Anak dan Puasa…

 

Aku mula berpuasa ketika berumur 6 tahun. Usia itu, aku tidaklah dipaksa bertahan sampai waktu berbuka. Kalau lapar dan lunyai, aku akan berbuka. Cuma kalau hari Sabtu dan Ahad aku merengek-rengek mahu berbuka, mama akan pujuk minta aku tidur dan selalunya aku berjaya menunaikan ibadah puasa. Tidak dinafikan, ada digula-gulakan dengan duit raya kalau aku berjaya berpuasa. Ala, budak-budakkan….standard la tu.

Mumaiyyiz atau tidak, secara peribadi aku rasa itu waktu yang sesuai untuk melatih kanak-kanak berpuasa. Of course puasa aku masa itu berlubang-lubang juga tetapi kala itu aku faham konsep sahur, menahan diri dari lapar dan dahaga serta berbuka.

Tahun ini, tadika Eskandar menggalakkan pelajar-pelajarnya berpuasa. Aku dan Hadi berbincang panjang tentang hal ini. Eskandar bukannya macam anak orang lain. Dia masih tidak faham arahan dan logik perbuatan. Aku sangat risau kot disekolah dia kelaparan dan tidak faham kenapa semua orang tak makan. Akhirnya kami putuskan untuk biarkan sahaja – apa nak jadi, jadilah.

Hari pertama berpuasa, aku tidak kejutkan dia sahur. Aku minta Hadi beri dia makan sebelum ke sekolah. Kalau dia puasa ok, tak puasa pun ok. Sepanjang dipejabat, kadar kerisauan aku pada skala 7.

Petang itu semasa ambil dia dari sekolah, cikgu maklumkan dia tidak mahu makan dan minum sebab ada kalangan kawan-kawannya berpuasa. Cuma cikgu sahaja risau takut Eskandar tak larat memandangkan dia tak sahur dan tidak makan apa-apa. Hmmm….kalau begitu, esok aku cuba ajak Eskandar bersahur.

Hari kedua berpuasa, aku hampir kejutkan dia untuk bersahur. Tetapi kemudiannya aku biarkan dia tidur dan aku bersahur dengan Hadi. Aku hanya pesan pada Hadi agar minta Eskandar makan dahulu sebelum pergi sekolah. Hari ini, dia berjaya tahan lapar dari pukul 7:00 pagi sehingga 3:00 petang. Hmmm…not bad.

Penuh eksaited aku ceritakan pada Hadi tentang prestasi Eskandar. Tapi itulah…bila aku berbual dengan Eskandar dan terangkan pasal sahur, dia hanya mengulang key point apa yang aku cakap. Dia tak faham 🙁 Yang dia tahu, puasa itu hanya tidak makan sahaja. Dan aku tak salahkan dia…Aku tak perlu gula-gulakan tentang duit raya pun sebab Eskandar bukannya faham pun. Sudut ini aku sangat lega sebab dia tidak bertanya dan meminta-minta duit raya kalau berkunjung ke rumah orang.

Aku yakin, suatu hari nanti dia akan faham juga dan mampu menunaikan ibadah puasa. Aku tak akan paksa dia puasa selagi dia tak faham dan tidak mampu buat. Please doakan dia ya, rakan-rakan.

Islam itu mudah, Islam itu indah…

Selamat menunaikan ibadah puasa…
#apabilakakbennymenulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...