali.

Eskandar satu sekolah dengan 2 abang sepupunya. Jadi aku tidaklah risau sangat keberadaannya di sekolah itu. Habis waktu sekolah, adik Hadi akan membantu menguruskan Eskandar. Ezzudin pula sekolah full day. Jadi anak-anak berada dalam tangan yang selamat. Orang senang aje cakap, “sekolahkanlah aje dekat Putrajaya atau Pantai Dalam, pastu upah van hantar ajelah transit.” Anak aku cakap pun tak lepas. Kalau van tinggal dia, pastu apa-apa jadi pada dia macam mana? Yang kena tuduh cuai tetaplah mak bapak. Kau boleh kasi aku kesian aje. Tak payah….! ha, mulalah Kak Benny kau emo.

So hari pertama di sekolah, rambut dialah yang paling J-pop sekali. Dah kena tegur pun. Terpaksalah aku pendekkan nanti…

Elok 5 minit kami tinggalkan sekolah, dia terberak pula dalam seluar. Mujurlah maksu dia masih ada di sekolah. Yang sepupu dia seorang lagi dekat KL terkencing depan sekolah. Haih…masalah nervous masuk tempat baru kot. Weh, Judin pun sama. Tapi dia terberak 5 minit sebelum aku sampai sekolah untuk ambil dia balik.

Perasaan aku anak sudah sekolah rendah? Jujurnya, hari ini perasaan aku penat. Of course aku rasa risau, terharu, nervous dan perasaan yang mak-mak lain rasa. Aku nangis dalam hati aje.

Tapi hari ini sangat penat. Lepas hantar Eskandar, bergegas hantar Ezzudin. Dia sampai 8:30 pagi, sejam lambat dari waktu sepatutnya. Kemudian terus ke Mydin Air Keroh untuk beli barang sekolah anak yang tak cukup. Misi gagal…pergi Hari-Hari. Pun tak complete senarai. Masuk Giant. Pergi duplicate kunci…bla…bla..bla…, tahu-tahu dah petang. Amik Ezzudin, balik rumah mak, urus anak-anak makan, bawa Eskandar potong rambut, balik rumah aku, urus anak-anak nak tidur dan kejap lagi kemas beg sekolah diorang. Aje rabak aku arini…

Tapi situasi hari ini dan esok bukan cabaran sebenar. Cabaran sebenar adalah Isnin minggu depan. Minggu ni ramai lagi yang cuti. Trafik sebenar belum diuji.

Setakat itu dulu. Aku nak tidur. Esok kena bangun awal. Lepas uruskan anak-anak, kena ke Putrajaya untuk uruskan pertukaran rekod kesihatan anak-anak dari Hospital Putrajaya ke Hospital Melaka. Oyasuminasai
#apabilakakbennymenulis
#supermomyangcengeng
#myADHDson
#myautisticson
#forevermeansforever
#2of365

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...