Terima Kasih, Adik Pian Sufian Suhaimi…

 

Terima kasih @sufiansuhaimi_ atas ucapan yang diberikan. Awak tentu tak sangka dengan ucapan ringkas ini menyebabkan akak rasa terapung sekejap dan buat akak rasa kurang sedikitlah rasa sedih sebab kawan akak yang seorang tu @aiesarkase akan berpindah ke Johor beberapa hari lagi.

To my bff, sahabat paling logik, paling giler dan orang yang sentiasa faham lawak aku, terima kasih atas kiriman video ini. Ini kali kedua kau kirimkan video untuk ceriakan hari-hari aku yang sangat mandom. Lepas ni kau tak ada, terpaksa aku bercakap dengan bangunan media sitinorbaini aka tempat penternakan sarang burung walit tu kalau aku serabut. Aku dah takde siapa lagi dah ???

Sebelum persahabatan yang akrab ini menjadi arnab, please luangkan satu hari untuk kita makan chicken grilled cheeze yang super biadap, merenung ombak di Bagan Lalang selepas bermangkuk kerang rebus dan sebekas teh ais super sedap.

?Melepaskanmu…bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini ????

Thank you…both of you ???????

CUCUR UDANG SIMPLE SEDAP KEBABOM

Aku ni, segan ya amat kalau orang tanya resepi sebab bukanlah handal sangat memasak. Dengan penuh ameba, diperturunkan juga untuk sesiapa yang mahu mencuba. Ini style arwah abah aku. Sos cicah tu, makan dengan kerang rebus atau nasi ayam pun cara jugak.

P/s: Ini resepi agak-agak. Jangan tanya sukatan gram kilogram kilowatt bagai sebab abah den tak ajar macam tu…

Cucur Udang
1. Tepung gandum
2. Daun kuchai
3. Taugeh
4. Telur sebiji
5. Mauripan
6. Serbuk kunyit
7. Garam
8. Udang

Masukkan tepung dlm bekas.
Masukkan mauripan 1/3 peket. Kalau satu sudu kecil pun ok.
Bancuh dengan air. Tak perlu air suam. Lepas tu bubuh sikit serbuk kunyit bagi nampak warnanya nan helok sikit.
Masukkan segenggam taugeh dan daun kuchai. Kalau nak lagi meriah, boleh sagat lobak merah boh sekali dalam tu. Tapi aku tak letak sebab bukan pensayur. Taugeh dgn daun kuchai tu aku letak sebab nak bagi rasa naik aje.
Masukkan sebiji telur – putih dan kuning.
Akhir sekali, ha…inilah punca biadap tak biadap cucur udang tu. Kalau udang tu besar, buang kepala dan ekor. Kalau isi udang, masukkan ikut suka.
Rehatkan adunan dalam setengah jam. Sementara itu, meh buat sos cicahnya.

Sos Cicah
1. Cili merah 5 tangkai
2. Bawang putih 2 ulas
3. Garam
4. Gula
5. Cili sos 2 sudu
6. Cuka 1 sudu
Kisar/tumbuk cili merah dan bawang putih. Lepas tu, masukkan garam, gula, cili sos dan cuka. Kacau segala mak nenek ni dan rasalah ikut kadar selera masing-masing.

Tadi aku tak letak cuka sebab mama tak boleh makan cuka. Tapi biadap jugalah rasa dia. Macam aku cakap tadi, sos cicah ini boleh makan dengan kerang rebus dan nasi ayam. Aku pernah makan dengan ikan goreng pun. Punya giler sedap rasanya.

Selepas 30 minit, gorenglah adunan tadi itu dengan semangat yang berkobar-kobar. Api manja-manja aje. Kau bukannya goreng ayam.
Bila dah siap, amik gambar dulu. Kamera kena makan dulu. Lepas korang pulak makan, share gambar tersebut dalam media sosial yang korang ada supaya rakan-rakan lain mendapat ilham untuk masak pula – macam yang aku buat selalu.

Cucur udang ni kawan-kawan, lagi banyak udang, lagi kebabom. Yang ini, hakak pakai isi udang semangkuk. Setiap gigitan adalah udang dan berdosa.

Selamat mencuba ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...