BURGER DAGING DOUBLE SPECIAL SATU!

 

Bila kau rasa penat sangat dengan hidup, kau pergilah kedai burger yang paling sedap dalam kejiranan yang kau duduk tu. Kemudian, kau pesanlah burger daging double special, tak mahu black pepper dan bawang lebih. Bila pesanan tu siap, kau terus balik – jangan singgah mana-mana.

Sampai aje rumah, kau bukak drama yang kau suka. Macam dalam kes aku, FRIENDS. Sambil kau nikmati burger yang masih panas tu, kau fikirlah betapa dalam ruang lingkup yang kau ada, satu demi satu kawan yang kau ada dari akrab menjadi arnab.

Tapi kau jangan terus murung…that is life. Terus kau pergi ke fridge dan capai Oolong tea sejuk dan minumlah barang 5-6 teguk. Pasti tekak dan perut kau sudah nyaman. Kemudian, kau duduk dan sambung tengok drama tadi semula.

Rumah ni kosong…perasaan kau pun sama. Tapi apapun, kau dah kenyang…
#kakbennyislapar
#apabilakakbennymenulismacamgamphunk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...